Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri secara rasmi dilancarkan di Malaysia menampilkan kamera berkelas professional!

Juga dengan spesifikasi yang padu!

Nyny.A by Nyny.A
July 16, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Produk, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Siri secara rasmi dilancarkan di Malaysia menampilkan kamera berkelas professional!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi, siri vivo X50 iaitu X50 dan X50 Pro telah diperkenalkan dalam Pelancaran Media Eksklusif berlansung di Hotel Sheraton, PJ sebentar tadi. Vivo telah mereka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna dengan menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih.

Dengan penstabilan canggih, mod malam, ciri zoom dan teknologi potret, siri X50 ini membolehkan pengguna untuk menangkap gambar dan video dengan stabil dan berkualiti tinggi tidak kira bagaimana pun senario anda untuk menghasilkan karya yang luar biasa. Reka bentuknya turut menampilkan ciri semula jadi dan esteteik futuristik yang bertujuan untuk lengkapkan gaya hidup aktif pengguna.

Siri X50 adalah peranti pintar fotografi profesianal pertama yang membolehkan pengguna merakam dan mengongsikan detik manis kehidupan mereka secara mudah; Dengan keupayaan imej yang stabul, lensa dan sensor luar biasa juga sistem keseluruhan kamera yang canggih, X50 membolehkan pengguna mengabadikan kidah hidup dengan kualiti gambar yang profesional”

-Encik Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia

Dengan pengembangan 5G dan ketersediaanya yang akan tiba di Malaysia, lebih ramai pengguna dapat menikmati faedah 5G yang termasuk kelajuan, kependaman yang rendah dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas.

Fotografi mudah alih diberi definisi terbaru!

Siri X50 mengntergrasikan teknologi fotografi profesional. Bagi mengurangkan gegaran, kamera utama X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka di industri yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video yang jelas walaupun tengah bergerak bahkan pada waktu malam.

Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberi kestabilan yang meningkat untuk kamera utama. Sisem yang turut diperluaskan ini mempunyai sudut putaran dan kawasan anti-goncang. Gimbal Radar, bola animasi pada skrin mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Algoritma motion-deblur vivo, sesor khas dan penjejak fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video.

X50 mempunyai penyediaan kamera serbaguna dengan kamera depan 32MP dan empat kamera belakang (48MP Utama. 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Potrait dan 8MP 5x Telescopic). Lensa Telescopic 5x X50 Pro juga menyokong 60x Hyper Zoom dengan hasil yang menakjubkan! Selain itu turut terdapat Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan pada waktu malam, sementara fungsi 120° Super Wide-Angle (108° setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti dalam pelbagai senario. Manakala mod Potret dikuasakan algoritma penyembunyian 4 lapisan dan mendapatkan hasil blurry dibelakang.

Prestasi dan Reka Bentuk yang anggun! 

X50 turut memberikan prestasi yang unggul! Selain penyambungan 5G, X50 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, memberi kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Refresh rate skrin sehingga 90Hz, menampilkan gambar, filem dan game yang anda main sangat jelas dan tidak kabur!

Reka bentuk X50 dibina dengan skrin fleksible yang lansing, lebih ringan dan lebih tahan lama dari yang lalu dan merupakan salah satu telefon pintar 5G paling tipis pernah ada. Teknologi HDR 10+ memberikan paparan yang terang dan AG Matte Glass yang memberikan sentuhan lembut dan halus.

Siri vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Julai 2020 ini melalui Live Stream di Facebook rasmi vivo Malaysia beserta harga juga akan dinyatakan ketika pelancaran tersebut. vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black manakala X50 Pro dalam Alpha Grey.

vivo TWS Earphone Neo Melengkapkan siri X50 dengan Audio yang memukau! 

Selain itu, TWS Earphone Neo turut dilancarkan dengan pengalaman audio berkualti tinggi yang akan memenuhi keperluan seharian. TWS Earphone Neo wireless mempunyai ciri khas Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat  serta bio-fiber composite diaphragm untuk tingkatkan perincian audio. Ianya juga menampilkn Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar untuk diaktifkan.

TWS Earphone Neo disokong TWS Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi dan pengalaman mendengar yang stabil serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m. Harga TWS Earphone Neo adalah RM359.00 dan kini boleh didapati di platform online seperti Lazada, Shopee dan vivo Store. 2 pilihan warna menanti anda iaitu Starry Blue dan Moonlight White.

Jadi jangan lupa kunci tarikh anda 21 Julai ini untuk pelancaran rasmi siri vivo X50!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: siri vivo X50Telefon PintarVivovivo X50vivo X50 ProX50
Previous Post

Fakta! Ini adalah sebab kenapa Maito Gai tidak menggunakan Ninjutsunya!

Next Post

Tales of Crestoria dilancarkan untuk iOS & Android! Semua hero daripada francais Tales ada!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
Next Post
Tales of Crestoria dilancarkan untuk iOS & Android! Semua hero daripada francais Tales ada!

Tales of Crestoria dilancarkan untuk iOS & Android! Semua hero daripada francais Tales ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd