Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ONE PIECE & DIGIMON ADVENTURES: rasmi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime ONE PIECE & DIGIMON ADVENTURES: rasmi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19!
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece baru-baru ini meraikan ulang tahunnya yang ke-20, dan selama tempoh masa panjang ini, ia jarang sekali mengambil cuti untuk mengeluarkan episod baru bagi anime nya. Selain itu, siri reboot Digimon Adventures: pun mempunyai permulaan yang hebat kepada anime dengan latar belakang baru yang menceritakan semula siri asal Digimon. Sayangnya, Toei Animation telah mengumumkan bahawa produksi anime One Piece dan Digimon Adventures: akan ditangguhkan untuk tempoh masa yang tidak dijelaskan kerana wabak koronavirus. Setelah pelbagai laporan didedahkan, maklumat ini akhirnya disahkan melalui pernyataan rasmi daripada Toei Animation sendiri.

“Oleh kerana keadaan darurat di Jepun disebabkan oleh pandemik COVID-19, kami telah mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah penyebaran dan telah memutuskan untuk menangguhkan simulcast dan penyiaran Jepun daripada “One Piece” dan siri baru kami, “Digimon Adventure:” buat masa ini. Maklumat kemas kini mengenai kepulangan kedua-dua siri akan didedahkan sebaik sahaja kami tahu. Terima kasih atas kesabaran dan pengertian anda selama ini. Harap selamat dan sihat.” – Toei Animation.

To All Our Fans:https://t.co/G9BfjtaxDa pic.twitter.com/zvRmbJbxuA

— Toei Animation (@ToeiAnimation) April 20, 2020

Memandangkan jadual anime yang dikeluarkan setiap minggu sukar untuk dikekalkan kerana orang-orang di seluruh dunia memperketatkan amalan untuk menjauhkan diri dan kuarantin diri mereka, pengumuman ini sudah lama dijangka. Ini mungkin bukan anime terakhir yang ditangguhkan buat masa ini, tetapi berita ini pasti menyedihkan peminat memandangkan kedua-dua anime di atas sangat popular.

Walaupun saya kata itu, peminat pasti memilih agar studio animasi kegemaran mereka menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang wabak bahaya ini berlaku. Oleh itu, cara ini lebih bagus kerana ia bermakna bahawa lebih sedikit orang akan berisiko dijangkiti penyakit COVID-19.

Tags: animedelaydigimonDigimon Adventures:ditangguhkanone pieceToei Animation
Previous Post

Trilogi Danganronpa akan hadir ke pelantar mobile dalam bentuk “Anniversary Editions”!

Next Post

Pemain konsol terpaksa tutup ciri “CROSSPLAY” kerana terlalu ramai cheater PC di Call of Duty: Warzone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pemain konsol terpaksa tutup ciri “CROSSPLAY” kerana terlalu ramai cheater PC di Call of Duty: Warzone!

Pemain konsol terpaksa tutup ciri "CROSSPLAY" kerana terlalu ramai cheater PC di Call of Duty: Warzone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd