Sebuah bug tertentu di Call of Duty: Warzone nampaknya sedang menimbulkan huru-hara di kalangan pemain kerana membuatkan orang menjadi halimunan. Pemain yang halimunan itu dapat menembak seperti biasa tanpa dikesan oleh pemain lain dan kemungkinan besar tidak tahu yang mereka sebenarnya halimunan, menurut beberapa video yang telah dikongsi di bawah. Bug seperti ini adalah sesuatu yang lazim didengari dalam genre shooter dan telah mempengaruhi banyak game daripada francais-francais yang berbeza, tetapi masih menjadi masalah yang menjengkelkan terutama sekali jika anda bermain Call of Duty.
Did they update the ghost perk? from r/CODWarzone
Seorang pengguna Reddit bernama BourbonKing berkongsi video di atas dalam subreddit CODWarzone untuk menunjukkan bagaimana rasanya melawan pemain yang halimunan. Selepas ditembak berulang kali dan gagal mencari musuh, dia dibunuh oleh pihak lawan yang tidak dapat dilihat. Kill Cam kemudian menunjukkan perspektif pemain halimuan itu yang sentiasa berada di belakang BourbonKing sepanjang masa tetapi tidak muncul di skrin.
Kejadian ini juga berlaku pada pemain lain dan banyak video berkenaan bug ini dimuat naik di atas media sosial. Sekiranya ia adalah hack dan bukan bug, pemain yang didapati menggunakannya akan dikenakan hukuman dengan sewajarnya oleh Activision. Activision dan Infinity Ward telah mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah aktiviti “hacking” atau “cheating” di Warzone dan Modern Warfare termasuk mengharamkan pemain yang menipu dan sistem yang memaksa cheater untuk bermain antara satu sama lain.
https://twitter.com/TylerObes/status/1280748956763348992
New bug!! I thought I was distroying those guys in plunder then realise that I was INVISIBLE π€¦π½ββοΈπ!! Anybody had that before?@_Precized @ashtonisVULCAN @Joecephus13 @charlieINTEL @JoeCecot @CODWarzoneBR @SmallStreamersC @smallstreamerco @SmallStreamerHQ @Activision pic.twitter.com/rFcxjwxpDi
— TETSUO_GG (@T3TSUO_GG) July 14, 2020
Saya berharap masalah ini akan dibaiki dalam masa terdekat agar pengalaman bermain anda semua pun tidak terganggu. Untuk segala liputan kami tentang Warzone, sila klik di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post