Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Petua-petua penting untuk bertahan hidup di DOOM ETERNAL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 20, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Petua-petua penting untuk bertahan hidup di DOOM ETERNAL!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Doom Eternal sudah keluar hari ini untuk pelantar PC, PS4, Stadia, dan XONE, saya ingin memberi beberapa petua penting agar pengalaman bermain anda bertambah seronok. Ramai yang kata, Doom Eternal sangat susah, walaupun anda ialah seorang pemain FPS yang berpengalaman. Banyak senjata baru, musuh sukar, dan mekanik unik diperkenalkan sepanjang pembangunan game ini. Pemain harus menjaga sumber yang ada, berlari daripada iblis dalam arena macam orang gila, dan sudah tentu, menembak.. Banyak perkara yang kita harus belajar tentang Doom Eternal. Jadi saya ingin mudahkan game ini untuk peminat semua dengan beberapa tips dan langkah-langkah.

Mahirkan Dash

Salah satu perubahan asas kepada Doom Eternal adalah abiliti mengelak unik ini yang harus dicaskan untuk guna. Ia memberi anda mobiliti tambahan yang penting untuk bersaing dengan askar-askar iblis yang semakin bertambah, mengelak daripada bebola api atau melompat daripada dicakar di darat. Abiliti ini juga boleh digunakan di udara. Buka Fast Dasher (yang mempercepatkan pengecasan Dash) secepat mungkin agar anda boleh mengelak dengan kadar yang lagi pantas.

Turunkan “difficulty” jika terlalu susah

Doom Eternal membolehkan anda untuk menukar “difficulty” pada bila-bila masa. Turunkan kesukaran untuk mengurangkan damage yang dilakukan oleh mana-mana musuh. Buat masa ini, anda tidak cukup kuat, jadi telan maruah itu dan jangan segan-segan untuk menjadikan permainan anda lebih mudah. Bila anda membuka lebih banyak abiliti, datang semula ke tingkat ini untuk dapatkan keputusan yang lagi cemerlang. Lebih baik untuk kita belajar irama pertempuran daripada kecewa di dalam kekalahan.

Manfaatkan barangan yang terjatuh

Dalam Doom Eternal, item yang terjatuh datang dalam tiga jenis, bergantung kepada kaedah “execution” anda. Gunakan “Glory Kill” untuk dapatkan nyawa, “Chainsaw Kill” untuk peluru dan “Flame Belch” untuk perisai. Untuk kaedah yang terakhir, membunuh musuh yang sudah dibakar akan menghadiahkan perisai tambahan.

Kepentingan menerokai setiap peringkat

Peta Doom Eternal memang sangat besar, tetapi yang menariknya ialah ia dipenuhi item rahsia. Setiap item rahsia terletak di lokasi yang sukar untuk ditemui seperti: cabaran teka-teki atau cabaran platform. Walaupun sesetengah koleksi hanya untuk suka-suka, yang lain membantu anda untuk mendapatkan “upgrade” penting. Pastikan untuk membuka upgrade “Item Finder” awal-awal. Sekiranya anda terlepas beberapa item, jangan risau. Sebaik sahaja menghampiri penghujung peringkat, anda akan membuka “Fast Travel“. Akses ini melalui Auto Map untuk kembali dengan pantas dan mengumpul saki baki item yang tertinggal.

Lengkapkan diri dengan Rune yang sesuai

Doom Eternal mempunyai skill tree yang luas dan terdiri daripada mod senjata, peningkatan armor dan buff asas. Yang terakhir digambarkan sebagai Runes, yang mana terdapat sembilan untuk dibuka, walaupun anda hanya boleh aktifkan tiga pada satu masa sahaja.

Saya mengesyorkan tiga Rune in:

Saving Throw: melambatkan masa pada kematian, memberi anda beberapa saat untuk mengumpul Health pack dan terus membunuh.

Seek and Destroy: meningkatkan jarak yang anda boleh melakukan Glory Kill.

Chrono Strike: melambatkan masa ketika di dalam udara.

Tingkatkan senjata sehingga maksimum

Semua senjata mempunyai dua mod dan di setiap mod mempunyai beberapa “upgrade” lanjut. Untuk dapatkan kadar damage output yang tinggi, disarankan agar pemain fokus pada sau senjata kegemaran dan tingkatkan upgrade “Mastery” sehingga maksimum. Untuk membuka upgrade “Mastery“, pemain hanya perlu menyelesaikan cabaran-cabaran yang dinyatakan untuk senjata.

Berlatih di Fortress of Doom

Diperkenalkan awal-awal dalam permainan, Fortress of Doom adalah penjara untuk iblis-iblis dan juga berfungsi sebagai bilik latihan peribadi anda. Selepas membuka senjata atau abiliti baru, anda patut kunjungi kawasan ini untuk menguji penambahan baru dan biasakan diri dengannya sebelum kembali ke dalam permainan.

Tags: DoomDoom EternalFPSPetuaPS4ShooterStadiaswitchtipsXbox One
Previous Post

DISORDER Mobile secara rasmi hadir di Asia Tenggara hari ini termasuk Malaysia!

Next Post

Bosan sangat kat rumah? Kali ini Ubisoft pula datang menyelamatkan anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Bosan sangat kat rumah? Kali ini Ubisoft pula datang menyelamatkan anda!

Bosan sangat kat rumah? Kali ini Ubisoft pula datang menyelamatkan anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd