Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Interactive Entertainment mengumumkan kepulangan Days of Play! Semua harga diskaun kaw-kaw!

Nyny.A by Nyny.A
May 28, 2020 - Updated on May 29, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Promosi, PS4
0 0
0
Sony Interactive Entertainment mengumumkan kepulangan Days of Play! Semua harga diskaun kaw-kaw!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa promosi global Days of Play akan kembali tahun ini. Days of Play menandakan permulaan promosi global tahunan PlayStation, dan tawaran istimewa di kedua-dua kedai pengedar rasmi dan PlayStation Store, yang merangkumi permainan video PlayStation 4 (PS4) seperti Death Stranding, Marvel’s Spider-Man, God Of War, bersama pelbagai tawaran lain untuk perkakasan, peripheral, permainan video dan perkhidmatan rangkaian PlayStation.

Promosi dijadualkan akan bermula pada bulan depan 3 Jun dan akan berlangsung selama dua minggu. Setiap peminat dapat mengakses tawaran tersebut sama ada daripada pengedar rasmi kegemaran mereka atau terus daripada laman web PlayStation. Kandungan untuk promosi ini dikongsi bersama dengan imej di bawah untuk menunjukkan apa yang anda boleh dapat sepanjang jualan 14 hari tersebut dan permainan video apa yang pemain boleh dapatkan dengan potongan harga. Tawaran merangkumi hampir semua permainan video eksklusif PlayStation 4 dan konsol-nya sendiri yang menjadi idaman orang ramai di seluruh dunia.

Bermula 3 Jun 2020 (Rabu) hingga 16 Jun 2020 (Selasa), pelanggan dapat membeli promosi berikut daripada pengedar rasmi PlayStation:

  • PS4 MEGAPACK (Model: CUH-2218BB01, 1TB HDD) dengan harga promosi MYR 1,099 (SRP normal: MYR 1,349)
  • PS4 Pro God Of War/The Last Of Us Remastered (Model: CUH-7218BB01, 1TB HDD) Bundle dengan harga promosi MYR 1,399 (SRP normal: MYR 1,799)
  • Wireless Controller PS4 DUALSHOCK 4 dengan harga promosi MYR 179* (SRP normal: MYR 239)

Ingin menambah atau melengkapkan perpustakaan permainan anda? Promosi permainan video PS4 yang murah ini menawarkan kos penjimatan yang hebat untuk permainan video terkenal daripada Sony. Anda akan jumpa Death Stranding, Nioh 2, dan Sekiro: Shadows Die Twice di antara permainan video AAA lain tetapi beberapa permainan video Sony yang lebih klasik seperti Marvel’s Spider-Man dan God Of War juga tersedia dengan harga yang lebih rendah.

Death Stranding – RM169

Dibangunkan oleh Kojima Productions, Death Stranding adalah sebuah projek yang paling dinantikan kehadirannya tahun lalu. Dibintangi oleh Norman Reedus sebagai protagonis utama dalam permainan bernama Sam Bridges. Berlaku pada masa depan di mana letupan misterius telah letus di planet ini hingga membawa peristiwa ghaib yang dikenali sebagai Death Stranding. Dengan makhluk spectral di sekeliling landskap dan planet yang kini dihujung kepupusan, kini ia terpulang pada Sam untuk mengembara di planet yang besar ini dan selamatkan manusia daripada pembinasaan yang berlaku. Selain Norman Reedus, turut terdapat suara latar Mads Mikkelsen dan Léa Seydoux untuk watak dalam permainan.

Sekiro: Shadows Die Twice – RM145

Sekiro yang mengfokuskan dengan cara permainan, iaitu Action-Adventure yang sememangnya bukan RPG kerana ianya tidak melibatkan kelas dan penyesuaian watak dalam Sekiro. Watak yang kita pegang dalam game ini adalah Sekiro yang membalas dendam yang seorang Shinobi (Ninja) menyerang Sekiro dan menculik Tuan Sekiro. Sekiro yang bermaksud iaitu “One-Armed Wolf” ataupun dalam bahasa kita adalah “Serigala berlengan satu”, kenapa satu lengan? Kerana Sekiro mempunyai lengan Prostetik.

Nioh 2 – RM169

Nioh 2 adalah sekuel yang ditunggu-tunggu untuk Nioh, sebuah aksi RPG Sengoku dengan jalan cerita gelap. Ditetapkan pada zaman samurai, Nioh menampilkan kisah seorang pengembara tunggal yang terkandas di pesisiran Jepun dan harus bertarung melalui pahlawan-pahlawan ganas dan Yokai jahat yang menghunikan tanah untuk mencari apa yang dia ingin tahu. Nioh telah jual lebih daripada 2.75 juta salinan di seluruh dunia sejak dikeluarkan pada Februari 2017.

Marvel’s Spider-Man – RM119

Siapa nak merasa jalan-jalan kat New York tu bolehlah main Marvel’s Spider-Man! Permainan ini keluar kat PlayStation 4 sahaja dan memang tak membosankan! Siapa yang suka jadi Spidey tu memang rasa la keseronokan game superhero aksi ini. Dihasilkan oleh Insomniac Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertaiment, permainan ini diadaptasi dari komik asal.

God of War – RM55

Nampak tajuk diatas? Ya kali ini permainan kegemaran yang penuh aksi mengembara Kratos dan anaknya kini juga dalam diskaun yang menarik! Dicipta oleh Santa Monica Studios dari SIE Worldwide Studios (SIE WWS), God of War merupakan franchise yang sudah bertapak 8 tahun dalam industri permainan video secara global dan merupakan antara game yang paling digemari untuk PlayStation 4.

Berikut adalah permainan video yang mempunyai diskaun dan tentu saja fungsi permainan atas talian:

  • Death Stranding Standard Edition – RM169
  • Nioh 2 Standard Edition – RM169
  • Sekiro: Shadows Die Twice Standard Edition – RM145
  • Marvel’s Spider-Man Game of the Year Edition – RM119
  • Dreams Universe Standard Edition – RM119
  • Days Gone Standard Edition – RM119
  • God Of War HITS – RM55
  • The Last Of Us Remastered HITS – RM55
  • Uncharted 4: A Thief’s End HITS – RM55
  • Ratchet & Clank HITS – RM55

Sekarang adalah masa yang tepat untuk menambah keahlian PS Plus anda. Sama ada anda sedang mencari cara yang lebih sosial untuk bermain di atas talian atau ingin menambah keahlian dengan macam-macam bonus, tawaran PS Plus ini sangat di alu-alukan. Pelanggan dapat membeli 12 Months PS Plus Membership Card daripada pengedar rasmi dan mendapat keahlian tambahan 4 bulan percuma. Apa kelebihan PS Plus? Anda mendapat dua permainan video percuma setiap bulan yang boleh dimainkan selagi langganan tetap aktif, akses ke promosi dan diskaun PS Store dan, mestilah tambahan fungsi mainan atas talian.

Walaupun pengedar rasmi di Malaysia tidak disebutkan dalam pengumuman di atas, anda boleh merujuk senarai ini untuk membeli tawaran yang dikehendaki. Layari laman web rasmi PlayStation untuk maklumat lanjut. Di sini, Days of Play ingin meraikan bersama komuniti PlayStation dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of Warplaystationps plusPS4SonyThe Last Of Us Remastered
Previous Post

Gameplay pertama FAST & FURIOUS CROSSROADS didedahkan dan akan dilancarkan 7 Ogos ini!

Next Post

LifeAfter Melancarkan Peta Baru! Menghadapi Krisis Baru sebagai Gunung Berapi Ancaman Meletus

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
LifeAfter Melancarkan Peta Baru! Menghadapi Krisis Baru sebagai Gunung Berapi Ancaman Meletus

LifeAfter Melancarkan Peta Baru! Menghadapi Krisis Baru sebagai Gunung Berapi Ancaman Meletus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd