Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Hearthstone: Scholomance Academy: antara expansion paling bagus dengan konsep sekolah sihir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2020 - Updated on August 19, 2020
in Artikel, Battle.net, Berita, Game Review, Kad Strategi, PC
0 0
0
Ulasan Hearthstone: Scholomance Academy: antara expansion paling bagus dengan konsep sekolah sihir!
Share on FacebookShare on Twitter

Hearthstone Year of the Phoenix telah mencapai fasa kedua, dan kami menerima expansion baru bernama Scholomance Academy, yang memperkenalkan 135 kad dan beberapa mekanik baru. Konsep expansion itu sendiri agak menyeronokkan, kerana mengubah penjara bawah tanah World of Warcraft yang menyeramkan kepada sekolah ahli sihir, di mana dekannya, Kel’Thuzad masih baik dan belum menjadi Lich yang jahat.

Ini bermaksud bahawa mekanik dan kad baru dicipta berdasarkan konsep universiti, pengajian, dan sihir. Yang paling penting ialah sudah lama Hearthstone tidak menghiburkan saya dan pengenalan Scholomance Academy benar-benar amat mengagumkan dalam cara yang saya tidak sangka. Expansion-expansion sebelum ini mengalami masalah ketidakseimbangan serius pada awal pelancaran, lalu mengakibatkan banyak kekecewaan dan dek yang repetitif. Ini tidak berlaku dengan Scholomance Academy kerana kita melihat banyak taktik, dek, dan pilihan dalam permainan.

Saya tidak melihat apa-apa dek atau kelas yang mempunyai kelebihan jelas berbanding yang lain, tetapi saya terpaksa mengaku bahawa ia masih terlalu awal untuk saya benar-benar memahami keseimbangan permainan. Walau apa pun, setakat ini, ia agak adil. Selain itu, Blizzard sendiri mengaku bahawa mereka akan lebih proaktif dalam menyeimbangkan permainan, dan studio akan bertindak dengan pantas bila perlu.

Kad Dual-Class

 

1 of 3
- +

Salah satu fitur baru terbesar di Scholomance Academy adalah kad Dual Class, yang hanya tersedia untuk dua kelas. Wand Thief adalah 1/2 minion yang bernilai 1 mana, dan jika diseru sebagai kombo, ia membolehkan pemain untuk menggunakan Mage spell. Sebagai kad Dual Class, Wand Thief tersedia untuk Mage dan Rogue. Walaupun ia dengar seperti sesuatu yang kuat, kebenarannya adalah kad Dual Class bukanlah sesuatu yang benar-benar menakjubkan. Kadang-kala, ia boleh menjadikan permainan lebih dinamik dan susah untuk diramalkan, seperti apabila Rogue mendapat akses ke Mage spell, tetapi secara keseluruhan, hakikat bahawa ia hanya tersedia untuk dua kelas bukanlah sesuatu yang cukup “wow”.

Mekanik Studies

 

1 of 3
- +

Satu lagi mekanik baru ialah Studies, di mana kad hanya bernilai 1 mana dan membolehkan pemain untuk menemui sihir atau minion daripada jenis-jenis tertentu, bagi menurunkan harga kad seterusnya (harus jenis kad yang sama) sebanyak 1 mana. Sebagai contoh, Warrior, memiliki akses ke Athletic Studies, sihir yang bernilai 1 mana, dan membolehkan anda menemui Rush minion di antara tiga pilihan rawak. Selepas itu, Rush minion seterusnya akan dikurangkan 1 mana. Ini kad yang sangat berguna, kerana ia membantu mempercepat permainan tanpa benar-benar mengurangkan kad, serta membenarkan kemunculan kad berulang yang sepatutnya tidak akan berlaku.

