Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selami memori Xehanort di Kingdom Hearts Dark Road! Serta imej GAMEPLAY!

Akan dilancarkan pada musim bunga tahun ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Selami memori Xehanort di Kingdom Hearts Dark Road! Serta imej GAMEPLAY!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix akhirnya mendedahkan butiran baru tentang game mobile terbaru Kingdom Hearts, yang sebelum ini dikenali sebagai “Project Xehanort“. Kini kita tahu bahawa nama rasminya adalah Kingdom Hearts Dark Road dan game ini sudah dijadualkan untuk pelancaran pada musim bunga ini bagi pelantar iOS dan Android.

Yang menariknya ialah Dark Road akan disertakan sekali ke permainan Kingdom Hearts Union X. Ini membolehkan anda untuk bermain dua game berbeza daripada satu aplikasi yang sama. Walaupun keputusan ini ganjil, ia tidak menyusahkan sesiapa kerana anda dapat melancarkan mana-mana permainan dari menu utama Union X dengan mudah.

Dark Road dikatakan akan menawarkan “pertempuran pantas dan menyeronokkan yang bergantung kepada refleks“, serta akan meneroka kisah silam Xehanort dan bagaimana dia menjadi orang jahat di siri Kingdom Hearts.

Walaupun Dark Road dan Union X akan kekal sebagai permainan sendiri, Square Enix menawarkan “Link Campaign” di mana jumlah medal yang diperolehi dalam Union X akan menghadiahkan pemain dengan “point”  yang boleh ditukar untuk kad unik di Dark Road. Kempen ini akan berlangsung sekali sahaja bagi meraikan pelancaran Dark Road. Tambahan pula, hanya mereka yang telah bermain Union X sahaja layak untuk mengambil bahagian.

Segala info boleh didapati dibaca di laman web rasmi mereka dan jika berminat, anda boleh memuat turun Kingdom Hearts Union X. Aplikasi ini tidak disediakan di Malaysia tapi anda boleh cuba link ini. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu keluaran Kingdom Hearts Dark Road untuk iOS dan Android pada musim bunga ini.

Tags: AndroidiOSKingdom HeartsKingdom Hearts Dark RoadKingdom Hearts Union XMobilesquare enix
Previous Post

Wanita-wanita ini GANAS? Kenali 6 Pratagonis Wanita yang hebat ini didalam Permainan Video!

Next Post

Case iPhone Digimon dijual di Jepun sempena tayangan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Case iPhone Digimon dijual di Jepun sempena tayangan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!

Case iPhone Digimon dijual di Jepun sempena tayangan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd