Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!
Share on FacebookShare on Twitter

April Fools berlangsung semalam, dan itu bermakna Internet sekarang penuh dengan macam-macann “prank“. Acara tahunan ini tidak pernah gagal untuk menipu netizen malang yang melupakan tarikh. Sudah tentu, jenama-jenama dan francais dari seluruh dunia pun melakukan yang terbaik untuk menipu peminat mereka pada Hari April Fools, terutamanya pasukan Digimon.

Di Twitter, peminat Digimon terperangkap dalam sebuah prank yang tiba-tiba muncul. Francais terkenal ini menggunakan akaun rasmi mereka untuk mengumumkan Digimon baru bernama Omedamon, dan peminat dengan pantas ingin mencari kebenaran di sebalik watak ini. Anda boleh melihat imej penuh di bawah:

Digimon biru-putih tersebut mempunyai reka bentuk yang sangat gagah. Bersenjatakan pedang dan pistol, reka bentuk Omedamon sangat-sangat istimewa kerana Digimon palsu ini sebenarnya diilhamkan oleh Medabots. Menurut With The Will, mereka menemui maklumat baru mengenai Omedamon daripada profil rasminya yang mengatakan Omedamon “dilahirkan daripada data” sebuah permainan video pada lama dahulu.

“Seekor Digimon suci yang tersesat dari dunia digital di dimensi lain. Ia dilahirkan daripada data “sebuah permainan”, yang menjadi popular di dimensi lain pada akhir abad ke-20. Ia mempunyai keberanian untuk menghadapi apa-apa kesukaran tanpa mengalah, -kata laman web itu.

Perisainya, yang dikenali sebagai “Cypratium Digizoid” mempunyai fungsi penyembuhan diri, dan dapat memulihkan kerosakan yang dialami dalam pertempuran. Tangan kirinya dilengkapi dengan Beetle Cannon, yang boleh menembak musuh secara bertubi-tubi manakala ia dapat memotong musuh menggunakan Scissors Sword di tangan kanan.

Lawak pintar ini berjaya mengembalikan permainan video klasik yang ramai sudah lupakan. Dengan pelancaran anime Digimon baru pada tahun ini, saya berasa amat gembira untuk melihat sebuah francais memberi penghormatan kepada francais lain agar mereka dikenang dengan lebih baik berbanding sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeApril FoolsdigimonMedabotsOmedamonPrank
Previous Post

PUBG PC menambah mode battle royale fantasi! Siap ada wizard & barbarian lagi!

Next Post

Youtube di telefon pintar kini mengehadkan resolusi video pada 480p!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Youtube di telefon pintar kini mengehadkan resolusi video pada 480p!

Youtube di telefon pintar kini mengehadkan resolusi video pada 480p!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd