Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony mengumumkan tiga speaker wireless baru dengan EXTRA BASS padu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Sony mengumumkan tiga speaker wireless baru dengan EXTRA BASS padu!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony mendedahkan tiga speaker wireless baru dalam barisan produk Extra Bass dengan peningkatakan kepada kualiti dan reka bentuk bunyi. Dengan kualiti bunyi, daya ketahanan, dan kebolehgunaan yang luar biasa, bersama reka bentuk terkini, anda boleh menikmati bunyi terunggul di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan produk SRS-XB23, SRS-XB33, SRS-XB43.

SRS-XB23

1 of 5
- +

SRS-XB33

1 of 4
- +

SRS-XB43

1 of 3
- +

Untuk meningkatkan kelantangan Extra Bass, Sony memindahkan radiator pasif ke sisi speaker (di bahagian atas dan bawah untuk XB23). Bunyi bass yang lebih mendalam dicapai apabila beralih ke diafragma “non-circular” untuk peningkatan kepada tekanan bunyi dan pengurangan distorsi. Selain itu, XB43 dilengkapi dengan “2-way speaker setup” yang menggabungkan woofer dan tweeter untuk bunyi yang lebih menyeluruh dan jika anda tidak selesa dengan posisi, ketiga-tiga speaker boleh diletak secara menegak. Sama seperti model sebelumnya, Sony mengembalikan mod Live Sound yang mensimulasikan audio 3D seolah-olah anda mendengar artis kegemaran secara langsung.

Kerana speaker di atas datang tanpa wayar, mesti rasa nak bawa ke mana sahaja kan? Untuk melindungi keselamatan speaker, ia diperbuat dan diuji untuk kalis kepada debu, tahan kepada air dan tahan karat. Seterusnya, XB23 dan XB33 juga “shockproof“, jadi mereka seharusnya dapat menahan ketukan dan calar ketika anda menghabiskan masa bersama speaker.

XB33 dan XB43 menampilkan lampu RGB di dalam peranti dan boleh dikendalikan menggunakan aplikasi Fiestable dan Music Center Sony. Anda boleh menggunakan aplikasi itu untuk “sync” cahaya lampu mengikut rentak muzik, ubah kepada warna kegemaran atau terus mematikan lampu sepenuhnya. Ciri Party Connect juga kembali! Jika anda tidak tahu, ciri ini membolehkan anda menyambung sehingga 100 speaker yang serasi (terhad untuk tiga model ini).

Daripada segi jangka hayat bateri, Sony mengatakan XB33 dan XB43 boleh bertahan sehingga 24 jam manakala XB23 yang lebih kecil mempunyai jangka hayat bateri sehingga 12 jam. Setiap produk ini dicas dengan USB-Type-C serta memiliki Bluetooth dan NFC pairing.

XB43, XB33, dan XB23 akan tersedia di Malaysia mulai Julai 2020. Harga masih belum diumumkan tetapi akan didedahkan pada bulan yang sama. Untuk maklumat lanjut tentang produk di atas, mari layari laman web rasmi Sony.

Tags: Extra BassSonySpeakerXB23XB33XB43
Previous Post

Tony Stark kembali! Marvel’s Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!

Next Post

Pre-order Acer Spin 3 sekarang untuk menangi hadiah percuma bernilai hingga RM1000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pre-order Acer Spin 3 sekarang untuk menangi hadiah percuma bernilai hingga RM1000!

Pre-order Acer Spin 3 sekarang untuk menangi hadiah percuma bernilai hingga RM1000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd