Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ASUS ROG STRIX SCAR II, Gaming Laptop Terbaik Untuk Bermain Game FPS!!!

Silver Shroud by Silver Shroud
July 31, 2018
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
[Review] ASUS ROG STRIX SCAR II, Gaming Laptop Terbaik Untuk Bermain Game FPS!!!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau korang ingat, baru je beberapa minggu yang lepas, aku ada review laptop gaming dari ASUS. Kali ini, aku dapat peluang untuk merasa sendiri laptop terbaru, dulu kita review abang dia, SCAR, kali ini, adik dia, SCAR II. Merupakan upgrade version untuk ASUS ROG STRIX SCAR. Dari segi apa dia upgrade? Makin bagus ke? Secara umumnya, dikatakan yang ianya direka khas untuk mereka yang bermain game bergenre FPS. Haa, nak tahu lebih lanjut, jom, baca artikel review aku untuk ASUS ROG STRIX SCAR II.

*gambar diambil dengan Sony a5100

Design

Kali ini, SCAR II kembali, tetapi dengan design yang lebih menarik. SLASH Dual Surface Treatment 3D Embossing digunakan khas untuk tekstur metallic. Kita boleh nampak seara kasar pada belah atasa laptop, mempunyai clean-cut. Secara sentuhan, aku dapat rasa yang belah kanan atas mempunyai hair-line brushed yang berkualiti tinggi. Di mana, belah kiri bawah pula, design mystic black anodizing digunakan sebagai finishing dan melambangkan kebanyakan senjata yang ada di dalam game FPS.

Selain itu, logo ROG terdapat di belah kanan atas. Ianya akan kekal berwarna kelabu, sehinggalah laptop ini di boot up, dan menunjukkan warna RGB. Kelebarang SCAR II lebih kecil 2.33 cm berbanding dengan SCAR. dan lebih kecil sedikit jika dibandingkan dengan laptop 15-inch yang lain.

Paparan pula, SCAR II meletakkan 15.6-inch FHD dengan menggunakan frame yang nipis. Walaupun ianya lebih kecil 2.33 cm dari yang SCAR (secara panjang diagonal), ianya bukanlah pengecilan yang drastik. Beratnya hanya 2.4 kg, dan bagi aku, cukup ringan jika ingin dibandingkan dari Gaming Laptop yang lain. Kelebihan yang lain adalah 144Hz refresh rate dan 3 ms response time merupakan aspek yang paling penting untuk mereka yang bermain game FPS secara kompetitif.

Untuk keyboard pula, SCAR II menggunakan design WASD transparent dan di sulamkan dengan kevlar juga tanda Camouflage di sekitar keyboard untuk menghidupkan rasa berada di medan perang. Teknik khas digunakan untuk mengeluarkan permukaan smudge-proof dan teknik ini mempunyai 8 langkah semasa process roller untuk memastikan SCAR II bebas dari cap jari.

Ciri-Ciri Menarik

Ciri menarik yang lain adalah, teknologi ROG RangeBoost. Ianya lebih kepada kekuatan signal untuk menangkap wifi. Untuk penyejukan pula, Advance Anti-Dust Cooling System digunakan untuk memastikan SCAR II sejuk dan tidak overheat. Keyboard pula, teknologi ROG Overstroke digunakan untuk ketahanan juga mempunyai RGB backlit untuk menampakkan kecantikannya.

Dilengkapi dengan AURA Lighting juga, korang boleh mengubah RGB yang diinginkan melalui software ROG Game Center. Juga, AURA Sync melengkapkan lagi keinginan RGB anda. Bila sebut tentang AURA Sync, perkara yang paling menarik adalah Music Mode. Lampu RGB anda akan mengikut input muzik yang dimainkan.

Spesifikasi

  • Model Name:GL504GS
  • Size: 36.1 x 26.2 x 2.61 cm
  • Weight: 2.4kg
  • CPU: Intel Core i7-8570H
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1070
  • Display: 15.6-inch FHD IPS panel
  • RefreshRate: 144Hz
  • Memory: 16 GB DDR4
  • OS: Windows 10

Benchmark

  • PC Mark 10

Berdasarkan keputusan dari PC Mark 10, kita boleh lihat akan skor keseluruhan untuk SCAR II ini sangat baik, dengan skor 5 267. Secara aspek, aku boleh katakan skor purata 7 000+ memuaskan bagi aku. Bukan sekadar gaming, tetapi, dari segi editing, rendering juga penggunaan normal juga memuaskan bagi aku.

  • 3D Mark

Untuk benchmark 3D Mark pula, kami lakukan cubaan Time Spy. Keseluruhan skor, kami mendapatkan satu nombor yang baik, 5 425. Skor graphic adalah 5 338 dan CPU 5 979. Untuk FPS pula, dar grafik mampu untuk mengekalkan 30-34 FPS dan CPU pula, kekal dengan 20 FPS.

  • FFXV Windows Edition Benchmark

Akhir sekali, aku menggunakan software FFXV Windows Edition sebagai benchmark tools aku. Aku run FFXV ni dengan High Quality juga dengan resolusi 1920×1080. Skor yang sangat memuaskan bagi aku, 6 097. Memang laptop ini fokus kepada game FPS sahaja, tetapi, dari result ini, kita tahu yang ianya bukan sekadar boleh bermain game FPS, tetapi, game high-intense graphic juga seperti FFXV ni.

Prestasi

Banyak game FPS yang aku cuba untuk SCAR II nih, antaranya game yang popular sekarang, PUBG, CS: GO, Overwatch, Pay Day dan juga SAO Fatal Bullet. Semasa aku bermain, PUBG aku gunakan setting Ultra untuk semua setting, tapi, aku dapat stabilkan FPS 70-80. Kalau PUBG pon boleh dapat keputusan yang sangat memberangsangkan, game lain pon, macam tu jugak.

Macam aku sebut di atas tadi, tak semestinya SCAR II boleh main game FPS sahaja, banyak game yang baru boleh dimainkan. Juga game yang memerlukan grafik yang tinggi SCAR II ni boleh run tau.

Konklusi

Perbandingan antara SCAR dan juga SCAR II, banyak peningkatan yang telah di lakukan. Dari segi graphic, prestasi dan juga paparan. Ianya sangat memuaskan. Korang boleh dapatkan ASUS ROG STRIX SCAR II pada harga MYR 8, 499. Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari ke website rasmi mereka.

Layan video unboxing di bawah:

 

Tags: AsusFPSgaming laptopROGSCAR IISTRIX
Previous Post

PUBG Tidak Mampu Menyediakan Server Percuma!

Next Post

Pengenalan Kepada MSI App Player

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pengenalan Kepada MSI App Player

Pengenalan Kepada MSI App Player

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd