Setelah beberapa bulan berlalu dengan kemaskini permainan popular dari Capcom tetapi dihasilkan oleh Yunchang Game yang dinantikan iaitu Devil May Cry: Pinnacle of Combat untuk mobile, kali ini sebuah pengumuman rasmi yang telah didedahkan di TapTap serta gameply terbaru yang dikongsikan di laman Weibo permainan Devil May Cry ini!
Ini adalah posting yang dikongsikan oleh admin Devil May Cry;
“Terima kasih kepada platform permainan TapTap kerana menyokong “Devil May Cry-Pinnacle of Combat” @TapTap telah menemui banyak permainan yang bagus. Sejak pengumuman projek dalam “Devil May Cry- Pinnacle of Combat”, banyak pemburu setan telah menaruh harapan yang sangat besar terhadap kita. Dorongan yang tidak terkira banyaknya, kami semua memandang serius. Harap percaya bahawa pasukan projek Devil May Cry-The Battle for the Peak akan memenuhi harapan dan memimpin pemain yang suka “Devil May Cry” ke dunia Gothik yang baru! Pada masa ini, permainan tersebut secara aktif mempersiapkan diri untuk ujian puncak “Devil May Cry-Pinnacle of Combat” pada 23 Julai, pemain boleh pergi ke laman web rasmi, Weibo dan WeChat rasmi untuk menerima kod pengaktifan untuk mendaftar secara rasmi sebagai pemburu syaitan !”
Bukan itu sahaja, gameplay Boss juga didedahkan bagi permainan Devil May Cry: Pinnacle of Combat ini! Kami dapat melihatkan Griffon, yang akan dikenali oleh peminat francais, kerana telah menjadi bos siri utama. Namun, watak dan bos yang eksklusif untuk Devil May Cry Mobile – versi Pinnacle of Combat adalah Frank, watak yang penuh teka-teki nampaknya menjadi antagonis utama.
Nampaknya semua penggerakkan serangan memang dari Dante nampak normal dan mudah untuk pemain cepat fasih dengan penggunaannya! Semua aksi tenaga Dante dapat kelihatan dalam gameplay ini.
Selain itu terdapat Pengambilan kelayakan “Peak Test” yang kini dibuka secara rasmi! Anda boleh menjawab beberapa soalan di laman web rasmi Devil May Cry mobile ini. Percubaan ini telah dibuka dari 18 Jun-16 Julai 2020 23:59 dan waktu ujian permainan dibuka pada 23 Julai-30 Julai 23:59 59.
Rasa tidak sabar pula dengan pelancaran Global kan? Ini lah kalau ada kat Google Play ni memang berlambak rasanya akan muat turun! Tapi buat masa sekarang TapTap sahaja menjadi aplikasi muat turunnya. Dah keluar nanti memang bersedia untuk beraksi dengan Dante la!
Sumber: GamerBraves
@gamersantaimy
Discussion about this post