Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Besiap dengan aksi Tony Jaa dan Mila Jovovich kerana Monster Hunter akan ditayangkan di GSC 3 September ini!

Tapi mungkin lah~ Risau gak tangguh sebab PKP

Nyny.A by Nyny.A
May 18, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Besiap dengan aksi Tony Jaa dan Mila Jovovich kerana Monster Hunter akan ditayangkan di GSC 3 September ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ingat atau tidak sebelum ini kami pernah mengongsikan bahawa siri permainan yang popular iaitu Monster Hunter akan dibawah ke filem kehidupan sebenar dengan menampilkan pelakon popular Tony Jaa yang juga merupakan pelakon filem Ong-Bak, XXX:Return of Xander Cage dan banyak lagi juga Mila Jovovich pelakon utama siri filem Resident Evil, nampaknya akan ditayangkan di GSC Cinemas Malaysia pada 3 September ini seperti dalam perkongsian di laman sosial mereka sebentar tadi!

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10158885129392275

Kali terakhir GSC Cinemas menyatakan bahawa filem aksi ini akan ditayangkan pada 13 Ogos 2020, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Penggerakan yang masih berlansung hingga kini, ianya ditangguhkan tayangannya pada 3 September ini. Tetapi kami juga risau dengan situasi PKP yang mungkin akan berlanjutan lagi dan akan menangguhkan tayangannya.

Monster Hunter adalah sebuah filem aksi triler fantasi yang diarahkan dan ditulis oleh Paul W.S Anderson. Diadaptasi dari siri permainan video atas nama yang sama dari Capcom. Selain dari Mila Jovovich dan Tony Jaa sebagai pelakon utama, filem ini turut menampilkan beberapa pelakon terkenal lain seperti  T.I., Ron Perlman, Meagan Good dan Diego Boneta.

Filem berdasarkan siri ini telah dibuat sejak tahun 2012 oleh pengarah Paul W. S. Anderson. Filem ini diumumkan secara rasmi oleh Capcom pada Oktober 2018, dengan produksi bermula bulan itu bersama Impact Pictures dan Constantin Film. Fotografi utama filem ini bermula pada 5 Oktober 2018 dan siap pada 19 Disember 2018 di Cape Town, Afrika Selatan.

Filem ini berkisahkan plot pasukan United Nations yang jatuh kedalam portal kedunia alternatif lain dimana Hunters bertarung dengan Monster yang besar! Dua pasukan bekerjasama untuk pertahankan portal tersebut dari membenarkan Monster masuk dan menyerang bumi.

Pasti rasa tidak sabar dengan filem aksi triler dari permainan popular Monster Hunter ini kan! Jadi kita nantikan maklumat lebih lanjut dari GSC untuk tarikh tayangan rasminya di Malaysia nanti okay! Harap filem ini akan memberikan hasil yang terbaik kerana ramai peminat permainan ini nantikannya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filem Monster HunterGSC Cinemas MalaysiaMila Jovovichmonster huntertony jaa
Previous Post

Siap sedia untuk kemunculan Goku Ultra Instinct pada 22 Mei di Dragon Ball FighterZ!

Next Post

Berpindah-randah bersama rakan! Jom usha Review Moving Out PS4 kami!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Berpindah-randah bersama rakan! Jom usha Review Moving Out PS4 kami!

Berpindah-randah bersama rakan! Jom usha Review Moving Out PS4 kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd