Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UbiForward] Far Cry 6 akhirnya diumumkan! Nantikan sekuel ini pada 18 Febuari 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[UbiForward] Far Cry 6 akhirnya diumumkan! Nantikan sekuel ini pada 18 Febuari 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berkali-kali dibocorkan atas talian, Ubisoft secara rasmi mendedahkan Far Cry 6, entri terbaru dalam siri FPS popular untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Untuk menemani berita tersebut, Ubisoft juga mendedahkan trailer rasmi pertama yang akan menjadi game pertama di konsol next-gen seterusnya, serta merupakan ansuran pertama sejak Far Cry 5 pada tahun 2018.

Trailer sinematik di atas tidak mempunyai apa-apa rakaman gameplay, tetapi menunjukkan sebuah kota yang memberontak di bawah pemerintahan antagonis yang dilakonkan oleh Giancarlo Esposito, yang lebih terkenal sebagai Gus Fring di Breaking Bad dan Better Call Saul.

Sinopsis:

“Selamat datang ke Yara, syurga tropika yang seolah-olah terbeku oleh masa. Sebagai diktator Yara, Anton Castillo ingin mencari semula kejayaan yang pernah dimiliki oleh kerajaannya tidak kira dengan apa cara sekali pun, dengan anaknya, Diego, mengikuti jejaknya. Penindasan kejam mereka telah memulakan sebuah revolusi.”

Di Far Cry 6, anda bermain sebagai Dani Rojas, seorang penduduk tempatan di Yara, yang menjadi pejuang gerila ketika dia berusaha untuk membebaskan kotanya daripada Castillo. Untuk melakukan ini, dia harus menyerang pasukan Castillo di “taman permainan terbesar Far Cry,” yang merangkumi hutan, pantai, dan ibu kota Yara, Esperanza.

Far Cry 6 sedang dibangunkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X, Xbox One, dan PC, dan akan dilancarkan ke seluruh dunia pada 18 Februari 2021.

Tags: far cryFar Cry 6ubisoft
Previous Post

Para Hacker makin berleluasa dalam Watch Dogs: Legion! Ini adalah review Demo kami~

Next Post

#UbiForward: Hyper Scape kini boleh dimuat turun Percuma untuk open beta pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
#UbiForward: Hyper Scape kini boleh dimuat turun Percuma untuk open beta pertama!

#UbiForward: Hyper Scape kini boleh dimuat turun Percuma untuk open beta pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd