Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Razer DeathAdder V2 Mini: Khas untuk gamer tangan comel!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2020
in Mouse, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Razer DeathAdder V2 Mini: Khas untuk gamer tangan comel!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kita ingin bercakap tentang tetikus gaming, jenama Razer DeathAdder adalah salah satu yang paling terkenal di seluruh dunia. Sejak muncul di pasaran pada tahun 2006, siri DeathAdder telah menjual lebih daripada 10 juta unit. Selaku anggota terbaru, DeathAdder V2 Mini telah direka khusus untuk tangan yang lebih kecil dan memang sesuai untuk gamers yang inginkan tetikus yang sepadan dengan kecomelan tangan mereka.

Memang tidak banyak tetikus gaming ergonomik yang bersaiz kecil di pasaran, jadi DeathAdder V2 Mini adalah tambahan yang bagus untuk barisan produk Razer. Jika dibandingan spec, ia bukanlah sekuat versi asli Razer DeathAdder V2, tetapi pada harga RM259, ia merupakan satu pembelian yang bagus.

Reka bentuk

Razer DeathAdder V2 Mini adalah versi skala rendah untuk tetikus gaming ergonomik DeathAdder V2. Dilabelkan sebagai “ultra-lightweight” dengan berat 62g, ia jauh lebih ringan daripada versi asli yang mempunyai berat 82g. Selain daripada butang standard kiri/kanan dan scroll wheel, Mini mempunyai suis optik yang membolehkan pengguna menukar DPI dengan cepat. Alang-alang kita bercakap tentang DPI, DeathAdder V2 Mini mempunyai DPI maksimum sebanyak 8,500, berbanding versi asli yang memiliki 20,000 DPI.

Selain itu, DeathAdder V2 Mini mempunyai dua butang tambahan di sebelah kiri dan kabel Razer Speedflex sepanjang 1.8m. Reka bentuk tetikus dengan logo RGB Razer menjadikan peranti tampak menarik, tetapi kekal minimalis untuk mana-mana setup PC. Saya juga amat minat tapak di bahagian bawah, yang membenarkan Mini bergerak dengan lancar.

 

1 of 3
- +

Satu kelebihan yang Mini ada berbanding tetikus DeathAdder lain adalah ia dilengkapi dengan “anti-slip grip tape“, yang boleh anda pakaikan pada sisi tetikus atau pada mana-mana butang yang sesuai. Pita ini dengan mudah dapat melekat tetapi jika anda berubah fikiran kemudian hari, ia juga mudah ditanggalkan tanpa sebarang sisa-sisa melekit. Mungkin bagi anda semua, ini perkara kecil, tetapi sejujurnya ia menambah keselesaan saya ketika memakai tetikus. Tiada siapa yang rugi, jadi saya sarankan anda cuba kalau berminat.

Prestasi

Walaupun DeathAdder V2 Mini tidak mempunyai maksimum DPI yang tinggi, saya tidak rasa ia satu masalah yang besar kerana Mini masih terasa pantas dan tepat serta lebih daripada mampu untuk bermain apa-apa genre permainan video.

Saya menguji DeathAdder V2 Mini dalam tiga cara yang berbeza iaitu Sid Meier’s Civilization VI, Hyper Scape, dan ujian DPI. Sid Meier’s Civilization VI bukanlah game yang “fast-paced” pun, jadi ketepatan dan kelajuan tidak semestinya diperlukan. Namun, gameplay-nya mendorong kita untuk sesi permainan yang panjang. Ini bermaksud tetikus ergonomik yang selesa adalah yang paling sesuai. Mereka yang tangan kecil pasti suka pengalaman mereka dengan Mini kerana ia direka untuk kekal sejuk dan selesa walaupun anda bermain untuk berjam-jam.

DeathAdder V2 Mini juga menunjukkan prestasi yang baik di Hyper Scape, kerana membolehkan saya membidik dengan tepat, laju dan mudah. Secara berturut-turut, saya dapat menembak sasaran, mengambil loot dengan pantas dan memantau persekitaran. Selain itu, kita boleh ubah butang abiliti dan serangan lain ke butang tetikus agar pertempuran boleh dikendalikan dengan lebih mudah demi meningkatkan pengalaman permainan. Kita tidaklah jadi pakar secara tiba-tiba dalam game FPS, tetapi ia pasti memberi kelebihan dalam genre pilihan anda.

Berikut adalah keputusan daripada ujian DPI saya:

Perisian Razer Synapse 3

Sekiranya anda tidak terlalu kisah tentang fungsi butang atau warna RGB, kita hanya perlu pasangkan Deathadder V2 Mini ke port USB dan ia kini tersedia untuk dipakai. Menu automatik akan muncul tidak lama selepas itu untuk membawa anda melalui proses muat turun dan pemasangan perisian Razer Synapse.

Namun, jika kita membeli tetikus gaming, sudah semestinya kita mencari fitur yang lebih canggih daripada tetikus biasa. Di sinilah Razer Synaspe menyerlah. Aplikasi ini memang komprehensif, dan membolehkan kita mengubah suai profil DeathAdder V2 Mini serta menghubungkan profil game dengan gajet.

 

Pada masa yang sama, kita juga boleh memprogram semula butang dan menambah fungsi pada dua butang sisi. Terdapat enam butang yang dapat diprogram secara keseluruhan, jadi bentukkan tetikus ini sehingga capai pilihan peribadi anda. Sekiranya menggunakan skema warna yang terang dan menjengkelkan, banyak lagi pilihan RGB dalam aplikasi juga. Cuma saya agak kecewa kerana satu-satunya unsur cahaya di V2 Mini adalah logo Razer dan itupun dihalang oleh tangan kita.

Pendapat

Razer DeathAdder V2 Mini merupakan tambahan yang bagus untuk barisan produk DeathAdder. Ia menepati syarat yang diperlukan, dan memberikan pengalaman berkualiti tinggi untuk pemain dengan tangan kecil. Pada nilai harga RM259, kosnya tidaklah melampau sangat, lalu menjadikan Mini sebagai pilihan yang baik untuk mereka yang mahukan menaik taraf daripada tetikus standard.

DeathAdder V2 Mini memberikan pengalaman kompetitif premium dalam bentuk yang lebih kecil, dan sangat selesa untuk sesi bermain panjang atau permainan kompetitif yang pantas. Selain daripada perisian Synaspe yang agak mengelirukan, tidak banyak kesalahan yang saya boleh cari. Boleh dikatakan bahawa DeathAdder V2 Mini adalah tetikus gaming terbaik untuk tangan kecil/sederhana.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DeathAdder V2 MiniProdukrazerreviewTetikusulasan
Previous Post

Siri X50 yang gah: Kejayaan vivo dalam menembusi Elite Market!

Next Post

Ayun dan dapatkan skor! Temu ramah Eksklusif Josh Muise dan Shaun West dalam PGA Tour 2K21

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Promo Days of Play 2025 Kini Bermula: Diskaun Hebat untuk PS5, Game & Aksesori
Promosi

Promo Days of Play 2025 Kini Bermula: Diskaun Hebat untuk PS5, Game & Aksesori

May 28, 2025
Infinix GT 30 Pro Dilancarkan – Gaming Phone Mid-Range Prestasi Full FPS, Harga Bermula RM1299!
Smartphone

Infinix GT 30 Pro Dilancarkan – Gaming Phone Mid-Range Prestasi Full FPS, Harga Bermula RM1299!

May 28, 2025
Next Post
Ayun dan dapatkan skor! Temu ramah Eksklusif Josh Muise dan Shaun West dalam PGA Tour 2K21

Ayun dan dapatkan skor! Temu ramah Eksklusif Josh Muise dan Shaun West dalam PGA Tour 2K21

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd