Geoff Keighley telah mengumumkan Summer Game Fest secara rasmi dan lagi mengejutkan, ia bermula bulan depan! Bersama pengumuman ini, laman web rasmi dan akaun media sosial Summer Game Fest telah dibuka sempena acara atas talian ini yang akan membawa berita, pengumuman, acara dalam permainan, dan “playable content.” Walaupun masih tiada acara yang bermula, mesti banyak perkara yang hebat akan berlaku antara Mei dan Ogos 2020.
Welcome to @summergamefest a 4-month long, industry-wide celebration of gaming. All the news you've been waiting for, playable content, in-game events, and more from the video game industry. Get ready: https://t.co/gO9QVWnsZd pic.twitter.com/VbnD4xk3wz
— Summer Game Fest (@summergamefest) May 1, 2020
Jadual penuh untuk Summer Game Fest belum didedahkan tetapi akaun Twitter rasmi telah berkongsi barisan untuk fasa pertama acara. Permainan video nya tidak dinamakan, tetapi kita tahu kesemua developer dan penerbit yang akan turut serta di dalamnya. Inilah senarai penuh syarikat yang akan terlibat:
PHASE 1 pic.twitter.com/GLM0huFLBg
— Summer Game Fest (@summergamefest) May 1, 2020
- 2K
- Activision
- Bandai Namco
- Bethesda
- Blizzard Entertainment
- Bungie
- CD Projekt Red
- Digital Extremes
- EA
- Microsoft
- Private Division
- Riot Games
- Sony
- Square Enix
- Steam
- Warner Bros.
Ini adalah sesuatu yang telah lama dibincangkan oleh The Game Awards dan Keighley. Sebagai contoh, The Game Awards 2019 telah memulakan The Game Festival pada 12 Disember 2019. Steam Game Festival Spring Edition pula dilancarkan pada bulan Mac 2020. Kami juga tahu bahawa The Steam Game Festival Summer Edition akan berlangsung dari 9 hingga 14 Jun 2020, ketika E3 2020 sepatutnya diadakan.
Next Thursday, @xbox will present a first look at Xbox Series X gameplay on #InsideXbox as part of #SummerGameFest pic.twitter.com/P4d1SJ216J
— Summer Game Fest (@summergamefest) May 1, 2020
Selain itu, Xbox juga akan mendedahkan pandangan pertama untuk gameplay di Xbox Series X sebagai sebahagian daripada acara ini! Takkan kamu tak teruja? Summer Game Fest akan berlangsung dari Mei hingga Ogos 2020. Orang ramai boleh mendaftar di laman web rasmi untuk notifikasi apabila jadual tersedia. Daftar di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post