Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review One Piece: Pirate Warriors 4? Penuh aksi tanpa henti dengan kerenah Straw Hats Pirates!

Satu lagi game anime popular!

Nyny.A by Nyny.A
April 13, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Review One Piece: Pirate Warriors 4? Penuh aksi tanpa henti dengan kerenah Straw Hats Pirates!
Share on FacebookShare on Twitter

Dah berapa kali kami dah mencuba demo One Piece: Pirate Warriors 4 (OPPW4)? Cecita~ Eh! Haha secara rasmi One Piece: Pirate Warriors 4 hadir ke platform PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC via Steam pada 26 Mac 2020 lalu! Sebelum ini, banyak kali kami mencuba demonya termasuk di Thailand Game Show 2019,  Tokyo Game Show dan juga Gamescom 2019! Dan kali ini, Bandai Namco Entertainment sekali lagi memberi peluang kepada kami untuk mencuba permainan ini untuk direview!

Berfikir seperti tajuk dari anime terkenal yang lain seperti Dragon Ball, Bleach, atau baru-baru ini yang kami review My Hero One’s Justice 2, memang kesemuanya ada perbezaan dalam permainan dan semuanya epik-epik. Sebuah bom semangat dari Goku, atau Ichigo melepaskan Final Getsuga Tenshou ketika bertarung semuanya padu. Pertempuran ini tidak hanya membentuk kisah siri-siri ini, tetapi juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap hubungan dan pertumbuhan protagonis yang berterusan. One Piece: Pirate Warriors 4 bergantung pada hubungan antara manga dan pertempuran besar-besaran dari anime yang kembali sekali lagi bagi menghiburkan peminat! Jadi anda dah bersedia nak beraksi dengan Monkey D. Luffy bersama geng Straw Hats Pirates nya? Jom usha review kami!

Pengenalan~ 

Siri ini telah berjaya menggabungkan anime ONE PIECE dengan tindakan mendebarkan siri WARRIORS untuk mencipta fenomena di seluruh dunia yang menjual lebih daripada empat juta salinan permainan! Menggunakan konsep memerangi gerombolan musuh semasa mengembara dengan sekutu yang dipercayai, memang kami alami sendiri aksi ONE PIECE yang dibawa terus dari anime lah! Bangunan habis pecah riuk, aksi tanpa henti dan serangan penuh asap dan habuk debu pasir, memang ibarat kami ada dalam dunia Luffy dan rakan-rakanya!

Bermulalah cerita~

Okay untuk cerita dalam One Piece: Pirate Warriors 4 ini mengikuti kisah pratagonis utama kita iaitu Monkey D. Luffy yang meneruskan perjalanannya untuk menjadi Pirate King! Kami tak dapat nak cerita banyak pun mengenai kisahnya dalam permainan ini, sebab dalam game sendiri pun tak berapa banyak kisahnya ibarat dalam anime. Seperti yang pemain dah pernah main dalam One Piece: Pirate Warriors 3 yang melalui kisah One Piece dari awal siri hingga Dressrosa arc. Manakala dalam One Piece: Pirate Warriors 4 hanya memberi kami snapshot dari penceritaan. Permainan bermula semasa Alabasta arc dan melompat di bahagian besar cerita.

Penceritaan yang disingkatkan tidak akan rasa tekilan pun bagi kami kerana dari segi reka bentuk permainan nampak perbezaanya yang menarik. Dalam One Piece: Pirate Warriors 3, kebanyakkan stage adalah sama dari segi apa yang perlu dilakukan oleh pemain untuk menyelesaikannya. Berbanding dalam permainan kali ini, reka bentuk peta lebih dinamik dan terbuka, juga mekanik dan objektif cukup bervariasi untuk mengekalkan cerita yang menarik sepanjang perjalanan. Jadi bagi kami walaupun penceritaanya tidak seperti yang diharapkan, tetapi pengalaman bermain yang menjadi seronok pada kami.

Beberapa Mod yang sentiasa menarik perhatian kami!

Mod cerita didalam permainan ini bukanlah digelar “Story” tetapi sebaliknya digelarkan sebagai “Dramatic Log,” melangkah ke beberapa arc cerita, termasuk semua yang dikenali dalam permaianan seperti alabasta arc, enies lobby, sabaody archipelago, marineford, dressrosa, whole cake island, wano country. Setiap arc mengambil masa beberapa jam untuk diselesaikan sehingga 13-15 jam. Apa yang menarik ialah anda boleh melalui episod-episod yang tidak dapat dilupakan dalam pertunjukan itu sebagai pelbagai watak yang membolehkan anda memilih dari permainan. Anda tidak perlu bermain sebagai watak utama sahaja dan ianya memberikan perspektif yang segar.

Apabila Dramatic Log selesai pada awal bab, Treasure Log pula dibuka. Treasure Log ni memang menarik sebab kami akan menjadi mana-mana hero pirate dan misinya adalah untuk menewaskan pelbagai watak dalam siri One Piece! Jadi memang puas hati lah sebab dalam mod ini kalau tergeram dengan Sanji ke Zoro ke pun boleh kita cepuk dia kaw-kaw!

Satu-satunya isu utama dengan story mode ialah kekurangan untuk bermain co-op, hanya 2 player yang boleh main sekali. Manakala untuk Treasure Log adalah 4 player. Tetapi jika mod ini sama seperti Treasure yang boleh dimainkan hingga 4 pemain didalam story mungkin ia akan menyenangkan kami dalam pertempuran bos dan tahap kawalan peta.

Kawalan? Makin gempak dengan serangan baru!

Level dalam One Piece: Pirate Warriors 4 nampak lebih baik dari yang sebelumnya dan ianya tiada masalah selagi permainan tidak diubah menjadi merepek. Lebih menarik apabila One Piece: Pirate Warriors 4 telah menambah unsur-unsur baru dalam pertempuran dan eksplorasi yang telah meningkatkan pengalaman bermain. Terutama dalam serangan kepada musuh, buat kombo sehingga pecah riuk lah bangunan tu!

Memang agak tidak membosankan kerana pemaju berjaya membawa hati dan jiwa mereka untuk memberikan yang terbaik dalam kebolehan penggerakkan sehingga lebih dari 40 watak yang dapat dimainkan! Betul, dari hampir kedua-dua zaman utama dalam francais, watak dari Blue East awal hingga ke dunia New World saga semuanya ada. Banyak permainan musou yang cukup mudah untuk difahami dengan hanya menggunakan beberapa butang dan memberi beberapa kombo yang menarik selama beberapa jam kami main. Terdapat beberapa elemen baru untuk serangan pertempuran turut menarik dan memberi kepaduan dalam perjalanan.

Untuk awal permainan, jangan risau, segala tutorial untuk kita gunakan butang apa bagi perjalanan dan serangan akan diterangkan satu persatu. Paling yang perlu diingat, apabila setiap bar serangan penuh kita dapat menggunakan serangan istimewa dimana kita boleh tekan R1 sambil menekan antara butang Petak, Tigasegi, Bulat atau Pangkah untuk melancarkannya. Tidak lama pun untuk menunggu satu “Special Attack” ini berfungsi. Dalam beberapa serangan pada musuh, sekejap sahaja bar tersebut penuh.

Tapi nak guna Special Attack tu, kalau boleh anda simpan time musuh tengah bertimbun tu, terutama kalau Bos muncul. Sebab apa, kita pun dapat menggunakan “Power Dash” yang membenarkan pemain untuk berlari laju dan terus melanggar musuh-musuh yang berkumpul sambil tu kami boleh buat kombo lompat keatas dan memberi serangan serius dari serangan atas.

Mekanik kombat yang lain dalam permainan ini memang nampak perubahannya. Setiap watak memberi kekuatan tersendiri. Serangan biasa seperti menekan petak dan tiga segi laju-laju dah memuaskan hati! Tambah-tambah lompat dan serang tu! Paling penting untuk menguatkan setiap watak anda dari segi power, kelajuan dan teknik adalah dengan mengemas kini “Skill Boards” yang akan menunjukkan “Beginning Map”!

Yup setiap ganjaran yang pemain dapat bolehlah membuka skil-skil yang boleh dipilih termasuk Hp, attack, defense, speed, serta skill untuk mengkhususkan diri dalam bidang-bidang tertentu atau hanya menumpukan pada satu watak kegemaran. Satu tips untuk anda, lebih baik level up Beginning Map awal-awal agar semua watak dapat statistik yang diperlukan untuk menghadap musuh mid-level. Semua skil ini memberi anda beberapa cara yang menarik untuk menyambung serangan dan mengeluarkan banyak kombinasi unik.

Dengan teras permainan yang dipelbagaikan dan diperkukuhkan, setiap watak seprti Luffy dan Sanji dapat melancarkan “dash” sambil melepaskan serangan hebat disepanjang perjalanan, manakala kelajuan yang agak perlahan sedikit seperti Zoro dan Big Mama tetapi memberi serangan yang padu. Jujur, agak sukar sedikit untuk menggunakan watak yang lebih perlahan untuk masuk ke pertempuran berkelajuan tinggi, tetapi jika dah biasa tiada masalah pun!

Dan selebihnya yang ada dalam One Piece: Pirate Warriors 4~

Okay, kalau anda rasa nak kenali semua watak yang ada dalam One Piece dan kelebihan serangan mereka, pergi singgah ke “Character Enclopedia”. Nak tengok Luffy ke Usop ke semua ada lah! Andai kata kalau anda kurang pengetahuan dengan barangan atau peta dalam permainan, singgah sebentar ke “Glosarry”, kat situ pemain boleh tahu apa maksud Devil Fruit, atau Bounty, atau Vivre Card dan banyak lagi lah! Selain itu, pemain juga boleh lihat kembali “Prolougue” yang mana pemain terskip tu! Atau dengar semua lagu yang ada dalam permainan ini di Music Player.

Spesifikasi yang diperlukan~

Bagi pengguna konsol terutama PlayStation 4, pemain hanya memerlukan besar memori sehingga 33.46 GB untuk memuat turun dan Nintendo Switch pula 12.1 GB ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4. Untuk spesifikasi penuh PC pula seperti dibawah;

KEPERLUAN SISTEM ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4
MINIMUM:
(Requires a 64-bit processor and operating system)
RECOMMENDED:
(Requires a 64-bit processor and operating system)
OS: Windows 10, 64bits Windows 10, 64bits
Processor: Intel Core i5 3450 / AMD Ryzen 3 1300X Intel Core i7 3770 / AMD Ryzen 5 1400
Memory: 8 GB RAM 8 GB RAM
Graphics: NVIDIA GeForce GTX 660 (2GB) / AMD Radeon HD 7870 (2GB) NVIDIA GeForce GTX 1060 (3GB) / AMD Radeon RX 580 (4GB)
DirectX: Version 11 Version 11
Network: Broadband Internet connection Broadband Internet connection
Storage: 25 GB available space 25 GB available space
Nota Tambahan: Graphics settings: All ‘Low’ or ‘OFF’; Expected Framerate: 30 FPS @ 1280×720 Graphics settings: All ‘High’ or ‘ON’; ‘Character display number’ only set to ‘Medium’; Expected Framerate: 60 FPS @ 1920×1080

Kesimpulannya~

One Piece: Pirate Warriors 4 memberi pengalaan baik kepada kami terutama pada kami atau pemain lain yang sememangnya peminat manga dan anime One Piece! Yup, dengan kepelbagain watak dalam dunia permainan ini, banyak skil yang selama ini kita agak ketinggalan dapat kita tahu dari segi mereka bertarung! Satu lagi, Cutscene pun kemas! Ya, memang tak serabut dan tidak membosankan!

Jadi pada yang berminat nak membeli One Piece: Pirate Warriors 4 anda boleh dapatkannya di PlayStation 4 untuk Standard Edition berharga RM239.00 dan Deluxe Edition yang dilengkapi beberapa ganjaran adalah RM329.00. Untuk pembelian di PC via Steam pula berharga RM159.00 untuk Standard, dan Deluxe adalah RM239.00. Jadi apa lagi yang anda nantikan? Jom bersama Luffy dan Straw Hats pirate yang lain membuat Chaos didunia One Piece!

BELI DISINI GAIS!!
One Piece: Pirate Warriors 4
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2020-03-27
Nintendo Switch, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
One Piece: Pirate Warriors 4 adalah sebuah permianan aksi mengembara yang dimajukan oleh Omega Force dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment dan juga merupakan yang keempat dalam siri One Piece Pirate Warriors.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

One Piece: Pirate Warriors 4

8 Score

Keseluruhan yang memuaskan hati! Aksi yang tanpa henti dengan kombo yang meanarik? Bagi anda yang memang sukakan One Piece, ini sebuah permainan yang wajib anda beli!

PROS

  • Senarai watak yang sangat menyeronokkan
  • Penekanan pada kombo yang ohsem!
  • Ketagihan perkembangan skil karakter

CONS

  • Bermasalah sedikit dengan penggerakan kamera yang memeningkan
  • Patut lebihkan pemain co-op untuk mod story

Review Breakdown

  • Kami peminat Luffy dan kami sukakanya! 0
Tags: Bandai Namco EntertaimentOne Piece Pirate Warriors 4One Piece Pirate Warriors 4 Reviewreviewulasan
Previous Post

Filem anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train akan memulakan tayangan perdana pada 16 Oktober 2020!

Next Post

Anime Digimon Reboot menampilkan Omnimon awal-awal pada episod kedua!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Digimon Reboot menampilkan Omnimon awal-awal pada episod kedua!

Anime Digimon Reboot menampilkan Omnimon awal-awal pada episod kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd