Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan demo awal The Dark Pictures Anthology: Little Hope! Cerita baru *SPOILER* pada era berbeza!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Pandangan Pertama, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Ulasan demo awal The Dark Pictures Anthology: Little Hope! Cerita baru *SPOILER* pada era berbeza!
Share on FacebookShare on Twitter

Pemaju Supermassive Games akhirnya membuka tirai untuk entri seterusnya dalam Dark Pictures Anthology dan walaupun permainan pertama berlangsung di kapal terbengkalai di lautan, permainan kedua ini berlangsung di sebuah bandar seram yang dikelilingi hutan di sekitarnya. Ini ialah ulasan kami untuk versi awal Dark Pictures Anthology: Little Hope (anggap sebagai demo)

Ini adalah pandangan besar pertama kami di dunia Little Hope yang menunjukkan sebuah bandar kecil di New England dengan masa lalu gelap yang berkaitan dengan “witch” pada abad ke-17. Sebagai sekuel kepada Man of Medan, ini ialah peluang Supermassive Games untuk memberi kejutan yang lebih besar kepada peminat. Mari kita selami intipati Little Hope!

*ULASAN MEMPUNYAI SPOILER*

Pilihan apa yang saya ada?

Menu tetapan selalu menjadi perkara pertama yang saya periksa dalam mana-mana permainan videobaru. Untuk demo ini, saya menggunakan DualShock, tetapi akan ada pilihan “keybind” untuk pengguna papan kekunci. Oleh kerana saya aktifkan pilihan “accessibility“, saya tidak memeriksa kawalan di controller, tetapi ia pasti ada untuk pemain periksa mengikut masa sendiri. Sedikit tidak berminat, antara pilihannya adalah seperti berikut:

  • Tindakan “single action” menghilangkan keperluan untuk menekan beberapa butang berbeza bagi QTE;
    • Tindakan yang berulang hanya memerlukan ditekan sekali dan bukannya button mash;
  • Seluruh QTE boleh dibuang dalam mod single player;

Penyingkiran QTE mungkin tidak berfungsi dengan betul dalam demo yang saya cuba kerana ia memerlukan kita untuk melihat QTE dan pilihan yang disediakan, jadi saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kita akan bermainan apabila permainan penuh dilancarkan.

Kemudian, kita ada pilihan sari kata, yang membolehkan opacity diubah pada latar belakang, dan pilihan teks berwarna. Seperti pilihan “accessibility“, sari kata tidak berfungsi dengan penuh untuk demo, tetapi jika anda sukar untuk faham apa yang mereka sembang, anda dapat mengubah suai teks seperti mana yang dimahukan. Beberapa perkara yang saya kecewa cuma adalah kita tidak dapat melihat perubahan sehingga anda memulakan permainan, dan sari kata berwarna juga tidak begitu menyenangkan untuk kita melihat.

Akhir sekali ialah analitik data untuk pemain periksa setelah permainan rasmi keluar sepenuhnya. Ini membolehkan kita untuk melihat pilihan yang telah dibuat oleh pemain lain.

Bandar misteri menjadi tapak permulaan

Demo bermula pada satu titik selepas pembentangan keynote kelmarin. Andrew dan John memasuki balai polis Little Hope. Item yang dapat berinteraksi akan bersinar agar ia menarik perhatian anda, dan ada isyarat joystick mudah untuk kita melakukan aksi. Gameplay-nya tidak lah berubah terlalu drastik, dan mengekalkan pilihan bermasa dan ciri-ciri watak yang diperbaharui.

Apa yang menarik di sini ialah demo ini menunjukkan lebih banyak unsur “time travel” di mana pemain akan bergerak antara dua premis: iaitu masa kini dan masa lalu. Pada bahagian-bahagian tertentu, anda akan diserang oleh visi-visi pelik. Dalam demo, seorang individu misteri akan menangkap watak anda dan kemudian pemain akan menyaksikan satu adegan dalam sejarah, seperti era “witch trial” yang menjadi tumpuan pada kisah kali ini. Pilihan memang muncul, tetapi buat masa ini, ia tidak mengubah keputusan akhir, dan hanya menawarkan beberapa dialog alternatif.

Di bahagian ini, kita menyaksikan Amy dituduh, kemudian dianggap bersalah melakukan sihir. Nampaknya hanya Amy dan Mary sahaja dapat melihat anda, kerana orang-orang sekeliling tidak menyedari kehadiran anda. Walaupun anda tidak dapat dilihat, masih tidak jelas jika yang lain dapat mendengar anda. Kita hanya mampu menunggu keluaran rasmi untuk menjawab persoalan ini.

Saya juga ingin tahu kalau kita menyentuh orang yang mengalami visi, adakah kita dapat melihat perkara yang sama? Apa yang berlaku kepada mereka di luar visi? Apakah jarak visi tersebut? Adakah tokoh yang menangkap pemain mewakili individu yang melihat kita pada masa lalu? Amy menangkap watak saya, dan dia jugalah yang memanggil saya. Adakah jangkaan saya betul? Banyak soalan yang masih tiada jawapan. Demo ini juga memberikan akses ke Curator’s Cut, yang menawarkan lebih banyak dialog, tetapi saya akan melihat sejauh mana kemajuannya dalam permainan rasmi.

Jawapan pada masa depan

Oleh kerana sifat demo ini, saya tidak mahu membuat penilaian yang terlalu banyak atas faktor seram. Ia tidak adil bagi saya. Saya mengaku yang beberapa “jump scare” yang ada, seperti pada visi pertama, berjaya membuat saya menjerit sehingga terjatuh controller. Ini menambah perasaaan ingin tahu saya setelah melihat unsur-unsur lain dalam permainan.

Saya juga rasa kamera adalah lebih kreatif dalam permainan dan kemampuan untuk berpusing kamera secara bebas (mengikut POV watak) di ruang yang lebih terbuka memberikan pengalaman yang “lebih nyata“, ketika anda melihat pemandangan bandar misteri Little Hope. Dalam banyak-banyak perkara yang saya rasa unik, adegan visi adalah yang paling menarik kerana membuatkan saya tidak sabar untuk belajar apa berlaku apabila permainan keluar nanti. Bagaimanakah visi berfungsi? Bolehkah kita mengubah sejarah? Hanya “Curator ” saja tahu …

Beta Gameplay

The Dark Pictures: Little Hope akan keluar pada 30 Oktober 2020 untuk PC, PS4, dan Xbox One. Untuk segala liputan dan berita kami termasuk ulasan, temuramah eksklusif, dll, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoreviewThe Dark Pictures: Little Hopeulasan
Previous Post

Monster Hunter World: Iceborne membawa Fatalis si Naga Hitam 1 Oktober ini!!

Next Post

Genshin Impact untuk PS4 akan dilancarkan 28 September ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Genshin Impact untuk PS4 akan dilancarkan 28 September ini!

Genshin Impact untuk PS4 akan dilancarkan 28 September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd