Setelah hampir 2 tahun dengan pelancaran Pocophone yang pertama, akhirnya telefon pintar yang sering dipuji ini telah membawa adik baru dalam keluarganya iaitu Poco F2 Pro secara rasmi mendarat ke Malaysia awal Jun lalu! Kalau ditengok dari segi rupa ibarat pembuatan semula Redmi K30 Pro, tetapi dengan kelebihan yang lebih menarik perhatian, siapa sangka Poco F2 Pro berada di tangan kami untuk direview! Terima kasih Xiaomi!
Tanpa lengahkan masa, adakah anda nak tahu sama ada Poco F2 Pro ini sehebat Pocophone yang asal? Yang gah namanya? Sebelum memulakan review ini, meh tengok Poco F2 Pro yang ada ditangan kami ini;
Spesifikasi yang makin mantap!
Poco F2 Pro yang terbaru ini dilengkapi dengan Chipset Qualcomn Snapdragon 865 beserta 5G terbaru yang sememangnya mudah bagi sambungan kepantasan 5G yang terkini. Memori yang menakjubkan mengikut trend terkini telefon pintar dengan memiliki 6 GB RAM (LPDDR4X + UFS 3.1) beserta memori tersedia 128 GB serta ianya turut mempunyai pilihan 256 GB.
Beralih pada OS ataupun Software yang digunakan untuk Poco F2 Pro ini adalah Android 10 terkini serta MIUI 11. Poco F2 Pro turut mempunyai Liquidcool technology 2.0 agar prestasi telefon pintar ini kekal dalam keadaan sejuk dan dengan kehebatan spesifikasi dalaman proses penyejukan cecair pelbagai lapisan serta salah satu ruang wap terbesar di industri merangkumi 28% badan ini, kami dapat merekod ianya kekal dalam suhu 41°C dalam permainan Call of Duty: Mobile walaupun dalam tetapan grafik yang tinggi! Bukan itu sahaja, prestasi Antutu yang diuji kami adalah 573432 mata!
Paparan cukup luas untuk segala segi!
Skrinnya kini lebih besar, kurang notch dan menggunakan panel OLED yang tajam. Dengan lekuk di ditepi, paparan luas sebesar 6.67 inch ini, sememangnya lebih memuaskan kerana ianya Corning Gorilla Glass 5 dihadapan juga belakang dengan skrin sentuh penuh AMOLED (nisbah screen to body: 92.7%), Ini adalah perubahan besar dari pembinaan polikarbonat yang dominan pada F1 yang asal. Paparan Poco F2 Pro ini menyokong sehingga 2400×1080 FHD+ dan Aspect ratio: 20:9. Manakala Contrast ratio: 5,000,000:1(typ) serta Color range: NTSC 98%(typ). Jadi kalau nak tengok movie dalam telefon ini memang puas hati!
Satu lagi kelebihan yang tidak akan membuat mata kita rasa bosan akibat masalah sama pada setiap telefon pintar yang lalu, Poco F2 Pro mempunyai kadar refresh 60Hz serta kadar sample 180Hz sehingga menyokong HDR10+! Ianya juga mempunyai Pensijilan Penjagaan Paparan TÜV Rheinland, fingerprint dibawah paparan, smart screen dengan mengesan cahaya 360. Disisi nya pula mempunyai butang volum, tetapi yang menariknya butang “power” nya adalah berwarna merah! Agak unik disini kerana membuat kami teringat pada Google Pixel yang butang powernya berwarna oren~ Tidak terlupa juga beberapa port yang tersedia pada Poco F2 Pro seperti 3.5mm Jack Earphone, USB Type-C port charge serta tempat SIM (nano) yang tersedia.
Kamera Pop-up masih tersedia!
Bagi kamera dengan reka bentuk dibahagia belakang Poco F2 Pro ini nyata nampak cantik dan tersusun. Kamera utamanya adalah 64 MP Sony IMX 686 sensor ditambah dengan 13mp ultrawide(123degree) +5mp telemarco juga yang terakhir 2mp depth sensor. Mode Marco yang tersedia memberi setiap tangkapan gambar boleh nampak hampir setiap pelusuk! Juga Ultra wide-angle turut ada pembetulan herotan tepi (kurang distorsi semasa anda menggunakan sudut lebar). Hasil tangkapan foto nya? Dari Zoom Keluar hingga ke Mikro, kami cukup berpuas hati!
Tetapi, yang lebih menarik, kerana tahun ini dah sangat kurang telefon pintar dengan kamera Pop-Up seperti tahun lalu, nampaknya Poco F2 Pro masih mengekalkan ciri ini! “Kami suka sebenarnya, nampak kemas kot Pop-up ni!” Okay, nak selfie dengan kamera Pop-up ini dah cukup “marvelessss” lah! Mempunyai 20MP untuk kamera hadapan ini beserta 120fps slow motion! Mengelilingi kamera depan Pop-up memiliki efek cahaya dan efek suara, efeknya tidak hanya pada kamera depan Pop-up, juga sedikit pada paparan telefon. Lagi satu, efek warna dan suara dapat berubah, tetapi hanya 5 warna dan 6 kesan suara yang dapat dipilih. Semua ini menggunakan HEIF format yang sememangnya menjimatkan ruang simpanan sehingga 40%! Jadi tangkaplah gambar sepuas hati anda!
Beralih ke format video pula, paling menarik adalah anda boleh merakam video 8K sehingga 24fps/30fps! Untuk rakaman slo-mo pula kamera utama dapat menangkap sehingga 960fps! Ada beberapa mod yang sangat seronok digunakan seperti Vlog Mofe dimana fungsinya ibarat video Tik Tok, ia mempunyai beberapa transition dan anda hanya menahan dan tangkap pemandangan apa yang anda mahukan sahaja. Kemudian turut mempunyai Cinematic Mode yang menambah 2 black bar dan menjadi 21:9 ala-ala feeling movie disitu~ Juga ada ShootSteadyVideo yang menyediakan video yang stabil, tetapi videonya agak dizoomkan sedikit.
Kuasa bateri yang tinggi membuat kami dapat main game lama gais!
Bateri yang tersedia pada Poco F2 Pro ini menggunakan 4700mAh! Jadi kami dah cuba bermain beberapa game termasuk Call of Duty: Mobile, eh lama gak lah kami main tak perasan berapa jam! Senang cerita sekurang-kurangnya dalam kegunaan telefon ini dengan stabil, bateri boleh bertahan sehingga 13 jam mengikut jenis game dan 6jam rakaman video dengan resolusi 1080p! Kalau rasa dah nazak sangat bateri tu, jangan risau, 30w quick charge disediakan! Psst, rekod kami untuk charge 100% dalam masa sejam je kot!
Speaker yang tersedia~So-so lah~~
Mempunyai 1216 super-linear speaker beserta Dual smart PA high volume boost, tetapi hanya mempunyai satu dibahagian bawah kanan. Sejujurnya, ianya agak tidak seronok jika bermain game tanpa headphone, kerana tangan kami sering menutup bahagian speaker tersebut. Sepatutnya lebih baik jika ianya seperti Redmi Note 7 yang mempunyai 2 speker supaya kedengaran lebih jelas atau speaker dibahagian depan supaya tidak menggangu kawasan tangan memengang telefon agar pengalaman bermain game lebih puas!
Spesifikasi ringkas:
Spesifikasi Poco F2 Pro | |
---|---|
Paparan | 6.68-inch Super AMOLED 2,400 x 1,080 20:9 aspect ratio 395ppi HDR10+ Gorilla Glass 5 |
Pemproses/Chipset | Qualcomm Snapdragon 865 |
GPU | Adreno 650 |
RAM | 6GB (LPDDR4X), 8GB (LPDDR5) |
Storan | 128GB, 256GB UFS 3.1 |
microSD | Tiada |
Batteri | 4,700mAh 30W fast charging Quick Charge 4+ |
Kamera | 64MP, f/1.9, 26mm, 1/1.72-inch sensor 5MP, f/2.2, 50mm 13MP, f/2.4, 123-degrees 2MP depth sensor 8K 30p, 4K 60P, 1080P 240p, 1080p 960fps20MP, 1/ 3.4 inch sensor 1080P 30fps |
IP rating | No |
Headphone port | Yes |
Security | In-display fingerprint scanner |
Connectivity | Wi-Fi 6 Bluetooth 5.1 5G sub-6GHz |
Software | Android 10 MIUI 11 |
Dimensi dan berat | 163.3 x 75.4 x 8.9mm 219g |
Warna | Neon Blue, Phantom White, Electric Purple, Cyber Grey |
Kesimpulannya~
Sejujurnya, Poco F2 Pro ada kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Kami tidak boleh memuji 100% seperti Pocophone yang lama kerana binaan kali ini tidaklah berapa sempurna. Dari segi warna, memang semua pilihan sangat menarik dan ia termasuk Phantom White, Cyber Grey, Neon Blue dan Electric Purple. Lagi satu, Gorilla Glass sememangnya menarik, tetapi disebabkan belakang pun menggunakannya, Poco F2 Pro ini menjadi agak licin dan senang meninggalkan kesan jari.
Tapi ada juga yang kami sukakan mengenai telefon ini, antaranya seperti Poco F2 Pro terasa ringan kerana berat hanya 219g memang sedap-sedap je tangan ni nak pegang. Lagi satu, main game agak memuaskan sebab Liquidcool 2.0 sememangnya banyak membantu dari segi penyejukan dan mengurangkan panas di telefon!
Yang terakhir, kami juga agak menyukai skrin nya kerana tiada sebarang notch menggangu dalam paparan penuh ketika bermain game (hanya terdapai UI tab pada hujung skrin yang kecil). Ha! Warna paparan pun memang jelas dan HD! Jadi pada anda yang berminat nak dapatkan Poco F2 Pro versi 6GB RAM + 128GB ROM berharga RM2,199 manakala 8GB RAM + 526GB ROM RM2,599. Nak tahu selanjutnya engenai Poco F2 Pro, anda juga boleh terus ke laman web rasmi POCO okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post