Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Store memperbaharui senarai game diskaun untuk Spring Sale! Diskaun sebanyak 85%!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Artikel, Berita, PlayStation Store, Promosi, PS4
0 0
0
PlayStation Store memperbaharui senarai game diskaun untuk Spring Sale! Diskaun sebanyak 85%!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation Store telah mengadakan Spring Sale secara besar-besaran sepanjang bulan ini dengan diskaun lumayan untuk beratus-ratus game PS4. Senarai diskaun baru telah bermula semalam (15 April), tetapi jangan risau, banyak lagi tawaran masih ada. Dengan semua orang menghabiskan lebih banyak masa di rumah sekarang, promosi ini datang pada waktu yang sangat tepat. Inilah peluang anda untuk memperolehi game yang anda mungkin terlepas. Spring Sale ini akan berlangsung sehingga 29 April, jadi pastikan anda dapatkan semua game yang anda inginkan!

Senarai kedua mempunyai diskaun harga yang luar biasa untuk beberapa game hebat, termasuk Call of Duty: Modern Warfare pada harga RM186.00, The Outer Worlds pada harga RM176.88, Bloodborne PlayStation Hits pada harga RM37.00, Metro Exodus pada harga RM123.55, dan Shadow of the Colossus pada harga RM49.50.

Untuk mereka yang tidak boleh sabar untuk versi global Yakuza 7: Like a Dragon, anda boleh perolehi game nya sekarang di PS Store yang dijual dengan harga RM169.40! Perlu diingatkan bahawa versi ini tidak mempunyai bahasa Inggeris dan hanya boleh dimainkan dalam bahasa Jepun atau Cina.

Bagi peminat sukan yang sedih kerana Sukan Olimpik 2020 ditangguhkan, anda boleh mendapatkan Olympic Games Tokyo 2020 – The Official Video Game pada harga RM152.80. Kini anda boleh merealisasikan Sukan Olimpik di keselesaan rumah! Selain itu, FIFA 20 Champions Edition dijual dengan harga diskaun RM143.60. Edisi ini mempunyai banyak kandungan bonus seperti 5 Rare Gold Pack, Loan ICON Player Pick, dan Special Edition FUT Kit.

Anda boleh pergi ke PlayStation Store untuk melihat senarai Spring Sale sepenuhnya. Spring Sale adalah salah satu daripada beberapa promosi hebat yang sedang berlangsung. Anda juga tidak perlu mengeluarkan duit, kerana banyak game sedang percuma sekarang.

Tags: Diskaunplaystationplaystation storepromosiPS4spring sale
Previous Post

Anak tempatan Lemon Sky Studios rupanya bekerja dibawah projek Final Fantasy VII Remake dan RE: Resistance!

Next Post

Motosikal Custom 2020 Suzuki Katana berilhamkan GUNDAM dihasilkan oleh Icon Motorsports!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Motosikal Custom 2020 Suzuki Katana berilhamkan GUNDAM dihasilkan oleh Icon Motorsports!

Motosikal Custom 2020 Suzuki Katana berilhamkan GUNDAM dihasilkan oleh Icon Motorsports!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd