Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebab COVID-19~ Nak keluar pergi jalan-jalan pun tak boleh… Jadi jelajah dunia game je lah!

Haaa kan banyak game yang nampak realistik yang ada di bandar-bandar sebenar~ Melancong dengan game je la!

Nyny.A by Nyny.A
March 25, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Senarai, Steam
0 0
0
Sebab COVID-19~ Nak keluar pergi jalan-jalan pun tak boleh… Jadi jelajah dunia game je lah!
Share on FacebookShare on Twitter

Kitorang tahu mesti korang dah merapu sangat duduk rumah sebab Lockdown COVID-19 betul tak? Pulak baru sebentar tadi dimaklumkan perintah Lockdown diteruskan lagi sehingga 14 April 2020. Jadi, kalau dah penat duduk apa kata berdiri pulak~ Eh! Gurau-gurau! Rutin harian yang mana kena kerja dari rumah tu takpelah lagi, yang mana bujang pulak kena lockdown tak bergaji dah buntu sangat asyik main game sama… Teringin nak bercuti tapi tak dapat… Teringin nak merayau semuanya tak boleh… Jadi apa kata korang main game yang kitorang akan kongsikan kali ini! Lebih kepada konsep Open World dengan dunia dalam kawasan ibarat realiti~ Mungkin dapatlah terubat sikit hati korang yang bergelora tak dapat merayau tu!

Game yang kami nak kongsikan hari ini bukan ‘besher-besher’, menjadi popular dan bualan ramai gamers sebelum ini memang patut korang cuba untuk bermain atau main semula. Lagipun ada diantaranya tengah Diskaun okay! Jadi baik korang main game-game ini “STAY AT HOME” dan jangan tambah beban “FRONTLINER” okay! Jom usha game tersenarai kali ini;

Yakuza

Yakuza atau (Ryū ga Gotoku) sebuah permainan penuh dengan aksi untuk menyelesaikan misi dan kebanyakkanya mengikuti perjalanan Kazuma Kiryu. Bandar-bandar Kamurocho yang sebenarnya rekreasi riil daerah Kabukicho di Tokyo pasti akan membuat korang ibarat jelajah dunia di Jepun dengan sendirinya! Betul, paling menarik dalam setiap siri Yakuza, ada sahaja mini games yang akan menghiburkan kalau korang dah bosan pukul orang. Baru-baru ini turut ada Yakuza Remastered Collection yang menampilkan Yakuza 3,4 dan 5 dalam satu koleksi. Pada pemain PlayStation 4 mesti seronok lah dapat luang masa mainkan koleksi ini. Bukan tu sahaja ada juga Yakuza Like a Dragon terbaru keluar tahun ini juga Judgment spin-off pada siri Yakuza dan pasti menarik perhatian lah!

Lagi satu pemain PC korang tak perlu nak kecewa sangat, sebab SEGA dah mula masuk kan sikit demi sedikit permainan Yakuza ke dalam PC via Steam! Jadi pada korang yang nak beli Yakuza Kiwami, atau 0 dan Kiwami 2 boleh la beli kat Steam sebab harga pun tak mahal mana pun!

Marvel’s Spider-Man

Siapa nak merasa jalan-jalan kat New York tu bolehlah main Marvel’s Spider-Man! Permainan ini keluar kat PlaySTation 4 sahaja dan memang tak membosankan! Siapa yang suka jadi Spidey tu memang rasa la keseronokkan game superhero aksi ini. Dihasilkan oleh Insomniac Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertaiment, permainan ini diadaptasi dari komik asal.

Dalam alur cerita utama, super-human crime lord – Mister Negatif, menyusun plot untuk merampas kawalan bawah dunia jenayah New York City. Ketika Mister Negatif mengancam untuk melepaskan virus yang mematikan, Spider-Man harus menghadapinya dan melindungi kota ketika berhadapan dengan masalah peribadinya sebagai Peter Parker. Jadi dapatkannya sekarang kat PlayStation Store sebab tengah diskaun 50% gaiss 50%!!

Watch Dogs

Watch Dogs? Apa pulak ni? Game jaga anjing ke? Eh tak lah! Watch Dogs ini sesuai untuk kaki scammer macam korang! Hehe gurau-gurau~ Watch Dogs yang pertama keluar pada tahun 2014 oleh Ubisoft sebagai sebuah permainan aksi yang mengisahkan kita sebagai Aiden Pearce yang merupakan Hacker dan Watch Dogs 2 sebagai Marcus! Yang terbaru Watch Dogs Legion tapi yang ni tak keluar lagi lah, cuma kami dapat mainkan demonya di Gamescom 2019 tahun lalu. Korang leh usha gameplay kat bawah ni;

Pelbagai misi korang untuk jadi hacker kat bandar Chicago dan San Francisco! Korang siap boleh hack satu bandar dengan hack mesin ATM, atau hack trafic light dan macam-macam lah! Terdapat multiplayer online mod yang boleh korang bersama rakan-rakan co-op dalam gameplay yang kompentitif tau! Lagi menarik kan, kedua permainan ini tengah ada diskaun sebanyak 70% di STEAM dan hanya berharga RM80.05 untuk BUNDLE kedua permainan ini okay!

GTA V

GTA V atau Grand Theft Auto V lagi tak payah sembang banyak! Ramai gila streamers pun main. Main online atau misi asal semuanya ada. Siapa yang mengikuti francais permainan dari Rockstar Studio ini pasti tahu bagaimana jalannya permainan ini kan. Tapi GTA V makin gempak lah. Macam-macam kustom mod yang korang boleh cuba sendiri dalam mainan ini okay!

Ni dari konsol sampai PC semua pemain boleh mainlah! Nak rasa beraksi di California? Atau di Los Angeles? Boleh lah korang bayangkan ibarat melancong ke sana dalam GTA V ni! Korang boleh dapatkan game ni di Steam atau di PlayStation 4 okay!

Just Cause

Dan yang terakhir adalah siri francais Just Cause yang dihasilkan oleh Avalanche Studios! Siri dari Just Cause, Just Cause 2, Just Cause 3 dan Just Cause 4 ini adalah merupakan genre aksi pengembaraan yang melibatkan dunia terbuka di pulau dan kepulauan terutamanya. Jangan risau, aksi di bandar pun ada okay!

Berjuta salinan dah permainan ini dapat dijual. Paling menarik siri-siri Just Cause kini tengah diskaun kaw-kaw lah kat STEAM! Ya RM3 je weh untuk Just Cause 2! Jadi korang memang patut mainkan sendiri dan habiskan semua penceritaan permainan ini biar habis masa terluang korang tu okay!

Sampai kat sini perkongsian kitorang kali ini. Bagi kitorang bertafakur cari idea lagi untuk korang yang tengah kebosanan kat rumah tu ye. Paling penting bagi sikit idea korang kat ruangan komen social media kitorang, boleh lah kot selit-selit idea tu dalam artikel seterusnya~

Tags: FRONTLINERGTA Vjust causeLockdown COVID-19marvel's spider-manOpen WorldSTAY AT HOMEWatch Dogsyakuza
Previous Post

Ayah mencipta POD Death Stranding untuk melindungi anak daripada koronavirus!

Next Post

Nanatsu no Taizai mengumumkan sekuel MANGA & ANIME baru!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Nanatsu no Taizai mengumumkan sekuel MANGA & ANIME baru!

Nanatsu no Taizai mengumumkan sekuel MANGA & ANIME baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd