Ingat tak awal bulan April hari itu kami ada kongsikan bahawa permainan eksklusif dari Xbox ini akan turun ke mobile dan dibuka untuk pra-pendaftaran? Hari ini secara rasmi, Forza Street dah hadir secara global dan boleh dimuat turun pada peranti iOS dan Android!
Pengalaman terbaru Forza ini membuat pemain terus ke dalam perlumbaan permainan dibawah 1 minit untuk menapatkan pelbagai kereta baru serta bahagian upgrade untuk koleksi kereta anda! Memang sesuatu yang menarik bagi peminat permainan racing kereta kerana permainan inii boleh dimuat turun secara percuma yang boleh dimainkan dimana saja bila-bila masa!
Forza Street juga dirancang untuk menjadi pengalaman permainan yang terus berkembang. Permainan ini didasarkan pada dunia perlumbaan jalanan dengan watak, misteri, dan intrik yang menarik, diterokai melalui kempen berdasarkan naratif, acara Spotlight mingguan, dan Acara Bertema waktu terhad, yang semuanya memberi peluang kepada pemain untuk memperluas koleksi kereta mereka. Bagi pemain yang mencari cabaran tambahan, acara Rivals mingguan membolehkan pemain mengumpulkan koleksi mereka berbanding pemain lain dalam komuniti dalam papan pendahulu berdasarkan cabaran asynchronous.
Sebagai hadiah istimewa untuk semua orang yang bermain Forza Street bermula hari ini hingga 5 Jun 2020, pemain akan menerima Ford GT 2017 dan menambah kredit serta gold dalam permainan untuk membantu pemain membuka kunci kereta baru dan mengembangkan koleksi kereta anda! Jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan supercar rare ini ke garaj anda.
Untuk pemain yang menyertai keseronokan ini melalui Samsung Galaxy Store, terdapat dua ganjaran lagi untuk anda! Sesiapa yang memuat turun melalui Galaxy Store pada peranti Samsung mereka akan menerima Ford Mustang GT 2015 dengan cat bertema Galaxy khas. Sekiranya pemain mempunyai peranti Galaxy S20 terbaru, mereka juga akan menerima Chevrolet Corvette Z06 2015 dengan Galaxy Custom dan kredit dalam permainan serta gold.
Nak bermain Forza Street di beberapa peranti yang berbeza? Jangan risau, Forza Street menyokong Xbox Live! Apabila pemain daftar masuk menggunakan Xbox Live, pemain dapat membuka Xbox Achievements dan mengalihkan kemajuan permainan ke seluruh peranti Windows, iOS, dan Android anda.
Jadi apa lagi yang anda nantikan? Jom muat turun sekarang! Jangan lupa untuk terus up-to-date dengan pelbagai kemaskini terbaru Forza Street di Facebook!

@gamersantaimy
Discussion about this post