Dengan PES mengambil cuti untuk tahun 2021 dan FIFA ditunda ke bulan Oktober, Captain Tsubasa: Rise of New Champions mempunyai peluang yang sangat baik untuk menarik minat gamers yang suka bermain bola sepak pada bulan depan. Game ini sudah menonjolkan mod Career yang mantap dan screenshot menunjukkan gameplay yang jauh berbeza daripada game anime lain. Sekarang, Bandai Namco ingin menjelaskan tentang mod permainan dalam talian. Jom kita tonton trailer di bawah:
Peminat anime Captain Tsubasa akan mengenali beberapa nama besar trailer dan ia juga mengesahkan bahawa pemain dapat menggunakan beberapa gaya “tiki taka” seperti pasukan kebangsaan Brazil. Sudah tentu, mod Online Versus akan memadankan anda dengan pemain lain di seluruh dunia. Namun, game ini membuka pintu untuk bermain 2v2 dan merupakan penambahan bagus yang membolehkan anda bekerjasama dengan rakan.
Selain itu, Captain Tsubasa: Rise of New Champions mempunyai fitur ala-ala FIFA Ultimate Team di mana anda membentukkan pasukan impian sendiri. Kami dapat melihat kedai yang seolah-olah menghadiahkan pemain baru tetapi trailer menjelaskan bahawa tidak akan ada pembelian dalam permainan untuk membeli pemain. Pemain baru akan dihadiahkan apabila anda maju dalam jalan cerita.
Pemain akan berlawan dalam acara kejohanan, dan cuba menjadi johan dunia. Saya tidak mempunyai banyak info sehingga diberi peluang untuk mencuba, tetapi ia seperti FIFA Ultimate Team versi ‘user-friendly’. Captain Tsubasa: Rise of New Champions akan dilancarkan di Nintendo Switch, PC, dan PS4 pada 28 Ogos.
@gamersantaimy
Discussion about this post