CEO kepada Epic Games, Tim Sweeney, ingin membawa Epic Games Store ke pelantar mudah alih untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pemain Android dan iOS. Jika perkara ini berjaya dilakukan, ia juga dapat membuka lebih banyak pilihan untuk pemaju mengeluarkan permainan video mereka di seluruh pasaran permainan mudah alih.

Maklumat ini berasal daripada wawancara Sweeney bersama GameSpot semasa acara Play For All, di mana Sweeney mengatakan bahawa Epic Games Store akan datang ke Android dan akan datang untuk iOS. Menurut Sweeney, ini ialah respon kepada kejayaan Fortnite versi mudah alih dan Epic Games ingin mengulangi pencapaian ini di pelantar mudah alih.
Niat Epic adalah untuk membuka dan memajukan industri agar lebih banyak pembangun mengeluarkan permainan mereka di pelantar Android dan iOS. Ini boleh memberi peluang kepada permainan yang tidak pernah dihasilkan di pelantar mudah alih dan memudahkan pemain menavigasi Epic Games Store. Kesimpulannya, lebih banyak permainan mungkin tersedia di telefon pintar termasuk permainan video terkenal seperti GTA dan sebagainya.
Jika Epic Games dapat menarik lebih banyak pembangun, ini dapat meningkatkan industri gaming di pelantar mudah alih. Ramai yang suka apabila permainan seperti Fortnite dan Call of Duty: Mobile dikeluarkan untuk telefon bimbit, dan saya berharap lebih banyak permainan video berprofill tinggi akan ke iOS dan Android pada masa akan datang.
Sumber – GameSpot
@gamersantaimy
Discussion about this post