Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vivo APEX 2020 diumumkan bersama kamera paling INOVATIF & 60W “WIRELESS CHARGING”!

Telefon pintar Vivo paling terbaru dan paling cita-cita tinggi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2020
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Produk, Teknologi
0 0
0
Vivo APEX 2020 diumumkan bersama kamera paling INOVATIF & 60W “WIRELESS CHARGING”!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekali setahun, Vivo akan memperkenalkan telefon konsep terbaru dalam siri APEX. Ini memberi kita sedikit info untuk reka bentuk telefon pintar mereka pada masa depan. APEX 2018 memperkenalkan modul kamera “pop-up” dan full-screen display, manakala APEX 2019 memperkenalkan reka bentuk yang menyingkirkan semua butang dan port.

Untuk tahun 2020, Vivo membawa kita ke tahap yang lebih tinggi. APEX 2020 mempunyai waterfall display berukuran 6.45 inci yang menghilangkan bezel di sisi, dan lengkung sebanyak 120 darjah di kedua-dua sisi bermakna anda mendapat “ultra-bezel-less display.” Seperti tahun lepas, Vivo telah membuang semua butang fizikal, dan menggantikan dengan butang “pressure-sensitive” di sisi. Telefon pintar ini juga mempunyai teknologi Screen SoundCasting generasi ketiga, dengan skrin yang boleh berfungsi sebagai speaker.

Salah satu tarikan utama dalam APEX 2020 ialah “in-display camera“. Ingin tahu apa itu? Ia bermaksud sebuah modul kamera depan 16MP telah dilengkapi terus di bawah paparan peranti! Vivo mengatakan ia meningkatkan transmisi cahaya di bahagian skrin sehingga enam kali ganda berbanding skrin lain. Dengan itu, ia mampu mengurangkan “gangguan optik, difraksi dan masalah kelip-kelip.”

Untuk kamera belakang, Vivo menggunakan teknologi Continuous Optical Zoom 5-7.5x, dan menyatakan bahawa APEX 2020 adalah peranti pertama di dunia yang menawarkan zoom berterusan pada kualiti yang tinggi. Vivo memanfaatkan kombinasi 4 kanta dengan dua kanta kekal dan dua kanta bergerak untuk mencapai zoom berterusan, dan mereka juga menggunakan algoritma “multi-frame” untuk mengesan objek. Selain itu, Vivo menampilkan penstabilan video ala-ala gimbal, dengan teknologi yang lebih canggih sehingga ia menewaskan sistem OIS biasa.

Satu lagi perkara menarik ialah pengecasan tanpa wayar 60W, yang Vivo memanggil Wireless Super FlashCharge 60W. Vivo mendedahkan ia cukup pantas untuk mengecas bateri 2000mAh dalam tempoh 20 minit.

APEX 2020 tidak tersedia untuk orang ramai, tetapi kebanyakan ciri-ciri canggih ini akan dimasukkan ke dalam peranti Flagship Vivo tahun ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Vivo atau halaman Facebook mereka. Apa pendapat anda tentang APEX 2020? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen.

Tags: APEX 2020Continuous Optical Zoomin-display cameraScreen SoundCastingVivoWireless Super FlashCharge 60W
Previous Post

[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~

Next Post

Lebih maklumat mengenai Dead by Daylight Mobile yang akan hadir di Asia termasuk Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Lebih maklumat mengenai Dead by Daylight Mobile yang akan hadir di Asia termasuk Malaysia!

Lebih maklumat mengenai Dead by Daylight Mobile yang akan hadir di Asia termasuk Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd