“Saya tahu ramai di antara anda sibuk bermain Marvel’s Iron Man VR sejak ia dilancarkan pada awal bulan Julai, tetapi kami belum selesai!” tulis pereka permainan Camouflaj, Blaine Higdon, dalam kemas kini di blog PlayStation. Berikut adalah beberapa kandungan dan fitur ‘quality of life’ yang ditambahkan ke dalam permainan dalam kemas kini 1.06 yang dilancarkan pada 21 Ogos lalu.
Fitur New Games+ yang diminta oleh orang ramai membolehkan anda untuk memainkan semula misi cerita tanpa mengorbankan Research Point dan hanya akan dibuka setelah anda menyelesaikan permainan.
“Jika anda seorang pemain tegar yang sudah menguasai difficulty Invincible, anda harus mencuba mod difficulty Ultimate di patch baru untuk melihat kemampuan sebenar!” -Higdon.
Kemas kini ini juga memperkenalkan beberapa senjata baru – Continuous Beam Repulsor, EM Charge Cannon, Micro Swarm, dan Gravity Bomb – serta lapan Custom Armor Deco. Selain itu, sejumlah peningkatan ‘quality of life’ juga telah diterapkan, termasuk load time yang lebih baik, dan misi sampingan/adegan sinematik yang boleh “skip”.
Continuous Beam Repulsor
EM Charge Cannon
Micro Swarm
Gravity Bomb
“Berdasarkan maklum balas, kami telah membuat dua misi cerita yang dapat dilangkau, jika anda memilihnya. Anda boleh menggunakan butang Skip Mission di glob untuk maju melepasi misi ini, yang kemudian akan dikira sebagai “completed”, tetapi masih perlu kembali dan menyelesaikannya jika anda mahukan trofi.”
Itu sahaja maklumat tentanng kemas kini Marvel’s Iron Man VR, dan jika anda ingin ketahui lebih lanjut, sila layari artikel lama kami di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post