Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Store menghadiahkan dua game misteri secara PERCUMA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 10, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, PC
0 0
0
Epic Games Store menghadiahkan dua game misteri secara PERCUMA!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store baru sahaja mengumumkan dua lagi game baru percuma untuk semua pengguna. Buat masa sekarang, gamers boleh ke halaman Epic Games Store untuk menebus Close to the Sun dan Sherlock Holmes: Crimes and Punishments secara percuma. Anda hanya perlu membuat akaun dan dari situ, boleh memuat turun kedua-dua game. Tawaran menarik ini akan berlangsung sehingga 16 April. Selepas 16 April, kedua-dua game ini akan digantikan dengan dua game baru: Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia.

Close To The Sun

Close to the Sun adalah game first-person horror adventure yang dikeluarkan pada bulan Mei 2019. Dalam game ini, pemain mengawal seorang wartawan bernama Rose Archer, yang berusaha untuk menyelamatkan kakaknya Ada. Berlangsung dalam realiti alternatif pada tahun 1897, dua pencipta terkemuka Nikola Tesla dan Thomas Edison bertarung untuk dominasi teknologi di dunia. Close to the Sun berlaku di kapal besar bernama “Helios“, yang dikendalikan oleh Tesla dan berfungsi sebagai tempat kumpul bagi para saintis dan pencipta yang paling berjaya di dunia.

Sherlock Holmes: Crimes & Punishments

Sherlock Holmes: Crimes & Punishments adalah game adventure mystery dalam siri Sherlock Holmes yang dibangunkan oleh Frogwares pada tahun 2014. Game ini berlaku di London pada tahun 1894 dan 1895 dengan gameplay berfokus untuk mencari penjenayah sebenar dan membuat pilihan untuk menangkap atau melepaskan mereka. Game ini adalah yang pertama dalam siri untuk menggunakan Unreal Engine 3, dan telah diilhamkan oleh cerita asal oleh Arthur Conan Doyle. Sherlock Holmes: Crimes & Punishments terbahagi kepada enam kes pembunuhan, penghilangan dan pencurian yang ditulis dalam novel beliau.

Bagi mereka yang tidak tahu: Epic Games Store menghadiahkan game percuma dengan kerap. Mereka akan menyediakan sekurang-kurangnya satu game percuma setiap minggu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ia bukanlah game terbaru atau paling hebat, tetapi masih berbaloi untuk memuat turun.

MUAT TURUN DI SINI
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Close to the Sunepic games storeFreePercumapromosiSherlock Holmes: Crimes & Punishments
Previous Post

HARD MODE dah dibuka dalam Final Fantasy VII Remake? Sini kami kongsikan Tips untuk mod ini!

Next Post

Final Fantasy VII Remake telah dilancarkan! Serta tips jika anda salah beli versi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Final Fantasy VII Remake telah dilancarkan! Serta tips jika anda salah beli versi!

Final Fantasy VII Remake telah dilancarkan! Serta tips jika anda salah beli versi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd