Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

*SPOILER* Manga BORUTO mendedahkan misi sebenar organisasi jahat KARA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
*SPOILER* Manga BORUTO mendedahkan misi sebenar organisasi jahat KARA!
Share on FacebookShare on Twitter

Amaran! Sekiranya anda belum membaca isu 45 manga Boruto: Naruto Next Generations, anda mungkin ingin mengelak daripada membaca artikel ini!

Walaupun anime Boruto pada saat ini ditangguhkan kerana pandemik koronavirus, manga masih berjalan dengan stabil dan telah mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai organisasi KARA yang pasti memberi kesan besar pada jalan cerita Boruto tidak lama lagi. Pendedahan baru ini memudahkan peminat untuk lebih memahami apa yang ingin dicapai oleh organisasi jahat ini.

Organisasi KARA diketuai oleh Jigen dan terdiri daripada sekumpulan ninja yang amat kuat. Masing-masing mempunyai kaitan dengan kuasa misteri yang dikenali sebagai “Karma” tetapi pada isu terbaru, salah satu ahli KARA bernama Amado telah berpaling tadah kepada Konoha dan memutuskan untuk mendedahkan segalanya tentang misi organisasi KARA!

Amado, yang sebenarnya ialah pengarah Penyelidikan dan Pembangunan untuk organisasi Kara, ingin berdamai dengan pihak Konoha untuk mendapat perlindungan. Sekiranya Naruto melindunginya daripada Kara, Amado akan memberitahu mereka semua rahsia jahat mereka. Perjanjian ini dipersetujui oleh Naruto. Saintis itu mula menceritakan tujuan sebenar organisasi Kara dan bagaimana ia berkaitan dengan ancaman makhluk asing iaitu Otsutsuki.

Otsutsuki telah menjadi sebahagian daripada francais Naruto sejak dahulu lagi sebelum siri sekuel ini, dan muncul pada penghujung Naruto: Shippuden sebagai sebahagian daripada rancangan Uchiha Madara dan Uchiha Obito untuk mengambil alih dunia. Selepas Jigen didedahkan sebagai tuan badan baru untuk Otsutsuki, Naruto mula menyedari betapa bahayanya keadaan ini dan bagaimana Boruto dikaitkan dengan mereka kerana hubungannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Karma.

Rancangan sebenar puak Otsutsuki adalah untuk mencipta pokok gergasi yang akan menyerap semua chakra bumi dan dijadikan makanan untuk mereka. Yang paling dahsyat sekali ialah aksi ini akan membunuh setiap makhluk di planet bumi. Sebagai ancaman paling besar pernah dihadapi, amat jelas bahawa semua kampung ninja akan terlibat dalam satu peperangan besar bersama organisasi KARA.

Untuk segala info tentang BORUTO, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutoBoruto: Naruto Next GenerationskaramanganarutoOtsutsuki
Previous Post

Bakal hadir di update PUBG MOBILE 0.18.0: Miramar 2.0, SMG P90, & mode baru ZON BIRU!

Next Post

Gabungan antara teknologi & fesyen, vivo V19 menawarkan kapabiliti SELFIE canggih & reka bentuk lawa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gabungan antara teknologi & fesyen, vivo V19 menawarkan kapabiliti SELFIE canggih & reka bentuk lawa!

Gabungan antara teknologi & fesyen, vivo V19 menawarkan kapabiliti SELFIE canggih & reka bentuk lawa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd