Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GAMEPLAY pertama Baldur’s Gate 3 didedahkan untuk pelantar Stadia & PC!

Gameplay yang lebih inovatif dan pelbagai pilihan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC
0 0
0
GAMEPLAY pertama Baldur’s Gate 3 didedahkan untuk pelantar Stadia & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di PAX East 2020, Larian Studios telah mendedahkan buat pertama kali gameplay Baldur’s Gate 3 bersama trailer cinematic baru untuk permainan video yang sangat dinanti-nantikan ini. Seperti yang peminat semua ingat, permainan video ini telah diumumkan pada bulan Jun lalu, bagaimanapun, pada masa itu, yang kami dapat hanyalah trailer CGI pendek yang tidak menunjukkan sebarang gameplay yang dikecoh-kecohkan. Berita baik ialah bukan sahaja kita gameplay telah didedahkan, malah semua persoalan yang kita ada tentang Baldur’s Gate 3, termasuk kualitinya, sudah terjawab.

Selain daripada melihat gameplay secara terperinci, pendedahan ini menunjukkan beberapa “cutscene” daripada permainan, serta sistem dialog, yang kelihatan agak rumit dan berubah suai berdasarkan karakter yang pemain menggunakan. Pemain boleh mencipta watak daripada pelbagai suku, termasuk halfling, halfdrow atau manusia biasa. Terdapat 6 kelas yang didedahkan iaitu wizard, cleric, fighter, ranger, rogue, dan warlock.

Sebagai contoh, dalam demo permainan, watak yang dikawal adalah Vampire, dan apabila watak itu menemui NPC, dia mempunyai pelbagai pilihan, termasuk bekerjasama dengan NPC. Walau bagaimanapun, kerana watak adalah vampire, pemain juga boleh menyerang dan membunuh NPC.

Seterusnya, pemain boleh memilih untuk merahsiakan identiti mereka, atau mendedahkan maklumat peribadi. Sudah tentu, permainan akan berubah berdasarkan keputusan yang pemain buat. Pada masa yang sama, demo juga memperlihatkan sedikit pertempuran turn-based, yang melibatkan balingan dadu, kiraan, dan hampir semua aspek yang ada dalam sebuah game “tabletop” daripada siri Dungeons & Dragons.

Pemain dibenarkan untuk membuang apa-apa alatan di tangan – termasuk kasut anda! -serta menolak musuh dari tempat yang tinggi. Di samping itu, pemain juga boleh berinteraksi dengan persekitaran, seperti menyalakan api pada panah, atau menyeru sihir pada medan pertempuran.

Pemain boleh mendirikan khemah pada bila-bila masa dan berehat bersama rakan-rakan NPC. Watak NPC cukup berdikari dan pandai. Kerana itu, mereka boleh berada di tempat yang berasingan pada satu masa yang sama. Jadi, pemain boleh bermain dengan lebih strategik seperti meneroka kawasan yang berlainan di tempat yang luas, atau menyuruh watak NPC memasuki pertempuran terlebih dahulu.

“Baldur’s Gate 3 akan meluaskan sempadan genre RPG dan menawarkan naratif yang bagus dengan kebebasan yang tidak tertandingi untuk pemain, keputusan sukar tapi berbaloi, watak teman yang unik dan sistem pertempuran yang tidak dapat dilupakan.”

“Ia adalah produksi terbesar oleh Larian Studios dan boleh dimainkan bersama dengan rakan-rakan atau seorang. Trailer menunjukkan kepulangan watak jahat ke Baldur’s Gate, dan ia ingin memakan semua bermula dari dalam ke luar, dan merosakkan segala-galanya yang berada di Forgotten Realms. Seorang pasti sukar, tetapi bersama, anda dapat mengatasi. Kumpulkan parti anda.” -wakil di PAX East.

Baldur’s Gate 3 sedang dalam pembangunan untuk PC dan Google Stadia. Pada saat menulis, tidak ada maklumat tentang sebarang platform lain. Tarikh keluaran untuk permainan juga tidak diumumkan, tetapi beberapa sumber baru mencadangkan bahawa Baldur’s Gate 3 akan keluar pada tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baldur's Gate 3Larian StudiosPCStadiaturn based
Previous Post

Pernah terfikir perbezaan setiap PASUKAN atau ORGANISASI dalam One-Punch Man? Nak tahu baca sini!

Next Post

Battle Royale? PvP? Beta SHADOW ARENA telah dibuka dan ini peluang anda untuk mencubanya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Battle Royale? PvP? Beta SHADOW ARENA telah dibuka dan ini peluang anda untuk mencubanya!

Battle Royale? PvP? Beta SHADOW ARENA telah dibuka dan ini peluang anda untuk mencubanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd