Berita gembira pada pemain setia Grand Theft Auto V (GTA V) dan pada peminat yang dah catat dalam senarai untuk membeli PlayStation 5! Sebentar tadi di The Future of Gaming, acara siaran lansung dari Sony Interactive Entertainment, Rockstar Games secara rasmi mengumumkan kehadiran GTA V yang akan setia dibawa ke generasi akan datang dengan membawa kombinasi aksi tanpa henti dari tiga penjahat yang ingin meneruskan hidup di Los Santos!
Ya dengan 130 juta salinan yang telah dijual, serta baru-baru ini menjadi percuma untuk dimuat turun dalam waktu yang terhad di Epic Game Store, GTA V secara rasmi akan datang ke PlayStation 5 dalam pertengahan tahun 2021!
Grand Theft Auto V untuk PlayStation 5 akan menampilkan pelbagai peningkatan teknikal, peningkatan visual dan peningkatan prestasi untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan baru yang kuat dari konsol, menjadikan permainan lebih cantik dan lebih responsif daripada sebelumnya.
Bagi komuniti pemain Grand Theft Auto Online yang besar dan bersemangat di seluruh dunia, perjalanan melalui dunia GTA Online yang sentiasa berkembang dan berterusan akan diteruskan di PlayStation 5, yang menampilkan kandungan GTA Online tambahan yang eksklusif untuk perkakasan generasi terkini. Plus, versi baru GTA Online yang tersendiri juga akan tersedia secara percuma secara eksklusif untuk pemain PlayStation 5 selama tiga bulan pertama.
Dan mulai hari ini, semua ahli PlayStation Plus di PlayStation 4 akan mendapat GTA $ 1,000,000 (disimpan dalam 72 jam ke dalam akaun Maze Bank dalam permainan mereka) setiap bulan mereka bermain GTA Online sehingga pelancaran GTA Online di PlayStation 5.
Wah rasa tak sabar dengan kehadiran GTA V di PlayStation 5 kan! Nantikannya 2021 ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post