Slenderman ? menatang apa tuh? kalau di terjemahkan dalam bahasa melayu guna Google Translate jadi lelaki langsing, cam kelakar je haha. Kalau korang nak tau, Slenderman ni adalah satu kisah urban legend yang famous kat barat sana, di mana makhluk ni digambarkan mempunyai tubuh badan hitam yang panjang serta takde muka (rupa). Filem ni akan ditayangkan besok (10 Ogos) kat Amerika, tetapi beberapa panggung kat Wisconsin, US mengharamkannya.
Ish kenapa pulak diharamkan eh? biasalah cite ‘horror’. Dengar kata, diluar alam fiksyen Slenderman ni, ia terkenal disebabkan satu insiden percubaan membunuh yang berlaku kat Wisconsin dulu pada 31 May 2014. Dua orang budak 12 tahun Morgan Geyser dan Anissa Weier mengumpan kawan diorang, Payton Leutne gi hutan dan menikam dia sebanyak 19 kali kononya nak menarik perhatian Slenderman ni. Menurut Fox6News:
“Seperti kebanyakan orang di United States, Panggung Marcus sangat mengambil berat dan sedih di atas fenomena Slenderman yang berlaku di daerah tenggara Wisconsin dengan keadaan yang sangat dasyat, mengubah kehidupan banyak keluarga selamanya. Selepas pertimbangan yang teliti dan penghormatan kepada keluarga yang terlibat, kita telah memutuskan untuk tidak memainkan filem Slenderman ini di dua daerah di Milwaukee dan Waukesha. Kami akan memainkan filem ini di Panggung Marcus yanf terpilih di tempat lain.”
Berbalik kepada bulan Januari tahun ni, bapak si Anissa ni berpendapat pengeluaran filem Slenderman ni adalah idea yang buruk. Jadi, kesimpulannya kat sini kalau korang yang kaki movie tu jangan la mabuk ketum sampai terpengaruh yer~ sementara tu nah layan trailer dia kat bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post