Sempena ulang tahun ke-60, Sega ingin meraikan bersama peminat dengan mengenalkan konsol retro yang sememangnya sangat unik, kerana ia mungkin konsol yang paling kecil dalam dunia. Game Gear Micro adalah rekaan mini untuk konsol 8-bit yang sama oleh Sega yang dahulu dicipta untuk bersaing dengan Nintendo Game Boy pada tahun 1990. Konsol kecil ini berukuran 80mm x 43mm x 20mm dengan paparan seluas 1.15 inci. Terdapat pembesar suara mono dan jek fon kepala. Ia boleh dicas menggunakan USB dan juga dua bateri AAA.
Game Gear Micro akan hadir dalam empat warna iaitu – hitam, biru, kuning, dan merah – serta akan dikeluarkan di Jepun pada 6 Oktober 2020 pada harga 4980 yen, atau anggaran RM195.12.
Hitam
Permainan video yang disertakan dengan versi hitam:
- Sonic The Hedgehog
- Puyo Puyo Tsu
- Out Run
- Royal Stone
Biru
Permainan video yang disertakan dengan versi biru:
- Sonic & Tails
- Gunstar Heroes
- Sylvan Tale
- Baku Baku Animal
Kuning
Permainan video yang disertakan dengan versi kuning:
- Shining Force
- Shining Force II
- Shining Force: Final Conflict
- Nazo Puyo: Arle no Roux
Merah
Permainan video yangdisertakan dengan versi merah:
- Megami Tensei Gaiden: Last Bible
- Megami Tensei Gaiden: Last Bible Special
- The G.G. Shinobi
- Columns
Akhir sekali, satu set yang menampilkan keempat-empat warna Sega Game Gear Micro tersedia pada harga 29980 yen (anggaran RM1175). Ini termasuk aksesori khas Sega Big Window, yang juga tersedia untuk Game Gear asal.
Game Gear Micro akan dilancarkan di Jepun pada 6 Oktober 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post