Versi PS5 untuk Yakuza: Like a Dragon sedang dalam pembikinan dan nampaknya Sega mempunyai cara agar pemilik PS4 dapat “upgrade” kepada versi tersebut. Untuk versi PS4, Xbox One, dan PC, game ini akan tiba pada bulan November 2020 manakala versi Xbox Series X akan dilancarkan pada hari pertama bersama konsol, diikuti oleh PS5 yang tiba kemudian.
Selain daripada dua pelantar baru, edisi permainan video dan pelakon suara Inggeris telah didedahkan. Yakuza: Like a Dragon Hero Edition bernilai $59.99 (anggaran RM255.11) dan menghadiahkan Legends Costume Set, Job Set dengan pekerjaan Devil Rocker dan Matriarch, dan Management Mode Set dengan lebih banyak pekerja untuk minigame. Bundle Legendary Hero Edition pula bernilai $99.99 (anggaran RM425.21) dan mempunyai segalanya di Hero Edition serta tambahan Crafting Set, Karaoke Set, Stat Boost Set, dan Ultimate Costume Set.
Untuk adaptasi Inggeris Yakuza: Like a Dragon, pelakon suara berikut akan muncul dalam permainan. Ini ialah projek kedua Greg Chun di siri Yakuza, kerana sebelum ini menyuarakan Takayuki Yagami dalam Judgment.
- Ichiban Kasuga – Kaiji Tang
- Masumi Arakawa – George Takei
- Koichi Adachi – Andrew Morgado
- Yu Nanba – Greg Chun
- Saeko Mukoda – Elizabeth Maxwell
Di atas ialah trailer terbaru Yakuza: Like a Dragon dan di penghujung, anda boleh lihat pra-pesanan untuk Legends Costume Pack. Yakuza: Like a Dragon akan hadir di PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada bulan November 2020. Versi PS5 untuk Yakuza: Like a Dragon akan tiba pada kemudian hari manakala versi Xbox Series X akan keluar bersama pelancaran konsol.
@gamersantaimy
Discussion about this post