Secara rasmi sebuah permainan terbaru dari pembangunan Slightly Mad Studios iaitu Project Cars 3 (PC3) bakal menampilkan pelbagai kereta yang berkilat-kilat terserlah dengan aksi perlumbaan dan drift tanpa henti akan datang ke platform PC via Steam, PlayStation 4 dan Xbox One!
Ya, Slightly Mad Studios yang diwakili Joe Barron- marketing dan esports manager dan Matt York – Game Designer, mengongsikan bab seterusnya dalam ultimate pengalaman pemanduan anda dengan ciri-ciri dan gameplay telah dikongsikan!

“Project Cars 3 adalah mengenai intensiti sukan permotoran, membenamkan pemain dalam pengalaman berlumba.”
-Joe Barron
Jadi apa sebenarnya yang tersedia dalam permainan terbaru Slightly Mad Studios ini yang nyata memberi kami sendiri kekaguman terhadap hasilnya yang nampak sangat realiti! Sudah tentu Carrer Mode dengan Metagame terbaru yang bakal memberi sebuah pengalaman hebat pada pemain, juga naikkan level dengan ganjaran yang sukar diperoleh untuk membeli peningkatan dan suaikan garaj kereta anda sendiri! Lebih menarik permainan ini tiada sebarang transaksi mikro dan menjadi lebih mudah untuk diakses tanpa menjejaskan “pengalaman perlumbaan dan pemanduan utama“.
Okay jom kita selami apa yang ada dalam ciri-ciri Project Cars 3!
Dalam pendedahan ini kita dapat melihat dalam menu utama tersedia:
- Career
- Multiplayer
- Rivals
- Garage
- Showroom
- Custom event
- Settings
CAREER MODE
- Bangunkan semula dari awal dengan semua struktur baru “yang dirancang untuk memberi pemain rasa yang lebih baik dari kemajuan sifar hingga ke hero dalam dunia perlumbaan”
- Yang penting pada Project Cras 3 adalah idea tangga “Careers ladder” permotoran yang sahih
- Ada kategori “road“, “GT” dan “bonus”, serta beberapa Credit yang membolehkan anda buka jalan (trek / acara) dengan kereta awal dan mungkin juga kerana “mereka tidak mahu pemain merasa terikat dengan yang kejuaraan tertentu atau jenis kereta ”, atau dengan Career Objectives (pada dasarnya jelas objektif perlumbaan)
- Jalan pertama mempunyai petunjuk 3/48 Career Objectives yang dicapai
- Gambaran keseluruhan dengan matlamat, ada yang mendapat ganjaran bonus
- Cth. Career Wins, memenangi 50 acara career, ganjaran bonus untuk membuka acara career , selain ganjaran XP
- Terdapat bahagian video juga;
- Juga mempunyai syarat buka kunci misalnya. Buka Kunci Road D untuk membuka kunci video
- Struktur untuk menjadikan permainan lebih bermanfaat, pengalaman yang lebih tinggi ketika berada di perlumbaan akar umbi untuk pro
- CAREER sebagai tour pilihan “kereta, trek dan gameplay yang paling menarik”
- Tracks mempunyai keperluan kenderaan dan mod yang berbeza (misalnya “race”, “hot lap”), juga jalan yang berlainan di peta yang sama.
- Cth. Shanghai Street Circuit, Route A
- Gol lain dengan trek seperti: Selesaikan perlumbaan, mengatasi lawan unik, dapatkan mata aksi, juga terdapat masa terbaik untuk dicatatkan!
- Menggunakan semua 10 kelas kereta yang boleh ditingkatkan
- Perkenalkan pemain untuk membuka kunci, menaik taraf kereta mereka, sebagai tujuan untuk dicapai
- Mod permainan baru dengan keluk kesukaran yang diselaraskan dan ganjaran skala
- Bergantung pada bantuan dan pilihan kesukaran yang dipilih
- Tetapan AI: difficulty, aggression – mengubah pengubah XP
- Assists yang disediakan
- Handling assists
- Steering
- Braking
- Anti-lock brakes
- Stability control
- Traction control
- Track guide
- Proximity indicator
META & UPGRADES “Play, progression & Rewards”
- Terima penghargaan
- Selesaikan permulaan yang hebat, menguasai pelbagai sudut dalam permainan!
- Gelung ganjaran kompulsif untuk dibawa sepanjang permainan, jadi pada dasarnya ianya perkara seperti XP
- Terdapat tahap kereta tertentu juga
- Serta profile anda akan tersedia:
- Profile summary
- Customise driver
- Racing licence
- Accolades (long term goals)
- Replays
- Mana-mana mod permainan akan memberi Credit XP dalam permainan untuk membelanjakan kereta dan peningkatan prestasi
- Model kereta akan terdapat:
- Top speed
- Acceleration
- Handling
- Braking
- Weight
- Power
- Juga akan “indicate” jika ia boleh ditingkatkan
- Performance Index Rating
- Boleh beli dengan Credit
- Menaik taraf kereta juga boleh menaik taraf PIR mereka sehingga boleh digunakan dalam jenis Jalan lain / bergerak di tangga kelas kereta
- Tayar, brek, pengurangan berat badan, kerja badan, pengambilan udara, camshaft, fuel injection dan lain-lain
- Jadikan satu kereta kegemaran anda yang boleh anda bawa sepanjang permainan
- Juga terdapat acara yang boleh dibuka antara menentang AI atau dalam talian bersama pemain lain yang juga boleh dijadikan sebagai liga esports.
- Terdapat XP dan Credit untuk didapati!
- Selain itu, ketika dalam permainan anda turut boleh mendengar NPC seperti berborak dengan anda Cth: “wow you’re in P10 now we can do better”
- Penunjuk jarak juga akan menunjukkan masa untuk mengejar orang di belakang / di hadapan anda
MULTIPLAYER
Menariknya dalam Project Cars 3 akan terdapat acara espost dan liga mingguan dalam talian! Berberapa ciri turut tersedia untuk Multiplayer Mode:
- Quick Play – Pertama kali mengadakan skill based matchmaking
- Scheduled Event –
- Juga berdaya saing dan berasaskan kemahiran
- Perlumbaan yang lebih panjang: kereta, trek, peraturan yang ditetapkan oleh pasukan studio
- Senarai perlumbaan yang bermula pada waktu tertentu di kawasan pemain
- Register for race, then jump into Qualifying to set fastest lap and get your place in the grid
- Kemudian dipadankan dengan yang lain yang mendaftar untuk perlumbaan yang sama pada masa yang sama. Selanjutnya dibahagi kepada tahap kemahiran dan penilaian keselamatan sebelum perlumbaan bermula
- Custom lobby
- Buat perlumbaan sendiri, perlumbaan peribadi, serta set up perlumbaan liga
- Bawa kereta peribadi anda yang dinaik taraf jika anda mahu
- Anda juga boleh tetapkan keadaan cuaca seperti – Musim, Waktu harian, Waktu perkembangan, Kondisi trek dan Cuaca di Permulaan serta Pengakhiran perlumbaan
- Dan selebihnya;
- # pusingan
- Kenderaan lawan (mematikan kosmetik dll.)
- Peraturan & Penalti
- Semua mod berbilang pemain menggunakan pelayan geganti untuk penyambungan, kestabilan, kependaman yang lebih baik
- Sebarang penyesuaian visual pada kereta anda akan berfungsi dalam semua mod permainan dalam talian
- Boleh dilihat oleh pemain dan mana-mana penonton
- Lebih menari, sekiranya anda tidak mempunyai kereta yang sesuai, anda boleh meminjam kereta pinjaman dari permainan!
RIVALS- Mod asynchronous multiplayer baru
Kedudukan, struktur ganjaran semuanya ada! Dalam Studio anda boleh tetapkan siri acara secara harian, mingguan, bulanan atau musim ke musim! Project Cars 3 turut ada acara komuniti secara bulanan untuk pemain sertai! Rivals ini akan menjadi pengganti bagi acara komuniti secara bulanan dimana lebih banyak kepelbagaian dalam jenis acara, senario untuk dipertandingkan.
