Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 2020 secara rasmi DIBATALKAN!

Apa akan terjadi kepada game yang sepatutnya diumumkan?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2020
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
E3 2020 secara rasmi DIBATALKAN!
Share on FacebookShare on Twitter

E3 2020 secara rasmi telah dibatalkan kerana isu koronavirus, selepas diumumkan oleh Entertainment Software Association (ESA) beberapa jam lepas. Berita ini datang dari beberapa laporan bahawa acara terbesar gaming 2020 akan dibatalkan tahun ini. Perkara ini juga berlaku di acara-acara berbeza seperti Taipei Game Show di mana ramai yang terpaksa tunda atau tangguh atas kebimbangan koronavirus. E3 2020 pada asalnya dijangka akan keluar pada bulan Jun ini. Lebih khusus lagi, ia bermula pada 9 Jun hingga 11 Jun di Los Angeles Convention Center, Amerika Syarikat.

The E3 team is devastated to share this news. This decision was not reached lightly, but it is the right one for the health and safety of all involved. Read our statement here: https://t.co/1uOWxTerN9 pic.twitter.com/gD2IxNACLX

— E3 (@E3) March 11, 2020

“Setelah berunding dengan ahli-ahli syarikat mengenai kesihatan dan keselamatan semua orang dalam industri — peminat kami, pekerja kami, pempamer kami dan rakan lama E3 — kami membuat keputusan sukar untuk membatalkan E3 2020, yang dijadualkan pada 9 Jun -11 di Los Angeles,” kata ESA dalam satu kenyataan.

ESA sedang mengkaji bagaimana untuk menghasilkan acara atastalian pada bulan Jun 2020.

Sejak penubuhannya pada tahun 1995, acara ini tidak pernah terlepas walaupun setahun, lalu menjadikan pembatalan hari ini sebagai satu detik penting dalam sejarah permainan video. Walaupun acara ini tidak pernah dibatalkan sebelum ini, kebanyakan gamer dan orang industri tidak begitu terkejut. Banyak acara lain telah mula menarik diri dan ditangguhkan, malah ada khabar angin mengatakan E3 pun akan dibatalkan selama beberapa minggu lepas.

An update regarding E3 2020. pic.twitter.com/cThkDIkfVm

— Ubisoft (@Ubisoft) March 11, 2020

Ramai orang penting mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghadiri E3 2020 untuk pelbagai alasan. Berbalik pada bulan Januari, Sony Interactive Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa mereka pun tidak akan menghadiri E3 2020.

E3 has always been an important moment for Team Xbox. Given this decision, this year we'll celebrate the next generation of gaming with the @Xbox community and all who love to play via an Xbox digital event. Details on timing and more in the coming weeks https://t.co/xckMKBPf9h

— Phil Spencer (@XboxP3) March 11, 2020

E3 2020 sepatutnya menjadi acara yang besar untuk konsol generasi akan datang. Malangnya, rancangan ini akan dirahsiakan lagi. Walaupun kita mungkin perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui semua permainan video yang datang ke PS5 dan Xbox Series X, saya sudah tahu beberapa permainan yang sedang dalam pembangunan. Anda nak tahu? Saya akan tulis dalam artikel seterusnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraCanceldibatalkanE3 2020ps5Xbox Series X
Previous Post

LifeAfter membuka kawasan peta baru! Kemaskini dan selamatkan Olivia di Mount Snow sekarang!

Next Post

Game WITCHER terbaru nampaknya akan dijalankan selepas pengeluaran Cyberpunk 2077!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game WITCHER terbaru nampaknya akan dijalankan selepas pengeluaran Cyberpunk 2077!

Game WITCHER terbaru nampaknya akan dijalankan selepas pengeluaran Cyberpunk 2077!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd