Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Presiden untuk studio anime Kimetsu no Yaiba didenda kerana mengelak bayar cukai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Presiden untuk studio anime Kimetsu no Yaiba didenda kerana mengelak bayar cukai!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah laporan baru dari Jepun mengesahkan bahawa studio animasi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah dituduh dan didenda kerana mengelak daripda membayar cukai. Studio Ufotable dan presidennya, Hikaru Kondo, dituduh melanggar “Corporation Tax Act“ dan “Consumption Tax Act“ setelah mereka gagal membayar cukai hampir 139 juta yen (anggaran RM5.4 juta).

Hikaru Kondo

Surat khabar Mainichi Shimbun menjelaskan bahawa Kondo menyembunyikan lebih kurang 30% daripada jumlah pendapatan yang berasal daripada restoran anime milik Ufotable. Kondo dikatakan telah menyimpan wang itu di rumahnya dalam peti keselamatan peribadi, dan pendapatan studio yang tidak sekata, sengaja diubah untuk menyembunyikan wang tersebut.

Salah satu restoran Ufotable

Sumber itu mendakwa laporan telah difailkan pada tahun 2015, 2017, dan 2018. Jumlah wang yang terdapat ialah 446 juta yen (anggaran RM17.4 juta) dan tidak pernah dikenakan cukai. Kondo menggunakan wang yang disimpannya untuk membiayai perniagaan Ufotable. Selepas dibongkarkan, peguam bagi Hikaru Kondo mengeluarkan pernyataan meminta maaf atas isu ini, dan mengesahkan Kondo telah membayar jumlah cukai yang diminta.

Ini bukan kali pertama Kondo dan Ufotable diperhatikan kerana mengelak membayar cukai. Pada bulan April, laporan mengatakan bahawa Ufotable berhutang lebih daripada 400 juta yen (anggaran RM15.6 juta) dalam cukai setelah menyalahgunakan dana amal yang dikumpulkan untuk bantuan gempa bumi. Tidak ada dakwaan rasmi yang dikenakan walaupun ofis-ofis Ufotable digeledah, tetapi hal itu menyebabkan Kondo mengundurkan diri daripada beberapa jawatan pengerusinya.

https://www.youtube.com/watch?v=YAYMkH_JEo8

Pada masa ini, tidak ada berita jika caj pengelakan cukai ini akan meningkat, tetapi ramai peminat menunggu untuk mendengar berita lebih lanjut kerana risau ia akan mempengaruhi filem Demon Slayer akan datang yang dijadualkan untuk membuat debut pada hujung tahun. Doa yang baik-baik je lah..

Sumber – ANN

Tags: animeDemon SlayerHikaru KondoKimetsu No YaibaUfotable
Previous Post

Game misteri percuma ke-4 Epic Games Store ialah ARK: Survival Evolved! Diteruskan dengan Samurai Shodown NeoGeo Collection!

Next Post

AOpen monitor oleh ACER membuka lebih banyak pilihan pada harga serendah RM289!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
AOpen monitor oleh ACER membuka lebih banyak pilihan pada harga serendah RM289!

AOpen monitor oleh ACER membuka lebih banyak pilihan pada harga serendah RM289!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd