Episod 88 bagi siri anime My Hero Academia atau Boku No Hero disiarankan sabtu lalu dan menjadi episod yang terakhir bagi musim ke-4 anime ini. Tetapi pengakhoran episod tersebut tidak menjadi sebuah pengakhiran terus bagi siri anime kegemaran ramai ini untuk menutup tirai! Kerana pendedahan sebuah video yang menampilkan Deku menyatakan “Sesuatu yang baru dalam kebangkitan!”.
Musim ke-4 My Hero Academia ditayangkan di Jepun bermula pada 12 Oktober tahun lalu dan beberapa laman web streaming seperti Funimation, Hulu dan Crunchyroll telah menayangkan musim tersebut. Musim ini melibatkan 25 episod secara keseluruhan kesinambungan episod 64 hingga 88 untuk keseluruhan musim anime ini.
Pada separuh musim keempat pertama merangkumi arka Hero yang bermula dari jilid ke-14 manga . Separuh musim keempat kedua anime pula lebih memfokuskan pada arka Festival Sekolah yang bermula pada jilid 19 manga dan memulakan siarannya pada 25 Januari lalu.
Dengan pendedahan My Hero Academia akan kembali dengan musim terbaru, kami rasa kemungkinan ianya akan mula ditayangkan sama ada hujung tahun 2021 atau 2022. Seperti yang ramai tahu, tiga musim pertama My Hero Academia semuanya memulakan siaran dalam musim bunga pada bulan April, tetapi musim ke-4 dilonjakkan pada bulan Oktober. Tetapi, jika dah pasti bila akan disiarankan, sudah tentu kami akan kongsikannya!
Dari segi apa yang mungkin akan hadir dalam My Hero Academia musim ke-5, adalah kepastian bahawa tempoh Endeavor sebagai “Number One hero” baru akan menjadi titik besar plot kali ini, serta usaha untuk memperbaiki reputasinya dengan keluarganya. Kemungkinan ada lebih banyak perkembangan dengan perkembangan semua orang di U.A.
Pencipta manga asal My Hero Academis ialah Kōhei Horikoshi yang melancarkan siri manga dalam majalah Shueisha Weekly Shonen Jump pada bulan Julai 2014. Viz Media menerbitkan manga dalam Bahasa Inggeris secara digital. Perkhidmatan MANGA Plus Shueisha juga menerbitkan manga dalam bahasa Inggeris secara digital. Jadi cukup sampai disini, apa pula pendapat anda dengan musim yang akan datang? Adakah mungkin dalam fikiran anda apa-apa yang gempak akan terjadi dalam kelas 1-A?
Sumber: My Hero Academia episod 88
@gamersantaimy
Discussion about this post