Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulangi kisah Ichigo dalam game mobile RPG, Bleach: Immortal Soul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2020
in Android, Animasi, Anime, Artikel, Berita, iOS, Manga, Mobile
0 0
0
Ulangi kisah Ichigo dalam game mobile RPG, Bleach: Immortal Soul!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit permainan mobile Oasis Games hari ini mengumumkan pelancaran Bleach: Immortal Soul, sebuah RPG baru yang memberi tumpuan kepada jalan cerita dan strategi sambil mengikuti kisah Ichigo untuk menjadi Shinigami.

Secara rasmi dilesenkan oleh TV Tokyo dan dibangunkan oleh GREE, Bleach: Immortal Soul mereplikasikan dunia BLEACH supaya pemain dapat bertemu dengan watak-watak terkenal serta mendengar suara-suara ikonik daripada siri anime TV. Pemain akan mengalami kisah hidup Ichigo ketika dia mempertahankan bandar Karakura, membina pasukan Bleach sendiri, serta memperkuatkan strategi dan mengasah kemahiran.

Bermain sebagai Hitsugaya Toshiro, Kuchiki Rukia, dan watak-watak lain dalam jalan cerita utama, dan misi sampingan lain. Untuk menewaskan Hollow dan menyelamatkan roh yang terseksa, Shinigami dan Manusia harus bekerjasama dan mengatasi batasan sendiri.

Pada masa yang sama, mod PVP bernama Spirit World juga disediakan dan jika pemain berjaya meningkat kedudukan dalam ranking Society Soul melalui pertarungan dengan Kenpachi atau pemain lain, mereka boleh memenangi pelbagai ganjaran eksklusif. Selain daripada bertarung dengan pemain lain, anda juga boleh membentuk skuad bersama pemain lain untuk bertarung dengan bos yang kuat.

Bleach: Immortal Soul diterbitkan oleh Oasis Games di Google Play dan Apple App Store tetapi masih belum dikeluarkan di Malaysia. Untuk mereka yang berminat, anda boleh muat turun pada link di bawah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di sini.

 

1 of 4
- +
KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN

Selain itu, anda boleh lihat perkembangan anime musim baru dan manga terkini Bleach di sini.

Tags: AndroidbleachBleach: Immortal SouliOSMobileRPG
Previous Post

Temuramah Eksklusif bersama Producer Mobile Suit Gundam: Extreme Vs. Maxi Boost ON – Akihito Chiba!

Next Post

Reka & bina stesen metro terunggul di STATIONflow! Bakal dikeluarkan di Steam pada 15 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Reka & bina stesen metro terunggul di STATIONflow! Bakal dikeluarkan di Steam pada 15 April!

Reka & bina stesen metro terunggul di STATIONflow! Bakal dikeluarkan di Steam pada 15 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd