Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs: Legion telah diberi tarikh pelepasan baru bertepatan dengan pelancaran Xbox Series X dan Xbox Series S. Ubisoft mengumumkan bahawa Assassin’s Creed Valhalla, yang sebelum ini dijadualkan untuk keluar pada 17 November, kini akan dilancarkan pada 10 November untuk Google Stadia, PC, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series S, dan Xbox Series X. Selain itu, Watch Dogs: Legion masih akan dilancarkan untuk Google Stadia, PC, PlayStation 4, dan Xbox One pada 29 Oktober, dengan versi Xbox generasi berikutnya yang kini dijadualkan pada 10 November. Seperti Marvel’s Avengers, kedua-dua game Ubisoft ini menawarkan “upgrade next-gen” secara percuma. Itu bermaksud -pengguna yang membeli versi PS4 atau Xbox One boleh dapatkan versi PS5 atau Xbox Series X|S.
Assassin's Creed Valhalla launches with Xbox Series X | S on November 10, 2020.
Build the legend of a Viking raider on any console.
Upgrade from Xbox One to Xbox Series X at no additional cost. pic.twitter.com/dGukVP5U8g— Assassin's Creed (@assassinscreed) September 9, 2020
Watch Dogs Legion will launch on Xbox One, PlayStation 4, Stadia, and PC on Oct 29, and on the next generation of Xbox systems on Nov 10.
Buy Xbox One or PlayStation 4 editions and upgrade to the next generation of systems at no additional cost. pic.twitter.com/8xprCG4g20— Watch Dogs Legion (@WatchDogs_UK) September 9, 2020
Dengan Xbox Series X|S, Assassin’s Creed Valhalla akan memanfaatkan grafik yang ditingkatkan sepenuhnya, memberi peluang kepada pemain untuk mengalami dunia terbuka hingga ke butiran terakhir. Di Xbox Series X, Assassin’s Creed Valhalla akan berfungsi pada 60 FPS dalam resolusi 4K penuh. Watch Dogs: Legion pula akan manfaat sepenuhnya Hardware Accelerated Raytracing dari Xbox Series X|S di mana kekuatan ray-tracing membawa tahap realisme yang belum pernah dilihat ke permainan. Sebagai tambahan, Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs: Legion menawarkan tekstur beresolusi lebih tinggi dan Direct Storage yang menawarkan load time lebih cepat dan lancar.
Kali terakhir kami mendengar mengenai Assassin’s Creed Valhalla adalah semasa Ubisoft memberi kami mencuba versi demo permainan yang menunjukkan banyak ciri-ciri baru permainan. Watch Dogs: Legion juga mempamerkan lebih banyak gameplay unik dalam ulasan kami. Berita tarikh pelancaran kedua-dua game ini menyusul selepas Microsoft mengesahkan hari ini bahawa Xbox Series X dan Xbox Series S akan dilancarkan pada 10 November berserta spesifikasinya.
Sony masih belum mengumumkan harga dan tarikh pelancaran PlayStation 5, tetapi kita pasti dapat mendengar berita tentang PS5 dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post