Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resepi memasak KARI KATSU di atas CPU AMD anda!

Sedap ke tak belakang cerita ya?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
Resepi memasak KARI KATSU di atas CPU AMD anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ingin menonton satu video menarik hari ini, saya sarankan anda untuk lihat satu video ini daripada youtuber Jepun, たれみみ Channel (Taremimi Channel). Ini bukan video masak-masak biasa, kerana individu di dalam video akan memasak kari Katsu menggunakan CPU AMD! Sebagai rumusan, chef “hebat” ini akan menunjukkan cara memasak kari Katsu, siap dengan sayur-sayuran dan daging, di atas CPU AMD Phenom II.

Boleh lah kita ambil video ini sebagai pengajaran dan masak masak Malaysia pula. Boleh lah si bujang-bujang di luar sana masak nasi goreng kampung ke, mee goreng ke, nak masak kaw-kaw macam untuk kenduri pun boleh. Kita tidak memerlukan dapur besar untuk memasak resepi kegemaran. CPU kesayangan pun boleh menjadi alatan memasak yang berguna!

Baiklah! Mari kita mulakan panduan “step by step” untuk memasak kari Katsu menggunakan AMD Phenom II hasil ajaran たれみみ Channel. Satu perkara sahaja untuk ingatkan: jangan lah betul-betul buat pula (amaran keras). Apa-apa pun, langkah pertama ialah memotong sayur-sayuran. Nasib baik, alat yang sempurna disertakan dalam CPU iaitu I/O shield! Alat berguna ini telah merunsingkan banyak otak builder PC selama bertahun-tahun, jadi kini sudah tiba masanya untuk memanfaatkan alat ini dengan mengiris bawang dan lobak.

Sebaik sahaja sayur-sayuran sudah siap dipotong, cuma keluarkan CPU cooler anda dan gantinya dengan periuk kecil. Di sini, isi lah mentega, minyak, bawang, lalu tumis. Hurmmmm sedappppp bau dia~

Masa untuk daging pula! My feveret! Keluarkann bawang tadi dan letakkan daging lalu tumis. Goreng sehingga masak, tambah garam dan perencah lain, dan selepas ia selesai (bergantung kepada kepanasan CPU anda), tambah ballik bawang, lobak, dan air. Pastikan air tidak diisi dengan banyak.. nanti rosak pula kari. Akhir sekali, biarkan kari mendidih dan masukkan kiub kari untuk tambah perasa. Kita tidak perlu terburu-buru kerana masakan yang sedap memerlukan masa kan? Tunggu sahaja sehingga ia siap.

YEAYYY DAH SIAP! Basuh tangan dan jamah lah kari Katsu hasil buatan anda sendiri dengan bantuan PC gaming. TIDAK PERLU DAPUR! Sebelum makan, jangan lupa baca bismillah.

*jangan tiru aksi di dalam video ini*

Tags: amdcpuCPU AMD Phenom IIkari katsuMasakmemasakresepiyoutube
Previous Post

Game WITCHER terbaru nampaknya akan dijalankan selepas pengeluaran Cyberpunk 2077!

Next Post

Ganjaran hebat menanti pemain Call of Duty Mobile jika muat turun Call of Duty Warzone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Ganjaran hebat menanti pemain Call of Duty Mobile jika muat turun Call of Duty Warzone!

Ganjaran hebat menanti pemain Call of Duty Mobile jika muat turun Call of Duty Warzone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd