Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teruskan perlumbaan dengan bervroom-vroom di Project Cars 3! Ini full review kami!

Lebih seronok dari serius!

Nyny.A by Nyny.A
August 24, 2020 - Updated on August 26, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, PC, PS4, Review, Sukan/lumba, Xbox One
0 0
0
Teruskan perlumbaan dengan bervroom-vroom di Project Cars 3! Ini full review kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekali lagi kami ingin berterima kasih pada Slightly Mad Studios dan Bandai Namco Entertainment kerana memberi kami peluang sekali lagi untuk mencuba permainan terbaru mereka yang kali ini sememangnya bukan lagi Demo, sebaliknya Full Game untuk Project Cars 3! Yup, permainan ini agak berterus terang, terdapat beberapa mod untuk dimainkan seperti yang dinyatakan dalam perkongsian review demo kami sebelum ini.

Jadi pada full game ini, didalam Career Mode terdapat  5 peringkat permainan yang digelar “Road A,B,C,D dan E” untuk anda menakluki. Road ini bermula dari Road E sehingga anda perlu menuju ke Road A bagi menjadi Ultimate Racer. Anda mengambil bentuk pelumba kehidupan sebenar di dunia, masing-masing berlumba dengan pelumba berbeza tetapi di bawah nama pasukan anda. Bukan itu sahaja, dala review ini kami menggunakan laptop gaming ROG Strix SCAR 15 yang berada di peringkat teratas gaming Windows 10 Pro. Pemproses Intel Core i9 Generasi ke-10 terbaru dan grafik GeForce RTX  yang kuat menepati panel permainan 240Hz / 3ms. Memang awesome lah gameplay kami!

Tanpa lengahkan masa, Jom kita berlumba! 

Project Cars 3 adalah sebuah permainan simulasi lumba yang perlukan perhatian dan tumpuan dari pemain. Jujur, ianya memang memuaskan, mencengkam dan tidak akan membenarkan anda terfikir menjadi lambat, segalanya penuh kelajuan! Tahap simulasi yang belum pernah terjadi sebelumnya pada permainan ini seperti yang anda harapkan, kerana francais Project Cars menghasilkan pemenang lain, membiarkan gamers dari setiap peringkat permainan perlumbaan mengalami perjalanan dalam permainan sebagai kegembiraan intrinsiknya sendiri.

Sebelum Berlumba~

Hampir serupa seperti sebelum ini dan permainan berlumba yang lain, Project Cars 3 membenarkan kami untuk custom dan upgrade kereta dari awal permainan. Yang penting, anda boleh upgrade bila-bila masa, tapi pastikan coin anda mencukupi. Selain upgrade, kami juga boleh custom driver, bendera, jantina, helmet dan banyak lagi.

Di dalam tab Career, kami perlu menyelesaikan beberapa Gol yang berbeza untuk mendapatkan mata EXP. Jika anda mempunyai cukup coin didalam permainan, anda boleh membeli kereta di Showroom. Pemain dibenarkan untuk menggunakan kereta dari awal permainan dan upgrade kereta tersebut untuk menjadi “high class” dari Class E hingga A! Jadi in bermaksud jika anda memilih Mitsubishi Lancer pada awal permainan untuk berlumba, untuk jadikannya setaraf kereta lain, anda perlu upgradekanya sahaja untuk teruskan mengikuti tahap. Bukan itu sahaja, anda boleh membeli dan menjual kereta tersebut! 

Ketika Berlumba~

Pelbagai trek yang disediakan! Trek berbeza mengikut negara, berdasarkan dari lokasi dan trek yang asal. Bukan sahaja trek diinpirasi dari dunia realiti, sebaliknya terdapat waktu dan cuaca untuk diubah di HUD yang anda boleh ubah pada awal permainan sebelum berlumba. Terdapat juga perubahan cuaca di tengah-tengah perlumbaan, jadi memang terasa trek akan menjadi lecak, juga ketika itu jalan terasa licin dan kawalan akan menjadi pusingan tajam dan harus dikawal dengan betul ibarat membawa kereta sebenar. Sememangnya pemandangan dan persekitarannya indah serta berinteraksi dengan permainan anda.

Perlawanan bermula dengan beberapa pemain AI yang lain dan ada juga yang mencecah sehingga 20 pelumba di trek permulaan. Kadang-kadang bengang juga lah dengan AI ni, sebab mereka macam sengaja je langgar kami, padahal kereta lumba AI lai ada sahaja banyak, tetapi kami juga yang dilanggarnya. Walaupun segalanya nampak realiti, tetapi jangan risau, tiada sebarang Pit Stop untuk penjagaan minyak petrol yang perlu diisi, atau pertukaran tayar pun.

Seronoknya permainan ini, terdapat misi-misi dalam permainan tidak semestinya mengikuti misi utama untuk mendapatkan mata EXP. Ada juga “contohnya Dirty Overtakes” yang akan menjadi point mata anda untuk dapatkan EXP. Bantuan berskala didalam permainan ini yang membantu kami mencari “garis” mereka sepanjang jalan.

Selepas Perlumbaan~ 

Kalau anda tewas pada perlumbaan pertama, jangan risau anda berpeluang untuk Restart semula perlumbaan, Replay dan Save Replay anda! Jadi kalau ada yang nak buat content kongsikan dekat YouTube atau Facebook anda tu dah boleh sangat dah. Setiap perlumbaan yang selesai, kami akan dapat coins dan juga mata EXP. Juga bergantung pada tahap prestasi anda yang baik, peningkatan di Garage dapat diskaun di mana sahaja dari 2-10%. Lagi menarik, tiada sebarang MIKRO TRANSAKSI!

ROADS

Sistem Career berfungsi sama dengan yang mungkin anda ketahui dari permainan perlumbaan lain seperti yang dinyatakan di atas tetapi dari segi perlumbaan. Anda berlumba di pelbagai kategori dengan kereta tier bawah dan kita perlulah terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

Bagi setiap misi Road, anda akan dipersembahkan oleh empat aktiviti untuk diselesaikan. Mereka mengambil bentuk Races yang khas, Hot Laps, Breakouts dan Championship. Untuk setiap Races ini, terdapat tiga misi untuk diselesaikan dan menjadi sebuah token pada anda untuk membuka kunci Races/Tab dalam Road Challenge tersebut.

Anda akan bermula dengan serangkaian aktiviti yang bermula dari “Basics“, dimana anda gunakan untuk mengumpulkan token XP dan Goal. Memperoleh XP meningkatkan Tahap Pemandu anda. Buka lebih banyak Races dan Tab dari Road Challenge dengan coins yang anda perolehi atau token Mission yang berjaya anda dapatkan. Ini bermakna anda boleh membuka kemajuan dalam permainan dengan MENGGUNAKAN COINS atau MENGGUNAKAN KEMAHIRAN DARI MENGUMPULKAN TOKEN MISSION. Tidak terlupa bahawa anda dapat melangkau perlumbaan yang anda tidak sukai dan terus ke “Championship” atau hanya memintas sepenuhnya.

Project Cars 3 pada dasarnya membolehkan anda memperoleh XP dengan melakukan apa sahaja termasuk didalam Career Mode, multiplayer, Breakout Mode dan sebagainya. Yang kedua, ia sangat penting pada pemain yang tidak peduli dengan kemajuan dan hanya ingin berlumba dengan orang lain dalam talian, jadi mereka akan menjaga kebebasan mereka. Ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia memberi pilihan kepada pemain untuk melompat ke Road Majors dan kemajuan, atau untuk membuka Races/Goals lain dan meneroka lokasi trek Race yang lain.

Adakah Kawalan mudah ataupun tidak? 

Pengendalian dan Gameplay menggunakan XBOX GAMEPAD

Rasa intuitif dan seperti tertanam. Kami tidak menyentuh atau mengubah tetapan apa pun dan pada pemula dalam permainan lumba, anda tidak akan terasa kepayahan dengan butang yang terasa tidak dapat sampai. Walaupun bantuan dihidupkan, anda tidak merasa ada orang yang memegang tangan anda pada setiap giliran. Terdapat sistem penanda sudut baru di Project CARS 3 yang membantu memudahkan pemain kasual untuk ketahui giliran pusingan ketat dan tajam melalui petunjuk berwarna yang menyoroti bila perlu menekan brek, putaran, atau percepatan. Oleh itu, anda boleh menentukan berapa banyak untuk melambatkan atau mempercepat sebelum dan selepas sudut jalan. Anda tidak mendapat ganjaran dengan mengikuti penanda ini dengan sempurna. Pengendalian terasa luar biasa dalam erti di mana begitu banyak penyesuaian mikro dalam perlumbaan dibuat sebagai tindak balas kepada maklum balas dari ibu jari anda.

Perincian dan Butiran

Grafik

Grafik sememangnya sangat tip top! Sangat menawan sangat hampir seperti realiti! Senang cerita memang begitu mengasyikkan dan walaupun ketika berlumba anda dapat melihat persekitarannya sangat hidup. Dalam perlumbaan di pusat bandar, anda juga dapat melihat keseronokan berlaku di kejauhan, taman tema bergerak secara bebas dan cakerawala tidak statik.

AI 

AI untuk permainan berdasarkan mod kesukaran dan tetapan yang kami mainkan nampaknya masuk akal dan tiada sebarang bug daripada apa yang dapat kami sampaikan. Perlanggaran yang berlaku boleh terasa agak agresif dan perlanggaran yang berlaku mempengaruhi keseluruhan penampilan kereta seiring berjalannya waktu walaupun kereta anda herot-berot anda tetap dapat membawanya sehingga akhir garisan.

Radio

Radio tepat, bermaklumat dan hadir pada momen dan selang pada masa yang betul sepanjang perlumbaan. Sama seperti kehidupan sebenar, bunyi seperti yang anda dengar di gelanggang perlumbaan F1.

Kereta

211 kereta tersedia dalam permainan! Jumlah kereta terbanyak dalam francais setakat ini! Jadi kumpul lah Coins anda untuk membeli kunci yang telah dibuka kuncinya melalui tahap! Eh bukan itu sahaja ok, anda juga boleh menjual kereta jika rasa dah bosan dan ingin menukar kereta lain. Seperti dinyatakan di atas, anda dapat upgrade kereta dari Decals, Cat, Rim kereta dan banyak lagi. Setiap hari terdapat diskaun untuk pembelian kereta, jadi ada yang terdapat diskaun menarik dan itulah masanya untuk anda mendapatkan kereta kegemaran anda!

APA YANG BARU – RIVALS

Menemani mod Career adalah cabaran berbilang pemain baru yang dipanggil Rivals. Persaingan berasaskan kepemimpinan ini menawarkan cabaran harian, mingguan dan bulanan yang dikelaskan kepada tiga kategori – Hot Lap, Pace Setter dan Breakout.

Hot Lap adalah pertandingan percubaan masa tradisional di mana pemain berusaha untuk memecahkan masa perlumbaan mereka sendiri, sementara yang kedua mencatatkan konsistensi dan prestasi rata-rata mereka selama tiga pusingan, yang semuanya mesti diselesaikan dengan bersih.

Breakout membolehkan pemandu menerobos rangkaian blok polisterin, masing-masing dengan nilai mata, untuk mencari jalan atau gaya drift yang paling optimum. Mod Custom, kegemaran peminat siri ini, memberikan pulangan juga. Sesi perlumbaan boleh disesuaikan sepenuhnya di sini, dari jenis kereta dan trek malah yang terkunci dan pilihan cuaca hingga tingkah laku AI. Pada akhir bulan, pemain akan menerima ganjaran dan kedudukan berdasarkan jumlah Rivals Points, yang diterjemahkan menjadi lebih banyak XP.

Maka adakah ianya akan menjadi permainan yang memuaskan?

Untuk Project Cars 3, ianya lebih kepada simulasi arked dimana ianya lebih kepada keseronokan berbanding ciri sebelum ini yang lebih Hardcore kerana peminat menyatakan yang lalu lebih realiti dalam perlumbaan. Tetapi sememangnya kami memuji segala persekitaran kerana sangat realiti, mudah dikawal dan banyak kereta untuk dimiliki. Walaupun ianya bukanlah permainan simulasi perlumbaan yang tepat, tetapi sangat menyeronokkan dan mencabar anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Project Cars 3

7 Score

Untuk Project Cars 3, ianya lebih kepada simulasi arked dimana ianya lebih kepada keseronokan berbanding ciri sebelum ini yang lebih Hardcore kerana peminat menyatakan yang lalu lebih realiti dalam perlumbaan. Tetapi sememangnya kami memuji segala persekitaran kerana sangat realiti, mudah dikawal dan banyak kereta untuk dimiliki. Walaupun ianya bukanlah permainan simulasi perlumbaan yang tepat, tetapi sangat menyeronokkan dan mencabar anda. 

PROS

  • Menarik, menghiburkan dan sesuai untuk pemain kasual. Pilihan untuk memintas perlumbaan dan trek tertentu, jadi banyak kebebasan untuk pemain bermain dengan cara yang mereka mahu.
  • Cantik secara visual, dengan trek lumba dan persekitaran kelihatan sesuai dengan kehidupan sebenar Pengendalian setiap kenderaan memang mencabar namun tidak keterlaluan
  • Jumlah kereta dan pilihan penyesuaian yang luar biasa Ciri baru dalam membantu, "RIVALS"

CONS

  • Tidak mencukupi untuk digelar permainan perlumbaan simulasi , mereka mengambil banyak kebebasan kehidupan nyata
  • Momen AI dan hambatan yang sangat agresif

Review Breakdown

  • Anda nak enjoy dengan game lumba, inilah dia pilihannya! 0
Tags: Bandai Namco EntertainmentProject Cars 3PROJECT Cars 3 ReviewSlightly Mad Studiosulasanulasan Project Cars 3
Previous Post

Ulasan Guardian Tales: mobile fantasi RPG wajib anda cuba!

Next Post

Muat turun Serious Sam: The First Encounter PERCUMA di GOG sekarang!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Temuramah

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

July 1, 2025
Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Next Post
Muat turun Serious Sam: The First Encounter PERCUMA di GOG sekarang!

Muat turun Serious Sam: The First Encounter PERCUMA di GOG sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd