Sebuah permainan open world terbaru yang kami pernah kongsikan beberapa kali di laman web kami, pernah juga menjadi toxic terutama pada peminat permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild bahawa permainan ini meniru hampir 100% dari permainan tersebut. Tapi, setelah mendapat peluang mencuba sendiri permainan ini, kami tidak hiraukan sebarang toxic itu, kerana permainan yang dimaksudkan adalah GENSHIN IMPACT dari MiHoYo, nyata sesuatu yang membanggakan dan sebuah permainan dunia terbuka yang tidak membosankan!
Ya, kami salah satu wakil dari Malaysia berpeluang mencuba sendiri permainan Genshin Impact ini, jadi hari ini kami nak mengongsikan pengalaman kami sendiri dalam permainan yang kami agak bangga dengan hasilnya walaupun masih closed beta! Tapi bukan full review ye, sebab ini masih beta tertutup!
Permainan DUNIA TERBUKA? Apa pula Genshin Impact ini?
Seperti yang dinyatakan diatas, Genshin Impact merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dihasilkan oleh MiHoYo. Masih belum ada tarikh rasmi untuk pengeluarannya, tapi yang pasti ianya akan hadir tahun ini juga. Akan keluar di platform PlayStation 4, PC, Nintendo Switch, iOS dan Android. Bagi yang tertanya-tanya berapa storan yang diperlukan dalam permainan ini, anda boleh rujuk semula artikel kami sebelum ini.
Permainan ini mengambil tempat dimana ianya dinamakan Teyvat, dunia fantasi yang mempunyai 7 elemen yang mengalir dan berkumpul. Dahulunya, Archons memberi manusia keupayaan berunsur unik. Dengan bantuan kuasa tersebut, orang-orang membentuk kawasan dari alam semesta. Bagaimanapun, 500 tahun yang lalu, kejatuhan tamadun purba mengubah alam semesta hingga menjadi tunggang terbalik! Walaupun malapetaka dunia menderita telah berhenti, keamanan masih belum dipulihkan. Jadi bermulaah kisah Genshin Impact~
Permulaan permainan~ Si Kembar kehilangan pasanganya!
Masih ingat dengan video opening cutscene yang pernah kami kongsikan sebelum ini? Aksi mendebarkan dengan opening cutscene yang memulakan penceritaan, sehingga kami perlu memilih salah seorang dari pasangan kembar yang bernama Aether dan Lumine untuk menjadi pratagonis segala permainan kami dan salah seorang dari kembar tersebut hilang dari pertarungan!
Kejadian tersebut terjadi dan membuat watak pratagonis utama yang kami pilih, bersendirian agak lama sehingga dua bulan lalu dia bertemu Paimon ketika Paimon hampir lemas dilautan. Sejak dari itu, Paimon menemani kami sepanjang perjalanan sebagai rakan “travellers”.
Maka dari situlah bermula perjalanan “watak kami” dan Paimon sehingga berjumpa dengan Amber yang menawarkan bantuannya untuk mencari kembar watak kami dengan syarat membantunya dan ahli Knights yang lain di Mondstadt. Jadi dari situlah bermula perjalanan misi mencari elemen “The Seven” — Archons.
Peta yang besar bersama Watak yang menarik!
Nama pun dunia terbuka, Genshin Impact memang mempunyai peta yang sangat besar dan menarik! Langsung tak nampak bosan bila melihatnya!
Mondstadt sebuah kawasan bahagian timur laut Teyvat. Disitu terdapat beberapa pecahan peta seperti Cider Lake, Falcon Coast, Cape Oath, Dawn Winery, Springvale, Thousand Winds Temple.
Liyue pula sebuah pelabuhan yang terletak di timur Teyvat. Kat situ pula ada kawasan Harbor, Mt. Tianheng, Dihua Marsh, Wangshu Inn, Qingce Village, Jueyunjian.
Kesemua kawasan yang disebutkan terdapat misi tersendiri selepas kita berjumpa watak-watak dalam permainan. Mengikuti episod-episod dan dari situ juga kita akan menaikkan level Adventure Rank kita. Juga kita dapat teleport ke kawasan yang kita ingin pergi tetapi harus membuka kawasan tersebut dahulu!
Yang menariknya dalam permainan ini, bukan hanya satu watak yang kita dapat mainkan! Sebaliknya terdapat 4 watak yang boleh dipilih masuk ke kumpulan kita. Ada juga misi yang membawa watak lain bersama seperti Jean (ketua Grand Master of Knights) atau Diluc (Seorang master terkenal).
Setiap watak ada elemen tersendiri seperti keempat watak yang dimainkan kami “watak pratagonis- Hydro “Angin”; Amber- Pyro “Api”; Kaeya – Cryo “Ais”; Lisa – Electro “Eletrik”. Nak kuatkan watak? Sudah semestinya boleh, setiap watak ada tahap tersendiri, sama ada akan naik level dengan sendirinya, atau jika anda mahukannya lebih cepat kuat, kita boleh naikkan level setiap watak dengan sendiri.
Lagi menarik bukan setakat watak ye yang boleh dinaik taraf! Kita kena kumpul barangan yang diperlukan atau membelinya untuk menaiktaraf “Weapons” , “Artifacts” , “Constellation” dan “Talents”. Tapi sebenarnya talents akan dibuka selepas mencapai tahap atau misi tertentu.
Buat masa ini terdapat lima jenis senjata: handed swords, two-handed swords, bows, long-handled weapons, dan magic. Setiap watak mengunakan sejenis senjata, seperti kami menggunakan pedang, Amber menggunakan busur, Lisa menggunakan buku magiknya. Nak menaik tarafnya seperti berikut;
- Peningkatan Senjata: Gunakan gems atau senjata untuk menaik taraf dan memperbaiki atribut asas senjata. Gems boleh didapati menerusi penerokaan peta, pembelian, perlombongan (kena pecahkan batu), peti tersorok, ganjaran misi, dan sebagainya.
- Kejayaan senjata: Apabila tahap senjata mencapai tahap tinggi, ia akan menggunakan bahan-bahan tertentu untuk dinaik taraf setaraf dengan tahap watak.
Artifacts juga dipecahkan megikut spisis dimana ianya juga boleh dinaik taraf. Artifacts adalah sistem yang boleh menyediakan watak dengan beberapa bonus atribut dalam permainan. Pengembangannya termasuk peninggalan artifacts dan atribut set.
Permainan ini mempunyai sistem gacha di mana anda boleh mendapatkan watak-watak yang diingini. Mendapatkan watak dengan tahap tinggi memang ikut tuah anda dan kekuatanya mencecah 5 bintang! Memandangkan ini adalah beta tertutup, kami tidak dapat tunjukkan apa hasilnya sebab tak cukup “wish”. Tapi ketika menggunakan watak trial seperti Diluc ketika pertempuran, memang kuat lah!
Perjalanan permainan dan Aksi Pertarungan!
Seperti yang dinyatakan diatas, dunia Teyvat dilengkapi dengan 7 elemen iaitu Pyro, Hydro, Dendro, Electro, Anemo, Cryo dan Geo, serta itu bukan hanya pada watak yang terdapat dalam permainan ini. Setiap daripada monster yang ada dalam permainan ini turut ada reaksi elemental tersendiri dan memberi reaksi tertentu pada watak kita. Contohnya bagi menewaskan “Pyro Abyss Mage“, kita perlukan Lisa untuk menggunakan elektriknya bagi memecahkan perisainya, tetapi bagi menewaskannya memerlukan Kaeya untuk membekukannya dan serangnya.
Setiap watak mempunyai serangan biasa, serangan medium (Tekan kekunci E untuk PC), dan jika bar penuh kita dapat menggunakan serangan paling kuat (Tekan Q). Contoh dalam gameplay kami yang sedia ada, watak kami akan mengunnakan serangan taufan untuk yang paling kuat, juga Amber akan menggunakan hujan panah sebagai serangan paling kuat.
Setiap serangan kita kena selalu perhatikan HP kita, ada diantara monster yang terlalu kuat dan kita emerlukan tektik yang bersesuaian untuk menewaskannya. Terdapat dua cara untuk memastikan HP kita tidak berakhir serbegitu sahaja, satu: kerapkan tukar watak yang sesuai untuk serangan, anda boleh menukar dengan tekan kekunci 1-4 dari susunan pasukan kita. Atau yang kedua, jika terlalu terdesak, anda boleh menggunakan makanan untuk menaikkan HP anda semula atau hidupkan kembali watak yang mati.
Makanan yang ada pula contohnya seperti buah-buahan anda boleh terus naikan HP tetapi tidak berapa banyak kenaikkannya. Jadi untuk menghasilkan makanan, kami kena mencari kawasan yang boleh memasak. Contohnya kita akan melihat kuali memasak di mana-mana tempat perkhemahan musuh. Tapi tak semua ada. Nak masak ni kenalah ada bahan yang secukupnya, bahan-bahan untuk memasak tu boleh didapati dimana sahaja ketika meneroka atau memburu. Tidak kiralah sayur atau daging sedangkan khinzir dan cicak kobend pun boleh kita tangkap untuk mendapatkan dagingnya! Bila dah pilih makanan yang kita nak asak tu, pastikan anda berhenti di bar kuning untuk mendapat “Perfect“, Perfect sebanyak 5 kali membolehkan anda untuk memasak dengan automatik tanpa bermain menghentikan bar lagi.
Selain itu terdapat “God Statue” yang juga boleh menaikkan HP kita. Yang ni kami perlu mencari untuk mebuka kuasanya.
Pengembaraan tanpa henti!
Dunia Teyvat memang besar. Kami boleh berenang, memanjat, berlari – tetapi ketiga ini memerlukan stamina kita dan menolak HP sebelum sampai ke daratan. Jadi kena pastikan bar kuning anda tidak mencapai merah dari kehilangan HP. Juga kita boleh terbang! Eh kat dalam permainan ini digelar “Gliding“! Siap ada lesen untuk Gliding okay! Lebih menarik jika terjumpa gelung angin yang akan membuat kita terbang lagi tinggi. Mengaktifkan kepak gliding senang, dari tempat yang tinggi, tekan je spacebar 2kali dan terbang~
Juga terdapat ciri-ciri siang dan malam, pemain boleh menyesuaikan diri dalam masa permainan. Waktu malam akan menampilkan set raksasa dan makhluk yang berbeza di dalam hutan juga ada diantara misi yang memerlukan waktu tertentu untuk lakukannya, jadi ubah saja jam anda kepada waktu tersebut dan terus boleh selesaikan misi!
Dalam Genshin Impact ini, nyata memang banyak plot twist. Nak tahu kenapa? Kerana setiap watak NPC ada penceritaan di sebalik penceritaan! Contohnya seperti Kaeya ada cerita disebalik patch matanya, Diluc juga ada cerita yang disorokkanya bersama Jean, juga Ventii bukanlah hanya pensyair yang biasa-biasa~
Multiplayer pun ada okay!
Siapa kata permainan ini tak boleh dimainkan bersama rakan-rakan dalam talian? Ya boleh. Dalam mod co-op, 4 Travellers boleh sertai pengembaraan menewaskan segala monster dan selesaikan misi! Cari lah harta karun anda dan terokai dunia Teyvat bersama-sama! Tetapi nak membuka multiplayer ini pemain haruslah cecah Adventure Rank 16! Terdapat juga sekatan pada Multiplay, seperti tidak dapat membuka chest di peta, tetapi dapat meneroka dungeons bersama-sama. Chest yang dapat di pertaruhan akhir di dungeon selalunya mendapat ganjaran unik kepada semua orang supaya setiap orang mempunyai loot sendiri.
Kesimpulannya~
Walaupun ini hanyalah beta tertutup, jujur kami menyatakan permainan ini ibarat game AAA! Ya kami juga menerima info bahawa permainan ini akan menjadi Free-to-play! Seperti peminat tahu, beberapa platform akan tersedia untuk permainan ini, lebih menarik permainan ini kemungkinan akan ada cross-platform dimana ianya bermaksud anda boleh menggunakan akaun yang sama diantara platform yang disediakan. Cuma pekara ini masih dipertimbangkan lagi oleh MiHoYo, kerana ia sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun teknologi zaman sekarang membenarkannya dan ia mungkin melibatkan satu permasalahan terutama dalam pembelian dalam permainan.
Pada pemain yang akan menggunakan mobile, anda perlu ada telefon pintar yang berspesifikasi tinggi, kerana ianya menggunakan grafik yang tinggi. Jadi lebih baik telefon anda lebih baik pengalaman yang anda akan rasa ketika bermain!
Kami yang menggunakan PC turut berpuashati bermain permainan ini kerana tiada sebarang lagging, perjalanan sentiasa menyeronokkan, watak yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kekuatan, monster-monster yang comel dan unik juga ada kekuatan tersendiri, serta sentiasa ada ganjaran yang menanti! Jadi jangan lupa untuk nantikan pelancaran rasminya pada tahun ini juga dan ikuti laman sosial Facebook Genshin Impact dan laman web rasminya untuk lebih maklumat!
@gamersantaimy
The Review
Genshin Impact
Sebuah permainan Open World yang sememangnya awsome! Pada anda yang selama ini selalu rasa bosan dengan permainan RPG dunia terbuka, jangan risau, permainan ini menjamin keseronokan anda kerana misinya tanpa henti!
PROS
- Aksi dan keunikkan setiap watak yang mengagumkan
- Watak monster setimpal dengan tahap NPC
- Gameplay dan misi kesemuanya menarik!
CONS
- Terlalu cepat letih ketika beraksi, memanjat, berlari dll.
- Tidak sangka mempunyai sistem gatcha didalam permainan
- Sistem konfigur untuk mobile haruslah tinggi
Discussion about this post