Setelah sekian lama Diablo menyepi, lebih 6 tahun gak la takde apa – apa berita pasal diablo baru, last DLC untuk Diablo 3 pun tahun lepas. Hari ni, peluang untuk kita dapat Diablo baru tu mungkin cerah, sebab Blizzard baru je umumkan yang diorang ada beberapa projek untuk Diablo dalam pembikinan dan peminat mungkin akan dapat sekilas pandang dari Diablo tak lama lagi.
Stay awhile and listen – we have exciting updates to share about the future of Diablo. pic.twitter.com/J7S3HHcWQC
— Diablo (@Diablo) August 8, 2018
Wow, Diablo 4 ke ? terujanya ! menurut kenyataan Diablo punya Komuniti manager, Brandy Camel:
Blizzard kini semakin panas, dan kita mempunyai beberapa projek Diablo dalam pembikinan. Ada di antara mereka (Diablo) akan mengambil masa dari yang lain, tetapi kita ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada anda akhir tahun ini”.
Kalau kita cuba tafsir apa yang Si Camel ni cakap macam banyak nau je projek Diablo yang nak dihasilkan, adakah Diablo untuk mobile ? atau hanya remastered untuk siri sebelum ni? aku pun tak pasti, sedikit sebanyak yang aku korek Blizzard dah post untuk senarai pekerja yang ingin diupah sebagai dungeon artist mereka dengan ungkapan “Diablo Projek yang tak diumumkan“, misteri sungguh ungkapan tu, sebelum ni pon ada rumors mengatakan ia berkenaan dengan Diablo 3 Nintendo Switch nye port tapi takde siapa pon yang tahu.
Setakat ni, takde lagi kenyataan rasmi dari Blizzard tentang apa yang diorang akan release. Tapi kalau aku usha kat facebook nye komen tentang ni, rata – rata dari kipas susah mati Diablo mengharapkan yang siri akan datang ni mengekalkan konsep Diablo 1 dan 2 yang mana ia lebih gelap, ada juga yang kata diorang prefer untuk edisi “remastered” dan sebagainya lah. Bagi aku apa pun , kita tunggu je lah, taknak over excited nanti frust menonggeng.
@gamersantaimy
Discussion about this post