Selain itu XP akan didapati hanya pada penyertaan ini dan lebih banyak ganjaran besar menanti mengikut ranking final anda! Bukan itu sahaja, Rival Point akan dibawa pada ranking final bulanan juga. Papan leaderboard akan dipecahkan ke beberapa divisi seperti:
- Platinum,gold 3, gold 2,, dll
- “Untuk rasa kemajuan dan persaingan yang lebih baik”
- Bergerak naik dan turun tahap setiap bulan berdasarkan prestasi
Dan yang terakhir, semua mod Rivals akan ada Dynamic Ghost dimana permainan akan secara auto menangkap dan memaparkan ghost car dari lawan terdekat.
CUSTOMIZATION – Pertama di Project CARS
Project Cars 3 turut tidak ketinggalan untuk memberi pemain sesuatu yang baru dan itu termasuk Customization. Jadi pada pemain yang suka kustom sendiri kereta anda, boleh lah lepas ini show-off kat dalam talian dan di photo mode!
Pilihlah diantara cat kereta rasmi, pre-made fiksyen liveries, atau buat sendiri dengan corak warna yang boleh disesuaikan. Anda juga tidak akan bosan dengan pilihan warna yang disediakan! Pelbagai palet warna tersedia jadi anda bolehlah mewarnakan rim, kereta, tayar, plate kereta dan banyak lagi dalam kustom ini. Bukan setakat warna, corak serta decal yang disponsor turut banyak dalam pilihan untuk anda!
CUSTOM EVENT – Kembali dari game sebelum ini!
Seperti yang dinyatakan diatas, anda boleh membuat acara kustom sendiri dalam Project Cars 3! Jadi apa lagi, anda boleh set-up sendiri untuk perlumbaan single player. Dengan gameplay sandbox tradisional, anda boleh jalankan perlumbaan di trek mana-mana pun dengan pelbagai kereta walaupun anda tidak memilikinya!
Beberapa pekara yang anda boleh set-up seperti:
- Mode
- Laps
- Berapa ramai AI
- Kelas kenderaan pihak lawan
- Posisi Grid
- Rules dan penalti
- Cuaca dan masa
- “Menggunakan sistem LiveTrack dan cuaca terkemuka di industri kami”
GAMEPLAY – Trek baru dalam Project Cars 3!
Ya ada trek baru dalam Project Cars 3 antaranya seperti Neon-lit streets of Shanghai, Interlagos, Sao Paulo, Brazil (Brazillian Grand Prix). Jadi memang anda dah boleh panaskan enjin untuk berlumba bila-bila masa sahaja!
Selain itu, XP yang dikumpulkan setiap masa bukanlah hanya dengan perlumbaan, sebaliknya ketika memandu, hampir setiap aksi yang anda lakukan adalah misi XP anda kerana ada objektif yang ada akan keluar bila selesai seperti;
- Overtake
- New position
- Turning corners
“Banyak penambahbaikan untuk peminat inti sambil tetap disambut dan diakses oleh pendatang baru”
Selain itu, pengawalan gamepad dengan dengan bantuan yang ditingkatkan secara dramatik tersedia. Juga dalam gameplay terdapat FPP (first-person mode). Jadi anda boleh lihat terus diluar tingkap kereta anda atau jika anda ada chase camera atau cermin dash maka anda juga boleh memeriksa orang di belakang anda!
“Tidak sabar untuk anda mendapatkannya akhir tahun ini” – Jadi jika pengumuman rasmi masih tidak beritahu bila keluaran rasmi akan hadir, itu bermakna bila-bila masa ianya akan hadir tahun 2020 ini juga!
“Lebih kuat dan mendalam berkat kesan pemprosesan pasca baru, motion blur yang lebih baik,camera shake dan impact camera yang lebih baik tersedia!”
Update Terbaru~
Project Cars 3 secara rasmi akan hadir pada 28 Ogos 2020 ini!!!
Penyempurnaan kamera permainan terutamanya untuk mengejar kamera sangat membantu pada pemain baru. Serta Project Cars 3 turut memperbaiki tingkah laku AI untuk pengalaman yang lebih dipercayai dan konsisten. Rasa tak sabar pula nak berlumba dengan Project Cars 3 kan! Nantikan perjalanan pemanduan ultimate anda akan datang musim panas tahun ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post