Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MapleStory fan-remake! Semua jadi 3D & percuma untuk dimuat turun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
MapleStory fan-remake! Semua jadi 3D & percuma untuk dimuat turun!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa anda di bangku sekolah, mesti korang pernah cuba game MMORPG terkenal dari Korea Selatan bernama “MapleStory” kan? Game ini amat terkenal di seluruh dunia ketika dilancarkan pada tahun 2003, terutama di Asia Tenggara. Walaupun tekstur dan animasi 2D sudah dianggap kuno berbanding permainan video sekarang tetapi itu tidak akan menghalang usaha peminat untuk membawanya ke zaman kini. Di sini, seorang kipas-susah-mati dan pemaju bernama RYU Russell telah berjaya membina semula bandar Ellinia, menggunakan Unreal Engine 4.

Unreal Engine 4 adalah perisian pembangunan permainan video yang dibangunkan oleh Epic Games dan ia percuma untuk digunakan oleh semua orang. Unreal Engine 4 telah digunakan untuk permainan video AAA seperti Star Wars Jedi: The Fallen Order, Street Fighter V, Kingdom Hearts 3, dan banyak lagi. Oleh itu, bayangkan kesemua grafik dan kesan efek yang tinggi ini dipindahkan ke dalam MapleStory. Inilah yang anda akan dapat:

Screenshot remake:

Screenshot game asli:

Remake ini boleh dimainkan, tetapi tidak seperti yang anda fikirkan. Anda boleh meneroka peta, tetapi tiada raksasa untuk bertarung atau berinteraksi. Tetapi anda boleh melihat bagaimana rupanya jika MapleStory menjadi game 3D. Pemaju RYU Russell juga memasukkan unsur “platforming” di mana pemain perlu capai ke puncak dengan melompat tepat di atas batu terapung.

Sekiranya berjaya sampai ke puncak, anda akan diberi ganjaran seperti dalam permainan asal. Walau bagaimanapun, versi remake mempunyai kebolehan “double jump” yang menjadikan pengalaman anda lebih mudah. RYU Russell juga membuat peta lain bernama Temple of Time yang juga boleh dimainkan. Info tambahan: kedua-dua peta tersebut memerlukannya sebulan untuk membina.

Sekiranya anda ingin melihat MapleStory dalam grafik paling padu, anda boleh mencuba peta Ellinia and Temple of Time secara percuma. Pautan untuk muat turun disediakan di bawah:

MUAT TURUN DUNIA ELLINIA
MUAT TURUN DUNIA TEMPLE OF TIME
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ElliniamaplestoryPCRemakeTemple of TimeUnreal Engine 4
Previous Post

Laptop Intel 10th Gen MSI kini Terdapat di Malaysia!!

Next Post

Tahniah Lords Mobile menjadi “Featured Games” di iOS Apple Store dan turut ada kemaskini terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tahniah Lords Mobile menjadi “Featured Games” di iOS Apple Store dan turut ada kemaskini terbaru!

Tahniah Lords Mobile menjadi "Featured Games" di iOS Apple Store dan turut ada kemaskini terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd