Masih ingat awal bulan ini mengenai anime/manga kegemaran ramai Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba nak hasilkan permainan video? Ya secara rasmi sebentar tadi di AmebaTV telah berlansungnya pengumuman mengenai permainan terbaru yang diberikan nama Kimetsu no Yaiba Hinokami Keppuutan!
Permainan Demon Slayer PS4 yang akan datang, Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan dibangunkan oleh CyberConnect 2 yang juga merupakan pembangun bagi permainan Dragon Ball Z: Kakarot, Naruto: Ultimate Ninja Storm, Asura’s Wrath dan banyak lagi. Tangkapan skrin untuk permainan telah dikongsi dan termasuk PV terbaru permainan ini juga anda boleh lihat dibawah;
Cyberconnect 2 turut beberapa kali mengongsikan bahawa mereka ada permainan baru yang akan diumumkan dan ianya dari manga. Sejak dari itu hingga perkongsian kami mengenai permainan ini bulan ini, ramai peminat teruja dengan hasil permainan video darii adaptasi manga/anime kegemaran mereka. Dengan melihat permainan lain yang turut diadaptasi dari manga mendapat kejayaan, ini adalah sesuatu yang tidak parut dilepaskan oleh Cyberconnect 2.
Kimetsu No Yaiba dijadualkan akan hadir di PS4 pada tahun 2021 oleh CyberConnect 2 dan mereka menjanjikan permainan akan menjadi cantik dan memuaskan para peminat dengan membawanya dari adaptasi anime. Juga permainan ini digambarkan sebagai genre aksi tindakan Demon Slaying!
Buat masa sekarang, anda boleh lihat sendiri laman web rasmi permainan ini telah pun dibangunkan. Jadi ini memang sesuatu yang menarik bagi peminat setia manga/anime ini! Jadi apa juga kemaskini mengenai permainan Kimetsu no Yaiba Hinokami Keppuutan ini kami akan kongsikan terutama sama ada ianya akan keluar di seluruh dunia atau hanya di Jepun.
@gamersantaimy
Discussion about this post