Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Kami memfokuskan elemen setiap monster” – Temuramah Eksklusif bersama 3 orang kuat Capcom Monster Hunter World Tsujimoto , Fujioka dan Ichihara

Nyny.A by Nyny.A
March 12, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, Temuramah
0 0
0
“Kami memfokuskan elemen setiap monster” – Temuramah Eksklusif bersama 3 orang kuat Capcom Monster Hunter World Tsujimoto , Fujioka dan Ichihara
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai peminat Monster Hunter World tahu, DLC terbaru Monster Hunter World: Iceborne secara rasmi telah hadir di platform PlayStation 4 September tahun lalu dan di PC pada Januari 2020. Kami turut memberi ulasan kepada ekspensi Iceborne sebelum ini. Kali ini, kami berpeluang untuk menemu ramah secara eksklusif sendiri dengan 3 orang kuat dari Capcom Monster Hunter World: Iceborne iaitu penerbit – Tsujimoto Ryozo (辻本 良三), pengarah – Fujioka Kaname (藤岡 要) dan Ichihara Daisuke (市原 大輔) melalui e-mail. 

Ketiga-tiga orang kuat di atas telah mengongsikan beberapa perkara yang ramai peminat ingin tahu terutama mengenai senjata, jalan cerita dan raksasa didalam permainan. Nak tahu apa yang dikongsikan? Jom kita teruskan dengan temu ramah kami bersama mereka bertiga.

Sejak pengenalan senjata Safi’jiiva didalam permainan, ramai pemain yang menggunakannya sebagai senjata eksklusif. Ichihara menyatakan mereka sangat gembira dengan reaksi serbegitu dari pemain. Dari data permukaan, pemain dapat melihat bahawa Capcom menyesuaikannya sebagai hampir setaraf atau hampir setaraf dengan senjata yang paling kuat yang telah ada dalam setiap jenis senjata. Bagi jenis senjata yang hanya mempunyai beberapa elemen elemen unggul (seperti Great Sword – elemen air), ia akan menjadi satu kebolehan yang sangat menarik. Maka setiap senjata perlu sesuai dengan ‘cost spent‘ terutama kerana dalam senjata Safi’jiiva’s anda perlu roll kebolehan elemen yang paling sesuai dalam kraf senjata anda.

Dari ‘Surface Data’ senjata yang dihasilkan akan disesuaikan menjadi setaraf atau hampir setaraf dengan Safi’jiiva. Beberapa jenis senjata boleh menjadi Senjata Superior Elemental bedasarkan elemennya, contoh seperti Great Sword elemen air. Tapi tidak kesemuanya mempunyai kebolehan elemen tersebut. Pemain selalunya akan melihat hasil terakhir, tetapi sebenarnya ianya melibatkan setiap masa yang pemain habiskan untuk mendapatkan barangan senjata Safi’jiiva dan kesudahannya ia nyata akan menjadi kepuasan hati terutama ia dapat membawa pelbagai kebolehan ‘Awaken’. Bila disebutkan kepayahan produksinya, senjata yang boleh di kraf untuk Great Sword tetap menjadi agak berguna seperti contoh yang diberikan Ichihara dalam penggunaan elemen api dan elemen blast.

“Keupayaan senjata sepatutnya sesuai dengan kos yang di belanjakan. Pemain hanya melihat nilai terakhir, tetapi saya fikir hasil yang sepadan dengan kos yang pemain habiskan untuk mencipta senjata yang memuaskan hati.” – Ichihara

Memandangkan ia sukar untuk dihasilkan, terutama untuk mendapat ‘farming’ dari barangan yang diperlukan untuk menghasilkan senjata Safi’jiiva’s. Jadi bukan semua Great Sword harus dipandang rendah, kerana senjata seperti ini mempunyai beberapa kelebihan. Ichihara sendiri menggunakan Great Sword dan ianya sangat berguna untuk elemen api dan blast. Beberapa senjata ini juga hampir setaraf dengan senjata Safi’jiiva tetapi masih tidak sehebatnya.

Antara sebab pemain memilih senjata Safi’jiiva adalah kerana ia dapat melengkapkan perisai dengan abiliti bonus. Ada pemain yang kata: “Cukup sekadar memburu Safi’jiiva”, tetapi bagi Ichihara, dia menyatakan;

“Sekiranya pemain mahu memanfaatkan sepenuhnya senjata Safi’jiiva, hanya menggunakan perisai generik nyata tidak mencukupi. Pemain masih perlu memburu pelbagai raksasa lain untuk membuat perisai baru agar ia sesuai dengan senjata mereka yang semakin kuat.”

Ya seperti yang diberitahu diatas, kita memerlukan barangan lain untuk kraf senjata Safi’jiiva ini sehingga mendapat apa yang kita inginkan. Senang cerita untuk variasi senjata, dari segi axis menegak pemain hanya akan nampak dari satu bahagian jadi seperti kesemua pemain menggunakan senjata Safi’jiiva’s, tetapi jika melihat dari segi axis melintang, variasi dan kepentingan setiap senjata adalah bagus dan keseimbangan yang sihat. Disebabkan itu, Capcom juga sengaja tidak meletakkan barangan “No Element” untuk senjata Safi’jiiva bagi seimbangkan kelebihannya dengan senjata yang lain. Dalam masa yang akan datang turut akan ada kemaskini yang akan menambah kepelbagaian pilihan baru untuk senjata.

Seperti yang kita tahu, si Bazelgeuse merupakan monster yang hanya akan ‘turf war’ dengan Deviljho, tetapi yang menariknya sifat Bazelgeuse cukup menarik terdedah untuk menyerang biome lain dan sepatutnya mencari perjuangan dengan monster lain selain Deviljho. Tetapi kenapa hanya dengan Deviljho? Jadi Fujioka mengongsikan bahawa kawasan penjelajahan Bazelgeuse adalah luas dan sentiasa memerhatikan kawasannya dari atas langit. Di bawah rasa territorial yang kuat, mereka berkeras untuk menghapuskan raksasa yang lain apabila diserang dan diganggu.

Itulah sebabnya ia mengganggu pertempuran yang  lain. Ia tidak mempunyai ‘turf war’ yang tetap pada setiap raksasa, tetapi pencerobohan boleh dikatakan ‘turf war’ untuk Bazelgeuse. Bercakap mengenai pencerobohan, Deviljho dari MH3 (tri ~) adalah wakil yang sangat sesuai. Dan kini, terdapat dua raksasa yang hadir mengganggu iaitu si ikon raksasa yang suka mengganggu-Deviljho dan yang terbaru Bazelgeuse. 

“Ketika kami memutuskan untuk membuat Bazelgeuse, perjuangan untuk membanggakan antara monster yang mengganggu adalah sangat menarik bagi saya, jadi saya memperkenalkan ‘turf war’ khas hanya kepada pasangan ini.” – Fujioka 

Beralih pula pada monster Kushala Daora yang dahulunya sentiasa hadir di kawasan bersalji. Tetapi didalam Iceborne tiada sebarang misi untuk Kushala Daora hadir di Hoarfrost Reach walaupun serpihan kulitnya ada. Tapi sebenarnya menurut Fujioka, habitat asal Kushala Daora bukanlah dari kawasan sejuk dan kulitnya adalah dilitupi keluli. Disebabkan epidermalnya teroksidasi dan kekaratan menyebar ke seluruh tubuh, kulitnya akan tertanggal di kawasan yang sejuk ~ Jadi itu bermaksud Kushala Daora hanya menyinggah di kawasan sejuk untuk menanggalkan kulitnya. 

Kemudian Ichihara pula menyatakan bahawa setiap design dalam permainan akan terdapat Elder Dragon yang mengikuti simbolik setiap kawasan. Seperti di kawasan sejuk terdapat Velkhana. Elemen Khushala Daora akan menjadi Ais dengan penjanaan ‘gale’ di kawasan sejuk. 

“Kami merasakan tidak perlu ada Elder Dragon yang berlebihan dengan elemen yang sama di kawasan sejuk kerana Velkhana sudah berada disana.” – Ichihara

Seperti pemain Iceborne tahu, serangan Rajang yang melontar batu besar kepada pemain kini sudah tiada dan sebabnya ia memerlukan aksi yang pantas untuk kekuatannya. Jadi, kali ini konsep dan mengejar taktik memburu baru dengan kelajuan yang lebih tinggi di Iceborne lebih difokuskan dan sebab itulah aksi melontar batu sudah tiada lagi.  

Kemudian kami beralih pada soalan mengenai bagaimana pasukan Monster Hunter World membezakan pembikinan setiap monster terutama dari segi elemennya. Ichihara menyatakan mereka membuat keputusan untuk membezakan elemen mengikuti sub-spesies monster dengan memikirkan tahap rank pemain dan tahap kesukaran apabila monster itu muncul. Bersama elemen yang pemain boleh pilih dengan senjata mereka dan sebagainya.

 

Jadi ianya lebih memfokuskan kepada elemen setiap monster. Sebagai contoh caranya adalah “membuat monster dengan elemen kilat”, Ichihara menyatakan mereka akan menggunakan monster yang sedia ada kerana ianya akan menjadi lebih menarik selepas ditambah elemen kilat sebagai teknik serangan berlawan mereka dan strategi akan berubah mengikut keadaan. Kemudian, selepas memutuskan untuk “membuat sub-species Anjanath dengan elemen kilat”, Ichihara nyatakan mereka perlu bertanya pada game artist untuk mencipta design dibawah konsep “ jika Anjanath mempunyai elemen kilat, bagaimana ekologi akan terjadi”.

Sumber Gambar : MHW

Kita dapat melihat didalam permainan bahawa Lunastra dan Teostra mempunyai kombinasi serangan supernova dan antara monster yang menjadi perhatian kalau dapat dibuat seperti itu adalah Silver Rathalos dan Gold Rathian memandangkan ianya juga tidak mempunyai ‘turf war’. Ichihara menyatakan bahawa ianya tidak akan menjadi serangan kombinasi, tetapi di antara Arch-tempered Silver Rathalos dan Gold Rathian, hembusan penafasannya memberi kesan sesama sendiri!

Bulan Mei ini Capcom akan menambah lagi beberapa monster yang dikenali kedalam Iceborne dan pemilihannya sudah semestinya melalui kepopularitinya melalui pemain. Tsujimoto turut menyatakan sama ada mereka akan menyediakan permainan yang memuaskan kepada pemain atau tidak dengan melepaskan raksasa ini di Iceborne juga merupakan kriteria yang perlu diambil peduli.

Sumber Gambar : MHW wiki

Ramai pemain yang sukakan armor ‘Full Layered’ dan teringin juga untuk mendapatkan ‘Senjata Layered’, tetapi malangnya Ichihara menyatakan mereka tidak dapat mengongsikan mengenai hal tersebut buat masa ini. 

“Pendirian asas kami tentang senjata tidak akan berubah, tetapi ada masalah yang perlu kita selesaikan untuk mewujudkannya. Oleh itu, kami tidak boleh menjawab soalan ini pada masa ini.” – Ichihara

Sumber Gambar : MHW

Sebelum berakhir temu ramah ini, kami turut bertanyakan mengenai final boss The Elder Dragon Shara Ishvalda dalam ekspensi Iceborne, terutama mengenai bagaimana ianya dimasukkan ke dalam ekologi atau apa peranan yang dimainkannya. Tapi sayangnya sekali lagi Capcom tidak dapat menjawab soalan ini buat masa ini. 

Sampai disitu sahaja perkongsian dari Tsujimoto ,Fujioka dan Ichihara dari Capcom Monster Hunter World. Cukup berpuas hati dan sangat berterima kasih pada Capcom yang memberi peluang pada kami untuk temu ramah ini dan dapat mengongsikan maklumat Monster Hunter World pada pemain tegar permainan ini. Hingga berjumpa lagi! 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fujioka KanameIchihara Daisukemonster hunter worldMonster Hunter World: IceborneTemuramahTemuramah bersama CapcomTsujimoto Ryozo
Previous Post

MARVEL & NetEase bekerjasama untuk melancarkan MARVEL Duel! Permainan kad strategi terbaru di pasaran!

Next Post

Koleksi UT istimewa antara Uniqlo & Ultraman bakal hadir berdekatan anda!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Koleksi UT istimewa antara Uniqlo & Ultraman bakal hadir berdekatan anda!

Koleksi UT istimewa antara Uniqlo & Ultraman bakal hadir berdekatan anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd