Walaupun wabak COVID-19 membuat terperuk di rumah, ramai syarikat game melancarkan demo permainan percuma untuk mengisi masa lapang kita. Ubisoft mengikuti trend itu dengan demo percuma untuk Tom Clancy’s The Division 2 yang kini boleh dimuat turun di Xbox One, PlayStation 4, dan Windows PC. Demo ini membolehkan pemain untuk menikmati permainan secara percuma untuk jumlah total selama 8 jam. Itu sudah cukup banyak masa untuk pemain memutuskan sama ada mereka berminat untuk mengikuti permainan ini!
Play The Division 2 base game for free for 8 hours by downloading the free trial!
Start your journey in Washington D.C., play up to level 8, and keep your progression if you purchase the game.
— The Division 2 (@TheDivisionGame) April 21, 2020
Demo The Division 2 membolehkan pemain untuk membawa kemajuan daripada demo ke versi penuh permainan, sekiranya mereka memutuskan untuk membelinya. Salah satu masalah terbesar yang dihadapi pemain pada masa lalu adalah beberapa game sering memaksa pemain untuk memainkan semula bahagian yang telah mereka selesaikan. Tidak semua demo menawarkan ciri ini, tetapi ini merupakan tambahan yang cukup dialu-alukan, dan memberikan pemain beberapa insentif tambahan untuk mencuba permainan sebelum mereka membeli.
Sebagai tambahan, pemain yang memiliki Tom Clancy’s Rainbow Six Siege akan mendapat insentif apabila memuat turun demo The Division 2 atau bermain permainan penuh. Pemain Rainbow Six Siege akan menerima:
- Division Agent uniform & headgear
- Division Watch charm
- Division Weaponry skin (Scorpion EVO 3 A1)
Set ini akan tersedia mulai 22 April. Selain itu, pemain Division 2 pula akan menerima skin senjata The Impromptu.
Secara keseluruhan, Ubisoft memberikan banyak sebab untuk pemain mencuba Tom Clancy’s The Division 2! Demo ini kini tersedia di PlayStation Store, Xbox Games Store, uPlay dan Epic Games Store. Hanya tulis The Division 2 di Search Bar dan muat turun di pelantar pilihan anda!
Sumber – Blog post The Division 2
@gamersantaimy
Discussion about this post