Pada tahun ini, ASUS mempunyai beberapa berita menarik yang pasti membuat pra gamers teruja bermula dengan pelancaran siri laptop gaming baru Zephyrus yang dikuasakan oleh pemproses Intel i7-10875H. Peranti ini direka untuk sentiasa memberi prestasi tinggi bagi apa-apa tugas dan disediakan untuk memenuhi citarasa setiap pelanggan, tidak kira kompetitif atau kasual. Antara komputer riba baru yang diumumkan adalah Zephyrus M15, Zephyrus S15 dan Zephyrus S17.
Zephyrus adalah salah satu daripada siri paling popular di ASUS dan merupakan pilihan yang sangat baik untuk kerja multitasking, serta menawarkan pengalaman gaming yang selesa pada harga yang mampu milik. Mereka yang dahagakan prestasi tinggi boleh beralih kepada Zephyrus S15 dan S17 untuk kecekapan dan kelajuan tiada tandingan semasa bermain game AAA. Kedua-dua peranti dikuasakan oleh Intel Core i7 10875H (8 core, 16 thread), NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER bersama ROG Boost dan Active Aerodynamic System (AAS) yang memaksimumkan pengaliran udara. Selain itu, kedua-dya peranti mempunyai paparan IPS 300Hz / 3ms dan disahkan oleh Pantone. GPU mereka pula boleh beralih antara G-SYNC dan Optimus mengikut pilihan pengguna.
Apa yang membezakan mereka ialah Zephyrus S17 mempunyai ciri-ciri tambahan seperti reka bentuk papan kekunci yang boleh ditarik keluar bersama butang mengubah kelantangan audio khusus.
Mari kita lihat spesifikasi Zephyrus S17 dan Zephyrus S15:
Color | Processor | GPU | RAM | M.2 slot | Display size/resolution/refresh rate | |
ROG Zephyrus S15 | Black |
|
|
|
|
|
ROG Zephyrus S17 |
|
|
|
|
|
|
Pengguna yang mencari peranti gaming ultraslim boleh mencuba komputer riba akan datang siri M iaitu ASUS ROG Zephyrus M15. Berat dan saiz Zephyrus M15 hanyalah 1.9KG dan 18.9mm nipis. Dilengkapi dengan Intel Core i7 10875H (8 core,16 thread) dan NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER bersama ROG Boost, Zephyrus M15 memudahkah pengguna untuk menikmati permainan yang lancar dalam pakej yang nipis.
Di samping itu, ia mempunyai ESS Sabre DAC dan disahkan Hi Res Audio. Sama seperti Zephyrus Duo 15, pengguna boleh memilih untuk fokus pada visual atau gaming. Zephyrus M15 mempunyai dua pilihan iaitu paparan Pantone 240Hz / 3ms atau 4K Adobe RGB.
Berikut adalah spesifikasi:
Color | Processor | GPU | RAM | M.2 slot | Display size/resolution/refresh rate | Battery | |
ROG Zephyrus M15 |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk maklumat lanjut tentang ASUS ROG Zephyrus Duo 15, sila layari halaman Facebook atau Twitter rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post