Keyword Spellburst

 

1 of 3
- +

Akhir sekali, kami mempunyai Spellburst, keyword baru yang terdapat di senjata dan minion. Ini adalah kad dengan potensi kesan tambahan, yang akan diaktifkan selepas pemain menyeru sihir. Gibberling adalah minion 1/1 dengan Spellburst yang menyeru Gibberling kedua. Ini bermakna jika Druid melakukan sihir ketika Gibberling sedang dimainkan, dia akan memanggil Gibberling kedua secara automatik. Kesan ini hanya berlaku sekali bagi setiap kad. Kad Spellburst menawarkan kelebihan yang besar, tetapi anda perlu memastikan agar dapat menggunakannya. Sekiranya senjata atau minion tersingkir sebelum pemain mula sihir, anda akan membazirkan kesan tambahannya.

Kad-kad baru

Saya menikmati mekanik-mekanik yang diperkenalkan di Scholomance Academy, dan beberapa kad asli. Salah satu yang paling menarik ialah Sphere of Sapience, senjata [1 mana 0/4] yang berfungsi secara automatik pada awal giliran pemain. Kad ini menunjukkan kepada pemain kad mana yang mereka akan terima seterusnya dan membolehkan mereka untuk menyimpan atau menghantarnya ke dalam dek semula. Sekiranya anda memilih untuk simpan, semuanya akan kekal sama, tetapi jika anda menolaknya dan mendapatkan kad baru, senjata akan kehilangan 1 durabiliti. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengawal permainan.

Sebuah lagi kad yang menarik adalah Rogue’s Secret Passage, sihir yang bernilai 1 mana dan menukar kad semasa di tangan pemain, untuk lima kad berbeza daripada deknya. Pemain kemudian boleh memainkan kad-kad ini atau tidak. Pada awal giliran berikutnya, kad baru akan ditukar semula oleh kad yang dimiliki pemain sebelumnya. Ini memberi peluang kepada cara pemain yang lebih berani dan kreatif.

Pendapat

Scholomance Academy adalah expansion yang menarik untuk Hearthstone, dan mempunyai mekanik inovatif dan sekumpulan kad yang, setakat ini, mengalukan pelbagai dek dan taktik untuk hampir semua kelas. Agak sukar untuk saya agak bagaimana meta dalam beberapa minggu akan datang, tetapi buat masa ini, Scholomance Academy ialah salah satu daripada expansion terbaik di Hearthstone buat sekian lama.

Muat turun Disini!!!
Hearthstone
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2013-03-11
Microsoft Windows
Hearthstone adalah permainan kad koleksi digital secara percuma dikembangkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Pada asalnya subjudul Heroes of Warcraft, Hearthstone membina siri Warcraft yang sedia ada dengan menggunakan unsur-unsur, watak-watak dan peninggalan yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Hearthstone: Scholomance Academy

6 Score

Scholomance Academy adalah expansion yang menarik untuk Hearthstone, dan mempunyai mekanik inovatif dan sekumpulan kad yang, setakat ini, mengalukan pelbagai dek dan taktik untuk hampir semua kelas.

PROS

  • Banyak pilihan untuk dek dan taktik.
  • Tema sekolah agak menyeronokkan.
  • Beberapa kad menarik.

CONS

  • Masih sukar untuk memahami jika permainan seimbang atau tidak.

Review Breakdown

  • Agak sukar untuk saya agak bagaimana meta dalam beberapa minggu akan datang, tetapi buat masa ini, Scholomance Academy ialah salah satu daripada expansion terbaik di Hearthstone buat sekian lama. 0
Tags: BlizzardhearthstoneHearthstone: Scholomance Academyreviewulasan
Previous Post

OPERATION SHADOW LEGACY akan datang ke Tom Clancy’s Rainbow Six Siege!

Next Post

Warga Malaysia! Nampaknya anda boleh berkerja & bermain dengan Samsung Galaxy Note20 baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Warga Malaysia! Nampaknya anda boleh berkerja & bermain dengan Samsung Galaxy Note20 baru!

Warga Malaysia! Nampaknya anda boleh berkerja & bermain dengan Samsung Galaxy Note20 baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd