Grand Theft Auto (GTA) adalah francais yang sangat-sangat popular dan walaupun judul terkininya iaitu GTA V dilancarkan pada tahun 2013, permainan video ini masih dimainkan sehingga hari ini. Walaupun game ini seronok dan menghiburkan, kita mestilah menjaga masa mainan agar tidak melampau batas atau terlalu lama. Ramai yang pandai menjaga diri, tetapi mungkin kita perlu ajar ciri ini kepada seorang kanak-kanak.
Di Blackpool, England, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terlalu lama bermain GTA sehingga ibu bapanya terpaksa guna cara-cara ekstrem untuk mendidiknya. Ibubapanya tidak merancang untuk membuang konsol permainan atau mengehadkan akses, tetapi membuat keputusan drastik untuk memaksa kanak tersebut memandu kenderaan sebenar. “Lancashire Road Police” telah memuat naik imej kereta “Vauxhall Astra” merah yang dipandu oleh kanak yang 11 tahun itu.
The driver of this car was 11 years old… (yes, eleven!) A family member was fed up with the child playing Grand Theft Auto all day on the Playstation, so brought him out to practice driving on a car park Blackpool… The adult has been reported for traffic offences. #T2TacOps pic.twitter.com/TBqKmmOUfG
— Lancs Road Police (@LancsRoadPolice) March 1, 2020
Dewasa yang yang meneman kanak-kanak tersebut memberikan penjelasan bahawa budak itu bermain terlalu banyak permainan GTA di konsol PlayStation-nya. Sudah tentu, polis tidak suka situasi yang berlaku, lalu melaporkan dewasa untuk kesalahan lalu lintas kerana mengikut undang-undang, anda tidak boleh memandu kereta di UK sehingga anda mencapai usia 15 tahun.
@gamersantaimy
Discussion about this post