Syarikat permainan video Jepun, Happinet, mengumumkan bahawa Brigandine: The Legend of Runersia akan dilancarkan secara ekslusif untuk pelantar Nintendo Switch pada 25 Jun di seluruh dunia. Selain itu, Happinet juga mengumumkan kerjasama bersama Limited Run Games untuk keluaran versi fizikal permainan video tersebut. Maklumat lanjut seperti harga dan di mana untuk edisi fizikal akan didedahkan tidak lama lagi oleh Limited Run Games.
Siri klasik Brigandine kembali selepas 20 tahun dengan permainan turn-based strategy baru yang berlangsung dunia fantasi yang saya pasti ramai peminat JRPG kenal. Antara veteran yang menjayakan projek ini termasuk penulis senario, Kenji Terada (Batman: Dark Tomorrow, FINAL FANTASY I-III) pengarah seni dan pereka watak, Raita Kazama (Puzzle & Dragons, Xenoblade Chronicles), dan komposer Tenpei Sato (Brigandine: Grand Edition, Disgaea 1-5).
Jom kita tonton video di bawah:
Latar belakang:
Runersia adalah sebuah benua yang dicipta oleh Rune God. Pada zaman dahulu, lima Mana Stone tercipta di benua ini dan ia diturun-menurun dalam sejarah bersama dengan pembangkitan negara-negara manusia. Akhirnya, Mana Stone dilengkapkan pada peralatan istimewa Brigandine untuk menghasilkan Rune Knights – individu istimewa yang boleh menggunakan kuasa mana dan Mana Stone yang tertanam dalam perisai mereka bagi melancarkan abiliti atau sihir khas serta menyeru dan mengawal raksasa purba.
Enam negara Brigandine di Runersia, masing-masing dengan kepercayaan, sejarah, dan matlamat yang bercanggah, dibahagikan kepada Brigandines of Justice, Glory, Freedom, Sanctity, dan Ego. Malangnya, negara keenam wujud tanpa bantuan Brigandine. Matlamat anda adalah untuk memenangi setiap pertarungan dan mengembangkan pengaruh negara anda sehingga seluruh benua Runersia diambil alih oleh pemain.
Gameplay:
Menampilkan aspek permainan menakluk dunia dalam genre turn-based strategy, Brigandine: The Legend of Runersia menawarkan gameplay yang imersif dalam jalan cerita baru ini. Pemain akan memilih salah satu dari enam negara untuk memerintah dan tujuan utama anda adalah untuk menakluk Runersia, dan mengetuai lebih daripada 100 Rune Knight! Rune Knight ini akan dibawa ke dalam pertarungan bersama raksasa mitik seperti naga, ghoul, dan fairy. Pertarungan ini berlaku dalam peta heksagon di mana pemain harus mahirkan sistem peperangan turn-based dan menyingkir musuh.
Untuk maklumat lanjut mengenai jalan cerita, mekanik, dan pembangunan permainan video ini, sila lawat laman web rasmi: Brigandine: The Legend of Runersia atau ikuti perkembangan terbaru mereka di akaun rasmi Twitter.
@gamersantaimy
Discussion about this post