Baru-baru ini, PUBG tanpa sengaja telah membocorkan beberapa gambar untuk kandungannya yang akan datang. Secara khusus lagi, Sanhok akan diubah suai untuk menjadikan peta lebih sesuai dalam perlawanan PUBG yang kompetitif. Setakat ini, saya tahu bahawa tiga lokasi iaitu Boot Camp, Dock, dan Ruins akan diubah di Sanhok 2.0. Tanpa melengahkan masa, mari lihat apa yang akan berubah!
Imej pertama adalah Boot Camp baru. Anda boleh lihat bahawa Boot Camp akan menerima susun atur baru yang lebih simetri. Ini memulakan spekulasi bahawa Boot Camp akan menjadi peta TDM terbaru di Arena. Satu lagi perkara baru adalah jambatan baru di seberang sungai (yang lebih kecil). Anda bukan sahaja boleh menyebarang sungai dengan lebih laju, malah mempunyai lebih banyak tempat untuk berteduh kerana banyak batu tinggi dibuang bagi menyeimbangkan peta daripada aspek kompetitif.
Di lokasi lain, Docks berubah menjadi Party Zone. Seperti Boot Camp, Party Zone berpotensi akan ditambah sebagai peta TDM. Di bahagian belakang, bukit di sebelah Camp Alpha juga diubah suai. Kebanyakkan laluan batu dibuang dan kini ia jauh lebih mudah untuk diakses serta mengelakkan zone terakhir yang tidak masuk akal.

Akhir sekali ialah Ruins yang merupakan salah satu lokasi paling popular di Sanhok. Di kemas kini terbaru, struktur keseluruhannya akan berubah untuk menyerupai kuil di dunia sebenar.
Kita semua tahu bahawa peta PUBG berdasarkan lokasi sebenar di dunia.
- Miramar di Mexico
- Erangel di Laut Hitam
- Karakin di Laut Mediterranean
- Vikendi di Laut Adriatik
- Sanhok di Laut Andaman
Dalam gambar di bawah, terdapat 2 lokasi lain yang ditandakan di peta. Pemaju PUBG telah mengesahkan bahawa gambar ini mempunyai maksud tersendiri dan PUBG kemungkinan besar akan keluarkan dua peta baru pada masa akan datang.


@gamersantaimy
Discussion about this post